836 Masih Perlu Berlatih

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sudah begitu lama Tang Rou tidak menghadapi keadaan sukar sebegini. Dalam pengalaman singkatnya bermain Glory, dia hanya tidak berdaya sebegini sewaktu menentang Ye Xiu pada permulaan kerjayanya dan sewaktu dia berhadapan dengan Wang Jiexi yang pernah menjemput dia untuk menyertai pasukan Tiny Herb.

Namun, Tang Rou tahu yang kedua-dua pemain itu jauh lebih mahir berbanding dia. Tahap kemahirannya pada ketika itu juga sangat rendah. Menentang mereka adalah serupa seperti Tang Rou membuli pemain biasa.

Sehingga sekarang, setelah Tang Rou maju dan mengumpulkan pengalaman, dia sangka dia tidak akan begitu tidak berdaya apabila menentang dua orang pemain tahap Dewa itu lagi. Tetapi sekarang ini, pemain Everlasting yang namanya tidak diketahui, pemain yang dibuli-buli oleh Wei Chen dalam perlawanan sebelum ini, pemain yang menyebabkan Wei Chen ketawa terbahak-bahak selama setengah jam, berjaya menyekat dia.

Menyekat dia sepenuhnya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter