619 Kamu Ada Hati Nurani atau Tidak?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Itu tak penting kan?" kata Ye Xiu sambil mengimbas tingkap perbualan di skrin Wei Chen. Nampaknya, Three Realms Six Paths sangat mementingkan Wei Chen dan memberitahu yang dia bercadang untuk membenarkan Wei Chen mengetuai kumpulan elit kelima persatuan utama Samsara.

"Memang tak penting, tapi saya rasa kalau berdasarkan kemampuan yang saya tunjukkan, ia masih terlalu awal untuk saya menjadi ketua kumpulan elit," kata Wei Chen.

"Ya ke? Kumpulan elit kelima… satu kumpulan ada 100 pemain. Bila persatuan merebut bos liar, mereka biasanya akan membawa dua kumpulan. Paling banyak pun, tiga atau empat. Kumpulan elit kelima kamu hanyalah kumpulan simpanan kepada kumpulan simpanan! Status kamu sekarang ini bagaikan tukang sorak untuk kumpulan elit pertama sahaja! Kamu tak akan mendapat sebarang maklumat penting. Sekarang ini, kamu bawa sahaja kumpulan kamu ini untuk bermain dungeon sepanjang hari!" kata Ye Xiu.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter