76 Mengawal Jejak Pergerakan Bos

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Di dalam hutan, Blue River hanya dapat melihat Goblin Merchant yang memikul beg galasnya mengejar bayang-bayang Lord Grim. Para pemain Tyrannical Ambition yang lain telah turut bertempiaran ke dalam hutan dan melancarkan serangan menggunakan strategi gerila.

Blue River kehairanan. Sepatutnya Goblin Merchant akan melempar-lemparkan senjata dari beg galasnya apabila berhadapan dengan musuh. Mengapa dia tidak berbuat demikian apabila berhadapan dengan Lord Grim? Rupa-rupanya, setiap kali Goblin Merchant melemparkan bom tangan, Lord Grim telah memukul bom itu dan menyebabkannya terlantun kembali dan meletup pada kepala Goblin Merchant sendiri. Goblin Merchant kelihatan sungguh bodoh sekali.

Namun, untuk memukul bom tangan tersebut sewaktu ia berada di udara bukannya mudah. Lord Grim harus lincah dan mempunyai ketepatan yang jitu.

Blue River hanya mampu mengeluh dan terus mengejar.

Lord Grim sedang menyerang Goblin Merchant sambil menyerang, jadi dia tidak mungkin berlari dengan sepenuh kelajuan. Blue River dan kumpulannya telah berjaya mengejar. Di belakang Persatuan Blue Brook, sekumpulan pemain lain turut mengejar bagaikan sekumpulan serigala.

Blue River sememangnya lebih berhati-hati kali ini selepas kejadian Blood Gunner tempih hari. Dia tahu jika dia ragu-ragu dan tidak terus mara, para pemain Tyrannical Ambition akan mendapat kelebihan.

"Thousand Creations, pergi ke hadapan dan sekat dia," kata Blue River.

"Kenapa saya pula?" bantah Thousand Creations.

"Kamu kan Battle Mage! Kalau bukan kamu, siapa lagi?" Dengan efek khas yang diberikan oleh Chaser, para pemain Battle Mage sememangnya lebih laju daripada semua kelas pemain yang lain.

"Little Sea kan ada!" Thousand Creations merujuk kepada seorang lagi Battle Mage dalam kumpulan mereka.

"Kemahiran kamu lebih tinggi!" jawab Blue River.

"Pada mata dia, saya bukannya siapa-siapa," balas Thousand Creations.

"Dah berapa kali kamu bertarung dengan dia?" tanya Blue River.

"Kamu sepatutnya dapat menilai kehebatan dia sendiri!" kata Thousand Creations.

"Sudah! Tak payah nak halang lagi! Kita dah berjaya mengejar," kata pemain bernama Thundering Light. Sementara mereka berdua bertekak, Goblin Merchant sudah pun berada dalam jarak serangan mereka. Thundering Light mara ke hadapan dan menggunakan serangan Raging Flames.

Bukan mudah bagi ahli sihir itu untuk mengenai sasaran. Dia harus menyesuaikan diri dengan tempoh masa serangannya lalu menentukan arah pergerakan musuh serta kelajuan musuh. Thundering Light seorang pemain berpengalaman jadi semua ini tidak menjadi masalah buatnya. Serangan Raging Flames menyelubungi kawasan yang besar, jadi ia lebih mudah untuk mengenai sasaran. Thundering Light memilih sebuah kawasan yang terletak di hadapan Goblin Merchant sebagai kawasan sasarannya lalu melepaskan serangan di situ.

"Spitfire!" Ye Xiu menghantar mesej kepada kumpulannya pada ketika itu.

Sebaik sahaja pemain Spitfire membaca mesej itu, dia melepaskan sebuah tembakan peluru cahaya. Peluru tersebut meluncur laju berserta bunyi yang kuat dan tepat mengenai tubuh Goblin Merchant.

Tubuh Goblin Merchant diselubungi cahaya terang. Tiba-tiba, ia menukar arah pergerakannya menuju ke sebelah kiri hutan dan terus berlari.

"Celaka!" Thundering Light kebingungan. Serangan kuasa saktinya sudah dilepaskan dan dia sedang menantikan Goblin Merchant untuk terlambung ke udara. Sebaik sahaja raksasa itu terlambung, ia akan memberikan mereka peluang terbaik untuk memukulnya selama lebih kurang dua saat. Tapi siapa sangka Goblin Merchant akan menukar arah pergerakannya pula! Serangan Raging Flames tadi menyala marak tetapi hanya sekadar mengenai angin sahaja.

"Siapa yang celaka sangat tu? Berani kamu kacau serangan saya? Bodoh!" Thundering Light memaki-hamun pada arah sebatang pokok di mana serangan peluru cahaya itu telah datang.

"Bisingnya!" kata seorang Brawler dari Persatuan Blue Brook sambil melemparkan sebongkah batu-bata pada Goblin Merchant. Bata itu dilemparkan ke belakang kepala Goblin Merchant. Walaupun bata yang sekadar dilemparkan akan menyebabkan tempoh efek serangan berkurang sebanyak 50%, ia telah terkena pada bahagian belakang kepala musuh. Ini akan menyebabkan peluang melakukan kesan 'Dizzy' pada musuh meningkat sebanyak 50%. Apabila berada dalam keadaan 'Dizzy', langkah Goblin Merchant akan terhenti seketika, dan ini akan memberikan mereka peluang untuk terus mengejar.

Malangnya, sewaktu bata itu terbang di udara, tiba-tiba kedengaran dentuman bunyi tembakan pistol. Bata itu pecah seribu dan hanya tinggal debu sahaja. Brawler yang melempar bata itu turut tergamam.

"Ini memang celaka!" jerit Brawler itu. "Saya bermimpi ke ni? Sejak bila Tyrannical Ambition ada pemain yang handal sebegini?"

Tidak ada sesiapa yang menjawab. Para pemain yang bermata tajam telah melihat senjata aneh dalam genggaman Lord Grim mengeluarkan kepulan asap.

"Beri perhatian pada senjata Lord Grim," arah Blue River pada semua pemainnya.

"Senjata jenis apakah itu?" tanya salah seorang pemain.

"Saya pun tak tahu," jawab Blue River dengan jujur.

"Tangkap Goblin Merchant dulu sebelum nak bersembang!" kata seseorang.

"Walaupun kedua-dua pemain Persatuan Blue Brook gagal menghentikan pergerakan Goblin Merchant, jarak di antara mereka dan raksasa itu semakin hampir. Baru sahaja pemain Blue Brook hendak melancarkan serangan, seorang Grappler muncul dari sebalik sebatang pokok dan mendakap Goblin Merchant. Dia lantas melemparkan raksasa itu ke arah Lord Grim.

Pemain kelas Grappler merupakan pakar dalam menggenggam pihak lawan dan setiap dakapan mereka mempunyai kesan khas tersendiri. Serangan 'Fling' yang dilakukannya pada Goblin Merchant kali ini jauh lebih pantas dan kuat daripada Fling yang dimiliki oleh Lord Grim. Betap geramnya pemain Blue Brook melihatkan sasaran mereka terlepas sekali lagi. Sementara itu, Lord Grim telah menantikan ketibaan Goblin Merchant dan mengenakan beberapa serangan padu pada tubuh raksasa itu. Setelah berjaya mencuri tumpuan raksasa itu, Lord Grim sekali lagi melakukan serangan Circle Swing dan Fling untuk menjauhkan semula jarak raksasa itu dengan Persatuan Blue Brook.

"Tunggu sekejap, saya rasa saya tahu…." kata Bound Boat.

"Apa dia?" semua pemain Blue Brook kebingungan.

"Mereka sengaja berbuat begini untuk mengawal jejak pergerakan bos ini. Semua serangan mereka dilepaskan pada waktu yang tepat, untuk mengubah jejak pergerakannya!"

"Boleh ke? Kedengaran macam mustahil!" semua orang kebingungan.

"Tengoklah sendiri apa yang berlaku. Ini bukan mustahil…." kata Bound Boat.

"Ini semua gara-gara Lord Grim. Semua ini kerana kepimpinan dia yang hebat!" kata Blue River.

"Apa kita nak buat?"

"Berpecah kepada dua kumpulan dan serang mereka semua sekaligus!" arah Blue River.

"Tapi kalau macam itu, mereka boleh menewaskan kita dengan mudah!" Bound Boat risau akan para pemain yang berada di belakang mereka.

"Pemain-pemain sampah itu takkan boleh berbuat apa-apa." jawab Blue River dengan tenang.

"Kenapa kita tak nampak pun para pemain Herb Garden?" tanya Bound Boat.

"Plantago Seed pasti sedang menyorok. Kita perlu berhati-hati dengan mereka. Lagi satu, mana semua pemain kita yang lain? Kenapa hanya ada sedikit sahaja di sini??"

"Pemain Herb Garden dah sampai!" jerit Bound Boat tiba-tiba.

Blue River memandang ke arah hadapannya dan melihat sekumpulan pemain sedang menanti. Sungguhpun Blue River tidak dapat melihat nama-nama mereka, dia tahu mereka semua pemain Herb Garden.

"Mereka sedang bersedia nak mengerumuni pemain Tyrannical Ambition," kata Bound Boat.

"Plantago Seed pasti telah menerima maklumat dari salah seorang pengkhianat di antara kita," kata Blue River dengan geram.

"Bila mereka menghalang laluan Lord Grim, cuba ambil kesempatan dan rampas kembali Goblin Merchant ke pihak kita!" arah Bound Boat.

"MARA!!" Blue River mengaum.

avataravatar
Next chapter