Selepas ketua Tyrannical Ambition tumbang, tentera mereka menjadi huru-hara. Biarpun ada pemain lain yang boleh mengambil alih tugas ketua dan memimpin kesemua tentera, semangat mereka telah goyah. Musuh mereka cuma menaikkan tangannya dan ketua persatuan mereka telah ditewaskan. Jaguh jenis apakah ini?

Dengan Zhao Yuzhe memimpin, Howling Heights berjaya mengekang Tyrannical Ambition. Misty Castle tahu yang situasi telah berubah dan segera pergi membantu Howling Heights. Mereka akan membalas dendam terhadap Tyrannical Ambition terlebih dahulu dan kemudian melihat apa yang perlu dilakukan selepas itu.

Pada ketika ini, ketua Howling Heights, West Riding Wind, pergi ke sisi Zhao Yuzhe, "Kami dah jumpa para pemain dari empat persatuan."

"Empat persatuan?" tanya Zhao Yuzhe. Empat persatuan yang dimaksudkan ini adalah pakatan Ye Xiu. Zhao Yuzhe tidak pernah mendengar tentangnya sebelum ini.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter