806 Kelengkapan Ditetapkan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Pasukan Heavenly Swords memang kaya. Dengan bantuan wang, mereka berjaya membeli 20 keping kelengkapan kelas Perak. 5 orang watak mereka memakai kesemua kelengkapan ini, tidak ada satu pun yang disembunyikan. Namun, disebabkan oleh kelas watak mereka, kelengkapan-kelengkapan ini tidak diagihkan dengan seimbang kepada setiap watak. Berserker Loulan Slash memakai 5 kelengkapan, Battle Mage Homeward Bound memakai 5 juga, manakala Grappler Night Tide memakai 4 dan Elementalist Ocean Ahead pula cuma ada 2 kelengkapan.

2 atau 5 keping kelengkapan pada satu watak tidaklah banyak. Dalam Glory, seorang watak boleh memakai sebanyak 12 keping kelengkapan. Loulan Slash dan Homeward Bound mempunyai kelengkapan kelas Perak yang paling banyak, tetapi ia cuma 5 sahaja. Ia tidak sampai setengah pun daripada set penuh.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter