63 Memburu Yagg (3)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tumpuan serangan Blood Gunner Yagg tidak mungkin melimpah kepada Herb Garden. Setelah menerima tiga pukulan daripada Lord Grim: Sky Strike, Falling Flower Palm dan Fling, ia menumpukan perhatian terhadap Lord Grim seorang sahaja. Sebaik sahaja dicampak ke tanah, Blood Gunner tidak terjatuh. Sebaliknya, dia berguling dan serta-merta bangun.

Kemahiran ini dinamakan Quick Recover. Ia kemahiran pasif yang sama seperti Swift Run dan Roll. Sebaik sahaja penggunanya jatuh ke tanah, mereka akan serta merta melakukan satu gulingan. Dengan ini, penggunanya tidak akan jatuh buat terlalu lama.

Kemahiran ini memerlukan teknik yang mahir untuk digunakan. Apabila pemain menjejak tanah, mereka perlu melakukan gulingan serta merta untuk mengaktifkan Quick Recover. Tetapi, Quick Recover tidak akan berfungsi apabila diserang oleh beberapa serangan khas. Misalnya serangan Circle Swing dari kelas Battle Mage, serangan Back Throw dari kelas Grappler dan serangan Punisher dari kelas Sharpshooter.

Selepas melakukan Quick Recover, Blood Gunner Yagg menaikkan pistolnya dan bersedia untuk menembak.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi dentuman pistol dan kelihatan tangan kanan Blood Gunner yang memegang pistol tercampak ke belakang. Sejurus selepas itu, terdengar pula bunyi dentuman tembakan kedua.

"Jahanam!" jerit seorang pemain Herb Garden kerana ketakutan dan segera merebahkan tubuhnya. Peluru itu nyaris-nyaris terkena kepalanya. Kemudia mendengar seseorang berkata "Jahanam" juga dari arah belakangnya. Pemain di belakangnya itu tidak sempat untuk mengelakkan peluru dan ia singgah tepat di tengah-tengah dahinya. Darah memercik keluar dan nyawanya hanya tinggal separuh. Cleric dari Herb Garden segera bertindak untuk merawatnya. Tetapi kali ini, tidak ada sesiapa pun yang bertindakbalas sewaktu Blood Gunner mengacukan pistolnya pada mereka.

Dari sudut pandangan Persatuan Blue Brook, mereka dapat melihat segalanya dengan jelas. Sewaktu Lord Grim mencampakkan Blood Gunner ke tanah, dia telah mengeluarkan pistolnya sendiri. Bunyi tembakan yang pertama bukan datang dari Blood Gunner, tetapi datang dari pistol Lord Grim. Tembakan Lord Grim itu mengenai tangan kanan Blood Gunner, kerana itulah tangannya tercampak ke belakang. Adakah ini kebetulan? Mereka semua tidak tahu. Tetapi mereka tahu yang tembakan Lord Grim itu telah menghalang Blood Gunner Yagg daripada menembaknya semula. Tembakan yang terkena kepala pemain Herb Garden itu tembakan yang tersasar kerana tangan Blood Gunner telah cedera. Pemain Persatuan Blue Brook gembira apabila melihat pemain Herb Garden tercedera.

"Apa yang dia cuba lakukan?" tanya Bound Boat. Dia gagal membaca niat Lord Grim.

"Adakah dia cuba nak menewaskan Blood Gunner di hadapan kita semua?" tanya Flower Lantern.

Mereka berdua bergerak ke arah Blue River.

"Jahanam! Circle Swing di tengah udara, hebat!" kata Blue River.

Mereka berdua cuba menyedarkan Blue River tentang keadaan mereka sekarang ini.

"Jika persatuan yang lain belum mengambil apa-apa tindakan lagi, apa yang boleh kita buat?" tanya Blue River.

Bound Boat tergamam.

"Adakah Lord Grim cuba mengambil kesempatan untuk membunuh Blood Gunner sementara kita semua tidak dapat bergerak sekarang?" tanya Bound Boat.

Blue River memandang ke kiri, melihat Herb Garden. Kemudian memandang ke kanan melihat Tyrannical Ambition. Dia melihat kedua-dua ketua persatuan masing-masing turut sama melihat ke kiri dan ke kanan. Nampaknya mereka berdua turut menantikan tindakan daripada pihak lawan masing-masing.

Sememangnya tidak ada persatuan yang berani bertindak dahulu. Ini kerana sesiapa yang bertindak dahulu akan menjadi mangsa persatuan lain.

Blue River menghantar mesej kepada Herb Garden dan Tyrannical Ambition serentak. "Kamu berdua, kita nak tercegat sahaja ke melihatkan Blood Gunner dibunuh di hadapan mata kita?"

"Blue tua, kamu akhirnya faham maksud 'khianat'?" jawab Plantago Seed.

"Saya tak mahu bos ini dibunuh begitu sahaja. Apa kata persatuan kamu cuba menangkap Blood Gunner sementara persatuan saya cuba untuk mengawal keadaan, apa kata kamu?" jawab Cold Night dari Tyrannical Ambition pula.

Blue River tidak terkata-kata. Herb Garden dan Tyrannical Ambition langsung tidak percaya padanya. Apa yang lebih penting lagi, kedua-dua persatuan ini belum mengetahui kekuatan sebenar Lord Grim. Mereka tidak percaya yang Lord Grim mampu menewaskan Blood Gunner!

Tetapi apabila difikirkan semula, Blue River sedar ini belum pasti lagi. Walaupun dia telah menyaksikan kekuatan Lord Grim dengan mata sendiri, dan walaupun dia tahu yang Lord Grim bergantung kepada kekuatannya sendiri untuk menewaskan Blood Gunner, ia mustahil untuk seseorang pemain menewaskan Blood Gunner pada tahap serendah ini. Tak kiralah sehebat mana seorang pemain itu, ia mustahil! Ini kerana, jumlah 'mana' pemain itu tidak akan mencukupi.

Dengan jumlah nyawa Blood Gunner yang tinggi, kekuatan serangan seorang pemain tidak akan mencukupi untuk menewaskannya tanpa bantuan 'mana'. Biarpun dia membawa jumlah posyen yang banyak sekalipun, ia tidak cukup. Lebih-lebih lagi, dengan penggunaan kemahiran Lord Grim yang bertalu-talu, posyen tahap satu yang diperolehi di Beginner's Village pasti tidak cukup.

Kemahiran tidak boleh digunakan tanpa 'mana', dan jika pemain tidak boleh menggunakan kemahiran, serangan biasa semata-mata takkan mampu menewaskan Blood Gunner. Selain daripada 'damage', kemahiran khas sangat diperlukan demi mengawal pergerakan bos itu.

Contohnya, Sky Strike akan melambungkan musuh, Dragon Tooth akan membuatkan musuh terpaku, Falling Flower Palm akan membuat musuh terpelanting jauh, Circle Swing akan menghalang Quick Recover. Kesemua kesan serangan khas ini tidak dapat diwujudkan melalui serangan biasa.

Blue River bertenang sedikit apabila memikirkan ini. Dia lebih merisaukan Tyrannical Ambition dan Herb Garden, jadi dia tidak berhenti-henti melihat ke arah mereka.

Kelima-lima pemain yang bertarung dengan Blood Gunner sekarang pasti akan mati, jadi Blue River berfikiran Lord Grim tidak mungkin bergabung dengan mereka. Dia tidak dapat memujuk Lord Grim untuk menyertai mereka semula, jadi dia hanya mampu mengarahkan Thousand Creations untuk kembali ke persatuan mereka dan bertarung bersama-sama.

Tetapi, Lord Grim melihat potensi kelima-lima pemain itu. Mereka bukannya tidak mahir, tetapi ketakutan dan tidak cukup pengalaman.

Tiba-tiba, Lord Grim menggunakan serangan Circle Swing untuk melemparkan Blood Gunner di hadapan mereka berlima.

"Apa kamu tunggu lagi? Serang!" jerit Ye Xiu.

Mereka berlima tersedar dari lamunan dan segera menyerang Blood Gunner dengan senjata masing-masing.

"Okay dengar sini. Jangan menyerang membabi-buta. Ikut arahan saya!" sementara Ye Xiu menjerit, Lord Grim tidak berhenti-henti menyerang Blood Gunner.

Kelima-lima pemain itu akhirnya menyedari sesuatu.

"Eh, itu Lord Grim lah! Lord Grim ada di sini! Lord Grim yang mendapat 3 'first clear di Beginner's Village! Lord Grim yang membantu Persatuan Blue Brook memecahkan 'clear record' di Hutan Fros!" kata mereka dengan penuh teruja.

"Berserker, lakukan Gore Cross!" arah Lord Grim sambil mengenakan serangan Dragon Tooth untuk menikam Blood Gunner.

Pemain kelas Berserker serta merta menghunuskan pedang gergasi miliknya. Apabila Blood Gunner terpaku disebabkan serangan Lord Grim, dia menetak tepat ke arah bos itu dan tetakannya membentuk sebuah palang. Darah terpercik dari badan Blood Gunner.

"Brawler, lakukan Sand Toss!" jerit Ye Xiu sambil mengenakan serangan Sky Strike untuk melambungkan Blood Gunner ke udara.

avataravatar
Next chapter