193 Panduan untuk Orang Bodoh

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Bagi orang luar, Ye Xiu tetap kelihatan senang-lenang seperti sediakala. Biarpun selepas berjaga sepanjang malam, dia tidak pernah kelihatan penat dan tidak ada apa-apa pun pernah membuatkan dia naik marah.

Bagi orang luar, dia tidak kelihatan seperti seseorang yang sedang berhadapan dengan masalah. Lebih-lebih lagi, mereka tidak akan tahu sama ada dia sudah menemui jalan penyelesaian bagi masalahnya ini.

Ye Xiu membuatkan segalanya kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Tang Rou sendiri tidak tahu yang Ye Xiu sedang kuat berfikir tentang masalah ini. Dia hanya tahu yang sekarang ini giliran dia untuk membeli sarapan.

Sewaktu dia pulang, Ye Xiu sudah menyerahkan tempat duduknya kepada para pekerja syif pagi dan sedang merokok sambil menunggu sarapannya sampai.

Selepas makan, mereka pergi ke bilik masing-masing untuk tidur.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter