52 Memilih Kelas

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila Chen Guo selesai melihatkan Payung Seribu Manifestasi, Tang Rou sudahpun turun ke bawah semula. Ye Xiu dan Chen Guo melihat ke arahnya tanpa berkata apa-apa.

"Kenapa kamu tinggalkan duit kamu begitu sahaja?" Tang Rou berjalan ke tempat dia bermain tadi, menggulungkan duitnya dengan kemas dan menghulurkannya kepada Ye Xiu.

Chen Guo mengeluh. Gadis ini terlalu serius. Dia tidak akan mungkir janji. Chen Guo berharap Ye Xiu akan mengambil wang itu dan tidak membiarkan masalah lain pula yang timbul.

Ye Xiu tidak menghampakannya. Dia bangun dan mengambil wang yang diberikan. Sungguhpun ini apa yang Chen Guo mahukan, dia tetap berasa marah melihatkan aksi Ye Xiu itu.

"Tak tahu malu! Kamu sanggup ambil duit itu?" tanya Chen Guo.

"Apa salahnya?" tanya Ye Xiu dan Tang Rou serentak.

Chen Guo menyerah kalah. Tambahan pula, dia tidak terlibat dengan pertaruhan antara mereka.

"Saya akan menang semula duit itu satu hari nanti," kata Tang Rou apabila dia menghulurkan wang itu pada Ye Xiu.

"Saya beritahu awal-awal. Ia bukan semudah yang kamu sangkakan," Ye Xiu ketawa. Setelah meletakkan wang itu di dalam poketnya, dia log keluar dari permainan. Dia mengucapkan selamat tinggal dan beredar.

"Kamu tak naik marah ke dengan perangai lelaki itu?" Chen Guo mengetap giginya.

"Tenang, tenang," jawab Tang Rou dengan manis.

"Cepat mula berlatih. Satu hari nanti, belasah lelaki itu dengan teruk dan buatkan dia menyesal!" kata Chen Guo.

"Kakak rasa, sejauh mana perbezaan antara saya dan dia?" tanya Tang Rou pada Chen Guo.

"Ini….." muka Chen Guo kemerahan sedikit. Pada mata Chen Guo, Tang Rou sudah boleh dianggap sebagai jaguh handalan, Tang Rou jauh lebih handal daripadanya. Tetapi Ye Xiu jauh lebih handal lagi. Mereka berdua lebih hebat daripada dia, jadi bagaimana Chen Guo hendak menilai keupayaan mereka. Jika dia dapat menilai perbezaan keupayaan mereka, dia tidak perlu menguji keupayaan mereka melalui pertarungan PK.

"Saya betul-betul tak tahu," jawab Chen Guo dengan jujur.

Tang Rou menundukkan kepalanya dan melihat pada Chasing Haze yang masih belum log keluar. Tidak lama kemudian, dia berkata: "Saya rasa apa yang dia kata itu betul. Saya tak tahu sejauh mana perbezaan antara saya dan dia. Saya perlu berlatih dan belajar dengan lebih dalam lagi,"

Chen Guo gembira mendengarkan kata-kata ini. Akhirnya Tang Rou berminat untuk bermain Glory. Tetapi dia tidak menunjukkan kegembiraannya. Dia cuma berkata: "Nasib kamu baik. Server kesepuluh baru dibuka semalam. Saya akan dapatkan kamu kad akaun,"

"Okay kakak!" kata Tang Rou dengan gembiranya. Chen Guo sememangnya mempunyai banyak kad akaun Glory yang tersedia sejak dia membuka kafe internet ini lagi.

Setelah memilih nama pemain, dia memasuki dunia permainan. 'Quest' di 'Beginner's Village' teramat mudah untuk dia selesaikan. Kebiasannya, Tang Rou akan berasa bosan selepas setengah minit. Tetapi hari ini, dia sangat serius. Dia turut membaca buku panduan pemain baru biarpun Chen Guo berkata dia tidak perlukannya. Akhirnya Tang Rou memberikan perhatian penuh terhadap Glory. Chen Guo gembira melihatkan usahanya memujuk Tang Rou selama ini akhirnya membuahkan hasil. Dia tidak sabar untuk membincangkan sesuatu perkara dengan Tang Rou.

'Adik Tang, kamu nak menggunakan kelas apa?"

"Saya belum memikirkannya lagi!" jawab Tang Rou.

"Tak perlu tergesa-gesa. Sebelum tahap 20, kamu boleh mempelajari mana-mana kemahiran dari kelas apa sekalipun. Kamu boleh mencuba semuanya dan lihat kelas mana yang kamu paling suka," kata Chen Guo.

"Jika saya terus menaikkan tahap sahaja dan tak memilih kelas, saya akan menjadi watak 'Unspecialized' seperti Ye Xiu kan?" tanya Tang Rou.

"Dia itu bermain secara semberono sahaja. Jangan jadi macam dia!" Chen Guo risau jika Tang Rou hendak mengikut Ye Xiu sepenuhnya

"Bermain secara semberono?" Tang Rou tidak faham.

"Selepas seorang watak mencecah tahap 50, mereka perlu menyelesaikan 'class awakening quest' untuk terus memperoleh 'experience' dan menaikkan tahap. Tetapi pemain 'Unspecialized' tidak mempunyai 'class awakening quest', jadi mereka takkan boleh menaikkan tahap lagi selepas sampai ke tahap 50. Disebabkan inilah tak ada lagi pemain yang menggunakan watak 'Unspecialized'," terang Chen Guo.

"Tapi, kan Ye Xiu kata yang dia akan terus menaikkan tahap di Heavenly Domain bila dia mencecah tahap 50?" tanya Tang Rou lagi.

"Eh tolonglah! Itu Heavenly Domain tahu? 'Quest' yang kamu tolong saya dulu pun sudah cukup susah, inikan pula pemain yang sekadar tahap 50. Tak mungkin dia akan dapat lakukannya!" kata Chen Guo.

"Jadi, Ye Xiu…."

"Ye Xiu itu gila!" Chen Guo memotong percakapan Tang Rou.

"Kalau dia mampu berbuat demikian, maksudnya dia lebih handal dari saya?" kata Tang Rou.

Chen Guo tergamam sebentar sebelum berkata: "Kalau dia boleh buat, kamu pun boleh cuba! Sesiapa pun boleh mencuba cabaran Heavenly Domain bila sampai ke tahap 50. Tak ada had batasan untuk ini,"

Chen Guo menambah: "Oh! Satu perkara lagi! Kamu ingat tak senjata Ye Xiu itu? Itulah sebabnya dia bermain watak 'Unspecialized'. Dia ada senjata buatan sendiri. Server baru dibuka selama dua hari, jadi saya tak tahu dia dapat senjata itu dari mana," Chen Guo ingin bertanya tentang perkara itu pada Ye Xiu, tetapi dia berasa malu pula.

"Senjata buatan sendiri? Senjata yang teramat kuat dan hanya dimiliki oleh pemain profesional seperti yang kakak beritahu saya?" tanya Tang Rou. Soalan ini menunjukkan yang dia benar-benar seorang pemain baru.

"Betul. Senjata itu sangat kuat. Sungguhpun ia baru tahap 5, ia senjata kelas Perak, iaitu kelas yang lebih kuat dari kelas Oren. Nampaknya Ye Xiu hendak terus memperkuatkan senjata itu. Kalau tidak, tak mungkin dia rela bermain watak 'Unspecialized' semata-mata demi senjata Perak tahap 5," kata Chen Guo.

"Macam mana nak cipta senjata tahap Perak?" tanya Tang Rou.

"Adik, soalan kamu terlalu susah! Saya pun nak tahu juga!" kata Chen Guo.

"Lebih baik jika kamu menjadi seorang 'Launcher' macam saya! Kamu pun dah main akaun saya banyak kali. Kamu mesti dah biasa dengan kelas ini, jadi pasti kamu akan belajar dengan cepat," Chen Guo tidak mahu bercakap tentang senjata buatan sendiri dengan Tang Rou lagi. Dia khuatir jika dia beritahu yang proses menciptakan senjata itu teramat sukar, Tang Rou mungkin akan lebih berminat untuk mencipta senjata daripada bermain Glory! Senjata buatan sendiri sememangnya sangat rumit. Ramai yang telah cuba untuk membuatnya, tetapi akhirnya sia-sia sahaja. Chen Guo tidak mahu bakat Tang Rou dibazirkan pada sesuatu yang tidak bermakna,

Launcher….. Tang Rou tidak mahu berkata apa-apa. Walaupun dia tidak berminat terhadap Glory sebelum ini, dia telah banyak kali bermain. Dalan hatinya, dia tidak minat dengan kelas 'Launcher'. Dia lebih sukakan kelas yang bertarung dalam jarak dekat, tetapi Tang Rou tidak mahu mengecewakan Chen Guo. Sedang dia berfikir, dia teringat tentang satu lagi kelas yang sering disebut oleh Chen Guo.

"Kakak, ada satu lagi kelas yang kakak sering sebutkan. Kelas yang kakak kata ialah kelas paling kuat. Dewa…..dewa apa tu?"

"Dewa Tarung One Autumn Leaf!" jawab Chen Guo. Wajahnya muram apabila memberikan jawapan ini.

avataravatar
Next chapter