429 Menyahut Cabaran

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Apa yang kita pertaruhkan sewaktu kali terakhir dulu?" tanya Chen Guo.

"Dah lama sangat. Saya tak ingat," wajah Ma Chenyi menggelap. Dengan sekali pandangan sahaja, ia jelas kelihatan dia bukannya seorang yang sukar untuk dibaca. Kesemua emosinya jelas tertera pada wajahnya. Pada awalnya, dia sangat bersemangat, tetapi apabila Chen Guo bertanyakan soalan ini, wajahnya mula menggelap. Jelas sekali yang dia sebenarnya tidak lupa pun. Dia cuma enggan memikirkannya lagi.

Dahulu, dia telah kalah teruk. Para penonton sangat yakin tentang ini.

"Kalau sama macam dahulu, tak berapa elok kan? Kita masih meraikan Pesta Musim Bunga. Apa kata begini? 24 kad akaun Heavenly Domain. Satu untuk setiap kelas. Macam mana?" tanya Chen Guo.

"Apa kamu nak buat dengan begitu banyak kad akaun?" Ma Chenyi ingin tahu.

"Apa? Kita belum lawan pun lagi tapi kamu dah mengaku kalah?" Chen Guo tersenyum.

"Siapa yang mengaku kalah!?" Ma Chenyi menjerit.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter