221 Kawalan yang Kuat

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sudah tentulah Sand Toss yang mengenai Crowd Lover itu datang dari Steamed Bun.

Sejak dua orang pemain Blossom Valley tadi dilemparkan ke arah pasukan Tyrannical Ambition oleh Lord Grim, mereka menjadi mangsa bedilan peluru Su Mucheng. Ketua persatuan mereka, Backlight Bomb, tidak mempunyai sesiapa untuk membantunya dan gagal menewaskan Steamed Bun dalam pertarungan jarak dekat.

Sebaik sahaja Backlight Bomb ditewaskan, Crowd Lover telah dicampakkan ke arah Steamed Bun, jadi dia gembira sekali.

Tahap kemahiran Jiang You lebih tinggi dari Steamed Bun, malangnya sebelum dia sempat memperbetulkan sudut pandangannya, dia telah terkena Sand Toss.

Pemain kelas Elementalist lebih teruk berbanding Spitfire dari segi pertarungan jarak dekat. Mujurlah Jiang You cukup berpengalaman, dia melepaskan kemahiran Gegelung Elektrik. Kemahiran ini mencipta gegelung perlindungan yang mengelilingi tubuhnya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter