807 Pasukan Everlasting

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Mo Fan telah menyertai Happy selama lebih dari sebulan sekarang dan dia masih sama seperti sewaktu dia tiba. Dalam tempoh ini, cuma Su Mucheng yang boleh membuat dia mengubah perangai. Apabila Su Mucheng sudah kembali ke kelab, Mo Fan cuma duduk di hadapan barisan komputer dan tidak bercakap dengan sesiapa. Dia seolah-olah dipulaukan.

Tetapi di sini dia mendapat makanan, air dan tempat tinggal, komputer untuk digunakan dan tidak bercadang untuk beredar. Biarpun Happy dicabar oleh ramai orang dan mula terlibat dengan perlawanan rasmi, dia tidak mengambil bahagian walau sekali pun.

Liga Pencabar sungguh penting bagi pasukan Happy. Demi liga ini, An Wenyi masih belum mendaftar dengan universitinya pun lagi walaupun ia sudah masuk bulan September. Tidak lama selepas Su Mucheng kembali bersama pasukan, Luo Ji turut kembali ke sekolah. Sebaliknya An Wenyi kekal bersama pasukan dan memberitahu mereka yang dia memang tidak ada apa-apa yang patut dilakukan di universiti.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter