451 Lelaki Misteri

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Kelab Excellent Era. Pengarah kelab tidak mengumpulkan setiap ahli pasukan, tetapi Sun Xiang, Liu Hao dan para pemain lain yang telah disenaraikan namanya tidak dapat melarikan diri.

Sewaktu mereka masuk ke bilik mesyuarat, mereka sedar betapa muramnya wajah pengarah. Wajahnya cukup bengis. Setelah mereka duduk, seorang ahli pasukan bertanya dengan suara lemah, "Apa yang terjadi?". Pengarah melemparkan suratkhabar yang telah dibacanya pada pagi ini ke arah pemain tersebut.

Ada di antara mereka yang telah membaca berita ini, ada yang belum. Pemain yang bertanyakan soalan itu tadi bernama Guo Yang dan dia adalah salah seorang ahli pasukan utama Excellent Era. Dia memainkan watak Qi Master yang bernama Qi Breaker. Semalam, dia telah turut sama terlibat untuk menonton persembahan. Hari ini, namanya telah didedahkan di dalam senarai, tetapi dia tidak tahu tentangnya. Pengarah sangat marah dan memandang tajam ke arah Guo Yang.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter