550 Kamu Boleh Jadi Seorang Penyedut Sahaja

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Soalan Ye Xiu adalah soalan normal. Apabila satu pasukan berkumpul untuk bermain di dungeon, dalam keadaan tersebut, mereka biasanya akan menyebarkan kelas sama rata. Ini adalah demi mengelakkan konflik di antara pemain yang menggunakan kelas yang serupa apabila mereka menemui kelengkapan yang diperlukan. Ramai pasukan mengalami pergaduhan dan dibubarkan disebabkan perkara ini. Ia adalah satu masalah yang perlu dipertimbangkan dengan serius.

Sebagai jawapan kepada soalan Ye Xiu, seorang pemain tidak berpuas hati. "Saudara, kamu dah tengok kelengkapan saya ke belum? Kamu rasa saya nak apa-apa yang dijatuhkan dari dungeon ini ke?"

Apabila Ye Xiu mendengar jawapan ini, jelas sekali suara itu datang dari pemain Knight yang satu lagi. Suaranya dipenuhi dengan keangkuhan. Dia jelas sekali memandang rendah terhadap Ye Xiu, seorang Tank yang hanya memiliki nilai Vitality sebanyak 750.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter