48 Pelbagai Variasi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Baiklah, hari ini saya akan membuka mata dan melihat kehebatan watak 'Unspecialized' ini!" kata Chen Guo. Sejak dia mula bermain Glory, watak 'Unspecialized' telah lama pupus.

"Ciptakan sebuah bilik, okay, pilih peta itu, betul, yang paling kecil," arah Chen Guo sambil berdiri di belakang Tang Rou. Arena Glory merupakan sebuah 'server' gabungan. Setelah memasuki Arena, seorang pemain boleh berlawan dengan pemain lain dari server yang berbeza. Watak pemain akan mempunyai nombor server di sebelah nama mereka. Dengan ini, watak yang mempunyai nama sama boleh dibezakan melalui server mereka tersendiri.

"Jemput dia. Lord Grim. Betul, dua patah perkataan ini," kata Chen Guo. Tang Rou menghantar jemputan dan mesej sistem permainan muncul: "Pemain yang dijemput tidak berada di dalam Arena."

"Kamu buat apa, cepatlah sikit!" jerit Chen Guo.

"Tunggu sekejap, biar saya gunakan 'skill points' saya dulu,". Lord Grim baru sahaja naik tahap malam semalam melalui pemberesan 'dungeon' dan menyelesaikan 'quest'. Dia telah mengumpul sedikit sebanyak 'skill points' dan belum menggunakannya lagi.

"Lembab sungguh," Chen Guo mengomel.

Chen Guo kelihatan resah, tetapi Tang Rou kelihatan tenang. Dia melihat pada peralatan Chasing Haze dan bertanya, "Kakak ada dapat peralatan yang bagus kebelakangan ini?". Walaupun dia tidak selalu bermain, pengetahuannya tentang Chasing Haze setanding dengan Chen Guo. Tambahan pula, Chen Guo sangat suka berborak tentangnya.

"Tak ada, bukan senang nak dapat peralatan baru!" Sambil menjawab, Chen Guo merenung dengan tidak sabar ke arah Ye Xiu. Ye Xiu pula melambaikan tangannya, meminta Chen Guo datang kepadanya.

"Kamu buat apa ni?" tanya Chen Guo sambil berjalan.

"Mesti kamu ada sebab tersendiri menyuruh saya dan Tang Rou bertarung, betul tak?" tanya Ye Xiu dengan nada rendah.

"Kamu rasa?"

"Saya tak tahu, sebab itulah saya tanya kamu! Saya tak perlu sengaja kalah pada dia, kan?" tanya Ye Xiu lagi.

"Sengaja kalah? Kamu kalahkan dia dulu baru cakap!" kata Chen Guo.

"Okay okay," Ye Xiu mengangguk dan membawa Lord Grim masuk ke arena. "Sedia!"

Tang Rou menghantar jemputan dan Ye Xiu menerima. Chen Guo berlari ke belakang Tang Rou. Ye Xiu pula tidak tergesa-gesa.

"Kita nak bertarung macam ini saja ke? Kamu tak nak bertaruh?" tanya Ye Xiu.

"Bertaruh apa?" Chen Guo tidak faham.

"Misalnya, sekotak rokok," cadang Ye Xiu.

Chen Guo hampir-hampir mengamuk. Tetapi baru sahaja dia hendak mengaum, Tang Rou menjawab dengan gembira: "Boleh! Saya tak merokok dan tak ada rokok pun. Kita bertaruh seratus yuan, macam mana?"

"Boleh boleh!" Ye Xiu bersetuju dengan gembira.

"Baik, ini seratus yuan!" Tang Rou mengeluarkan wang dan memberikannya pada Chen Guo.

"Kamu berdua setuju ke?" Chen Guo tergamam.

"Suka-suka saja!" Tang Rou ketawa.

"Okay," Chen Guo dengan gembiranya mengambil seratus yuan Tang Rou. "Kamu pula?"

"Saya…..saya ada kotak rokok yang jarang dijumpai ini….."

"Kamu dah gila akibat kemiskinan, betul tak?" Chen Guo sangat gembira dan ketawa. Dia mengeluarkan seratus yuan dan melambai-lambaikannya di hadapan Ye Xiu. "Saya akan pinjamkan ini pada kamu, tapi saya potong dari gaji kamu!"

"Boleh boleh. Saya akan bayar serta-merta," kata Ye Xiu.

"Yakinnya. Kita akan mula!" kata Tang Rou.

"Mula! Mula!"

Pemandangan berubah sewaktu kedua-dua pemain memasuki Arena. Peta ini yang paling kecil di antara semua. Mereka berdua berdiri bertentangan satu sama lain. Chen Guo bertindak sebagai jurulatih Tang Rou. "Dia masih belum bertukar kelas. Watak ini dipanggil watak 'Unspecialized'. Dia akan mempunyai pelbagai variasi kemahiran yang berbeza-beza. Dengan melihatkan pada senjatanya, kamu boleh meneka kemahiran kelas mana yang akan digunalkannya,"

"Oh begitu," jawab Tang Rou. Walaupun sudah setahun dia tidak bermain Glory, dia telah banyak bermain PK untuk Chen Guo. Dia tahu serba-sedikit tentang kelas-kelas watak yang berbeza.

"Jadi, apa namanya senjata di tangannya itu?" Tang Rou menunjuk ke arah skrin.

"Ini…..ini…." Chen Guo melihat buat jangka masa yang lama, tetapi gagal mengenalinya. Dia terus bertanya, "Woi! Senjata apa tu di tangan kamu?"

"Tak tahu malu! Kamu perlu bertanya??" jawab Ye Xiu.

"Nampak macam payung? Tang Rou membiarkan Chasing Haze berjalan beberapa langkah ke hadapan dan membesarkan pandangan skrinnya.

"Payung? Mana ada senjata payung. Mesti penyapu kan?" Chen Guo turut melihat sama.

"Saya datang!" kata Ye Xiu sambil mengarahkan Lord Grim untuk berlari menerpa Chasing Haze.

Tang Rou sememangnya mempunyai reaksi yang pantas. Apabila Lord Grim bergerak, Tang Rou sudahpun menggerakkan tetikusnya dan menembak dengan tepat. Tetapi Lord Grim berjaya mengelakkan tembakan itu dengan gerakannya yang sepantas kilat. Chen Guo menyedari ini gerakan 'Z-Shake'. Teori pergerakan ini mudah, tetapi sangat sukar untuk dilakukan dalam pertarungan sebenar.

Setelah mengelakkan tembakan, Lord Grim merapatkan jurang di antara mereka. Dia merendahkan tubuh dan melakukan 'Slide Kick' terhadap Chasing Haze.

"I'm coming!" While Ye Xiu said this, he let Lord Grim run forward in a straight line towards Chasing Haze.

"Wah, kreatifnya!" Chen Guo berteriak. 'Slide Kick' ialah kemahiran kelas 'Gunner', tetapi ia dilakukan menggunakan anggota tubuh badan, jadi senjata seseorang itu tidak penting. Serangan ini masih tidak menunjukkan senjata apakah yang dipegang oleh Lord Grim.

Kepantasan tangan Tang Rou tidak mengecewakan sekali lagi. Sebelum 'Slide Kick' mengenai sasaran, Chasing Haze sudahpun bergolek ke tepi. Dia pantas bangun dan bersedia untuk menyerang balas. Kelajuannya mengelak, bergerak dan menyerang sememangnya sangat pantas!

Tetapi, tiba-tiba skrin berkilauan dengan cahaya terang berwarna putih. Tangan kanan Lord Grim mengeluarkan sebilah pedang tajam daripada senjata misteri di tangan kirinya.

Cahaya terang ini bukan sekadar pergerakan biasa. Ia kemahiran kelas 'Blade Master' iaitu 'Sword Draw'!

Serangan ini mengejutkan Chen Guo. Walaupun dia ingin menggunakan serangan yang lain, dia khuatir dia tidak akan mempunyai kepantasan yang diperlukan. Tetapi berbeza pula dengan Tang Rou. Tangan kirinya sudah pun menekan papan kekunci dua kali. Tangan kanannya menolak tetikus. Chasing Haze melompat ke belakang dan bersedia untuk melepaskan sebuah lagi tembakan.

Tindakannya ini berjaya mengelakkan serangan 'Sword Draw' dan melepaskan tembakan balas pada masa yang sama. Dia juga menggunakan kuasa lantunan daripada tembakan itu untuk berundur ke belakang dan memberikan jarak antara dia dan lawannya. 3 perkara dalam satu masa!

Chen Guo baru sahaja hendak berteriak "Bagus!", tetapi dia tidak sangka yang pedang Ye Xiu sudahpun kembali ke sarungnya sebaik sahaja dia selesai menggunakan 'Sword Draw'. Ye Xiu melakukan beberapa serangan pantas lagi untuk mengejar Chasing Haze yang berada di tengah-tengah udara. Dia sudahpun mendekati Chasing Haze semula..

Chen Guo terkejut melihatkan kepantasan Ye Xiu mendekati Chasing Haze. Tetapi, dia dapat berasakan yang jarak antara mereka masih tidak terlalu dekat lagi. Tiba-tiba, senjata yang seakan-akan payung di tangan Lord Grim terbuka dan bertukar menjadi sebuah tombak. Tombak tersebut menikam tepat ke arah Chasing Haze. Lord Grim memutar-mutarkan tombak itu dan Chasing Haze telah diterbalikkan. Kepalanya ke bawah dan kakinya ke atas!

Chen Guo sedar ini bukanlah serangan biasa. Ia kemahiran kelas 'Battle Mage' iaitu 'Circle Swing'. Yang peliknya, Lord Grim baru sahaja menggunakan serangan 'Sword Draw' tadi, iaitu serangan kelas 'Swordsman'. Bagaimana pula senjatanya boleh bertukar dari kelas' Swordsman' kepada kelas' Battle Mage' secara tiba-tiba?

Tang Rou lebih terkejut lagi. Setelah bertarung buat seketika, dia sedar yang kepantasannya tidak setanding Ye Xiu. Dia tidak menjangka sama sekali perkara ini akan berlaku.

Permainan Glory dimainkan melalui perspektif pandangan hadapan. Jadi, serangan 'Circle Swing' ini akan membuatkan seorang pemain kepeningan kerana sudut pandangan mereka telah berubah dalam sekelip mata. Jika pemain veteran seperti Chen Guo turut keliru, apatah lagi pemain yang jarang bermain seperti Tang Rou. Sungguhpun kelajuan tangannya pantas, perubahan sudut pandangan secara tiba-tiba ini tetap membuatkan dia pening.

Dia cuba untuk menstabilkan diri dan memusingkan badannya. Tetapi anehnya, dia gagal berbuat demikian. Rupa-rupanya, sebelah kaki Lord Grim sedang memijak tubuhnya. Senjata di tangannya telah kembali ke bentuk asalnya iaitu bentuk payung. Mata tajam payung itu disasarkan tepat ke arah kepala Chasing Haze.

Belum sempat Chen Guo dan Tang Rou pulih dari kejutan, mata payung itu tiba-tiba mengeluarkan api! Peng Peng Peng! Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah Chasing Haze yang sudahpun terbaring di tanah.

avataravatar
Next chapter