228 Menubuhkan Pasukan dengan Bos

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Melihatkan Cliff Ronin Alpine menghala ke arah mereka, pasukan Jiang You tergamam. Curi bos? Curi apa? Lord Grim sedang menggunakan bos ini sebagai pembantu!

Pasukan Lord Grim tidak termasuk dalam senarai sasaran bos. Asalkan mereka tidak terkena serangan pedang Cliff Ronin dan mengelakkan serangan AoE (Area of Effect) darinya, mereka tidak akan berada dalam keadaan bahaya. Pasukan Jiang You pula merupakan sasaran utama bos ini.

Cliff Ronin dengan status Red Blood memang mengerikan. Dia mampu membereskan 3 orang pemain dengan mudah, namun kekuatan Lord Grim memang luar biasa. Jiang You pasti yang Lord Grim merancang untuk membereskan pasukannya terlebih dahulu kemudian barulah mereka akan membunuh bos yang sudah nyawa-nyawa ikan.

Curi bunuh kemudian lari?

Pelbagai fikiran terlintas di kepala Jiang You, namun dia tidak ada banyak masa untuk berfikir. Aura pedang Cliff Ronin sudah berterbangan ke arah mereka.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter