Setelah menemui jejak Lord Grim, semua orang di dalam persatuan mula berasa teruja. Lord Grim adalah keutamaan mereka, Deception hanyalah sekadar hadiah saguhati sahaja.

Ketiga-tga ketua persatuan juga sangat teruja. Mereka telah membuka peta Pekan Wilderness pada skrin mereka. Setelah meminta koordinat, mereka segera menentukan lokasi Lord Grim dan mula membuat aturan yang sepatutnya.

"Jangan terburu-buru. Bentukkan kepungan yang kukuh dan perlahan-lahan kecilkan kepungan. Dia tak akan dapat lari," kata Changing Spring. Pasukan Golden Fragrance adalah dari Excellent Dynasty. Para pengejar di belakang Deception adalah dari Herb Garden. Ahli pasukan Blue Brook belum terlibat secara langsung lagi, jadi Changing Spring mampu memerhatikan medan pertarungan dengan lebih tenang.

"Nampaknya dia tak bercadang hendak log keluar, jadi kita akan temani dia sampai dia berbuat demikian," tambah Arisaema.

"Kenapa dia tiba-tiba memunculkan diri?" tanya Changing Spring.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter