93 Itu Bukan Kesalahan yang Disengajakan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Kesemua penonton, malah pengulas dan tetamu kehormat juga menyangka yang Excellent Era akan menewaskan pihak lawan mereka yang sudah lemah semangat disebabkan oleh kekalahan 1 lawan 3 tadi. Tetapi tanpa disangka, sewaktu perlawanan bermula, pasukan 301 Degrees menunjukkan semangat yang kuat. Sebaik sahaja mereka memulakan perlawanan, ketua pasukan Yang Cong mengarahkan Scene Killer untuk menerpa ke arah pasukan Excellent Era.

"Wah, sungguh bersemangat! Ini mungkin kerana mereka berasa malu akibat tewas tiga kali berturut-turut, betul tak?" Semua penonton di kafe internet mengusik pasukan 301 dan semua orang ketawa.

Pengulas Pan Lin cuba mempunyai fikiran yang sama. "Oh? 301 memulakan perlawanan dengan sungguh bersemangat! Jurulatih Li, kamu rasa ini kerana mereka hendak menebus maruah selepas kalah dalam pusingan sebelumnya?"

"Ya, ini mungkin juga. Lagipun, tahap kemahiran dan watak kesemua pemain dalam Pakatan Profesional tidak banyak berbeza. Tetapi situasi 1 lawan 3 yang ditunjukkan Sun Xiang tadi jarang berlaku. Kalau tak salah saya, sejak musim pertama sampai sekarang, ia hanya pernah berlaku dua kali, betul tak?" Sebagai tetamu kehormat, Li Yibo sangat berdedikasi terhadap kerjanya dan telah menyediakan statistik dari awal.

"Ya, kali pertama ia dilakukan oleh Troubling Rain milik Huang Shaotian," kata Pan Lin.

"Kali kedua pula oleh Desert Dust dari Han Wenqing," kata Li Yibo pula.

"Tetapi, kedua-dua perlawanan tersebut menentang pasukan yang lemah. Pasukan 301 pula boleh dianggap agak kuat. Mungkin kerana inilah mereka tidak boleh menerima hakikat," sambung Pan Lin.

"Hei, tengok pertarungan ini! Sekarang, kedua-dua pihak sedang bertembung secara berdepan. Nampaknya perlawanan ini akan dihabiskan dengan cepat," kata Li Yibo.

"Betul, pemain yang mengetuai serangan bagi pihak Excellent Era adalah One Autumn Leaf milik Sun Xiang. Serangan pembukaan jenis apakah yang akan dia gunakan terhadap pihak lawannya kali ini?"

"Oh...apa...Scene Killer milik Yang Cong tidak menyerang One Autumn Leaf secara berhadapan. Mereka semua sedang bersurai."

"Nampaknya mereka semua hendak mengelilingi One Autumn Leaf!" Li Yibo menambah.

"Ini… jika mereka berlima berserakan, tidak kira sehebat mana pun Sun Xiang, mustahil dia boleh menghalang kelima-lima pemain serentak!" kata Pan Lin.

"Ini kan pertandingan berkumpulan? Kamu tidak boleh bergantung pada seorang pemain sahaja untuk menang," kata Li Yibo.

"Ya, pemain-pemain lain pasukan Excellent Era sedang bersedia untuk menghadapi pihak lawan masing-masing. Oh, apa? Mereka sedang berlari pula?" Pan Lin terkejut.

"Saya tak mengerti apa yang 301 nak lakukan!" Li Yibo juga keliru.

"Cantik! One Autumn Leaf akhirnya bergelut dengan seorang pemain. Mari kita lihat berapa lama pihak lawannya ini boleh bertahan. Secara teorinya, tidak ada seorang pun pemain 301 yang boleh menandingi One Autumn Leaf secara 1 lawan 1," kata Pan Lin.

"Para pemain 301 sepatutnya berundur untuk menyelamatkan dia! Jika ada pemain yang terbunuh pada awal permainan, keadaan pasti sukar untuk mereka," kata Li Yibo.

"Saya faham strategi 301! Nampaknya mereka tidak mementingkan kekuatan One Autumn Leaf," kata Pan Lin.

"Tunggu sebentar!" Pan Lin tiba-tiba menjerit. "Siapakah yang sedang One Autumn Leaf hadapi?"

Menonton pertarungan berkumpulan bukan mudah. Kesemua watak pemain berselerakan dan sentiasa berubah-ubah posisi. Sukar untuk mengenal pasti setiap pemain dengan cepat. Apabila perlawanan menjadi semakin sengit dan kemahiran demi kemahiran ditunjukkan di merata tempat, ia menjadi semakin sukar lagi.

"Ini...nampaknya macam…" Li Yibo juga sedang berusaha untuk mengenal pasti pemain itu.

"Itu Tide!!!" kata-kata Pan Lin seakan-akan jeritan. Dia terpaksa menghalang dirinya dari menggunakan perkataan "jahanam". Walaupun perkataan ini biasa digunakan dalam kehidupan harian, ia tidak sesuai digunakan dalam program yang disiarkan secara langsung. Jika Pan Lin menggunakan perkataan ini, dia akan menerima banyak kritikan.

Li Yibo juga tidak terkata-kata. Kesemua penonton juga sama.

Tide ialah watak "Raja Usaha" Xu Bin.

"Kita tersilap ke? Bukannya One Autumn Leaf yang bergelut dengan Tide, tetapi sebaliknya?" kata Pan Lin.

Pan Lin hanyalah seorang pengulas, jadi dia tidak begitu mempedulikannya. Tetapi, Li Yibo seorang tetamu kehormat yang melambangkan prestij dan kekuasaan. Jika dia mengaku kesilapannya, ia akan kelihatan sangat memalukan baginya. Oleh itu, dia segera mengelak daripada berbicara tentang topik itu. Dia hanya berkata "Ya" lagi menyambung: "Xu Bin ini sangat luar biasa. Ada beberapa pemain dalam Pakatan Profesional yang menggunakan kelas Knight, kelas yang mementingkan pertahanan semata-mata! Tetapi. dia boleh dianggap sebagai pemain paling hebat dalam kelas ini."

"Tapi, bukankah ianya sukar untuk menunjukkan kekuatan kelas ini dalam pertarungan menentang pemain lain, Jurulatih Li?" Pan Lin menyambung topik ini dengan lancar.

"Betul…" Li Yibo akhirnya mendapat kembali kekuasaan dan prestijnya.

"Sekarang, Tide milik Xu Bin sedang bertarung dengan One Autumn Leaf milik Sun Xiang. Scene Killer milik Yang Cong pula mengelak daripada bergelut dengan tiga orang pemain Excellent Era. Sasarannya… sasarannya adalah Dancing Rain. Dancing Rain milik Su Mucheng. Siapa sangka! Jadi 301 telah menjadikan Dancing Rain sebagai sasaran pertama mereka?"

"Ini…" Li Yibo keliru. Sama ada dari segi mengenal pasti kemahiran atau menganalisa taktik, dia berasakan yang ia menjadi semakin sukar untuk dilakukan. Situasi ini bertambah sukar setiap tahun. Dalam setiap pertarungan, dia akan sentiasa menghadapi beberapa keadaan janggal di mana dia terpaksa mengelak daripada memberikan komen demi menyelesaikan kejanggalan tersebut.

Syukurlah, dia terlepas dari keadaan janggal kali ini kerana perlawanan ini sungguh sengit. Dia langsung tidak ada masa untuk menjawab soalan bertalu-talu Pan Lin. Dia segera memberikan ulasan: "Cantik! Scene Killer berputar sebanyak dua kali di udara untuk mengelakkan dua das tembakan Dancing Rain. Dia mendarat dan berguling, Shining Cut!!! Dia mengelakkan sedas lagi tembakan. Dia merapakatkan diri. Dia merapatkan diri! Dancing Rain hampir berada dalam jarak serangannya!!"

"Oh? Reaksi Su Mucheng sangat tangkas. Dia melompat dan menggunakan Aerial Fire untuk terbang ke belakang!"

"Wah, Scene Killer lebih pantas! Diving Arrow… Dancing Rain sudah dipijak. Susahlah dia kali ini. Bagaimana pula dengan pemain-pemain Excellent Era yang lain? Wah, mereka semua telah disekat. Tidak ada orang yang boleh datang membantu. Su Mucheng berada dalam keadaan bahaya!"

"Hebat! Lompatan ke belakang itu sangat cantik, betul tak? Jurulatih Li?" Pan Lin menjerit.

"Betul tu! Dia juga berjaya mengelak serangan BBQ dari Su Mucheng. Kita dapat melihat Yang Cong memiliki asas yang kukuh dari cara dia melakukan lompatan ke belakang itu! Penonton yang menyukai Glory…"

"Dancing Rain juga melompat ke belakang!!". Dalam pertarungan sengit seperti ini, Li Yibo masih ingin memberikan ajaran kepada para penonton tetapi Pan Lin telah memotong ulasannya, "Tembakan! Dancing Rain menggunakan Aerial Fire sekali lagi untuk terbang ke belakang."

"Dielak!! Dielakkan lagi!! Biarpun dengan jarak yang begitu dekat di antara mereka, Scene Killer masih berjaya mengelakkan tembakan,"

"Shadow Move dan Swift Run!! Ini kemahiran pergerakan atas tanah yang paling laju dalam dunia Glory. Kelajuannya melebihi Aerial Fire, dan Scene Killer serta-merta merapatkan jurang dengan Dancing Rain semula. Dancing Rain masih gagal untuk melepaskan diri daripanya!!"

"Wow, Yang Cong's Scene Killer is even faster! Diving Arrow….. Dancing Rain's been stepped on. It'll be troublesome for her this time. What about Excellent Era's players? Wow, they've all been restrained. No one can come over and help. Su Mucheng's in a dangerous position!" ulas Pan Lin dengan penuh semangat. Sebaliknya, para penonton di Kafe Internet Gembira terdiam membisu. Pada awalnya, mereka menyangka Excellent Era akan membelasah teruk pasukan 301. Siapa sangka keadaan seperti ini akan berlaku pula.

Sekarang, biar pemain biasa yang tidak mendengar ulasan atau analisis profesional sekalipun boleh mengetahui yang 301 memiliki kelebihan mutlak. Kelima-lima pemain Excellent Era telah terbahagi kepada tiga bahagian.

"Raja Usaha" Xu Bin sedang bergelut dengan One Autumn Leaf.

Gao Jie dan dua orang pemain 301 yang lain sedang menentang tiga orang pemain Excellent Era. 3 lawan 3.

Pada ketika ini, sukar untuk meneka bagaimanakah kesudahan pertarungan 3 lawan 3 ini. Tetapi keadaan yang paling teruk sekali adalah di antara Scene Killer menentang Dancing Rain. Su Mucheng sasaran utama yang ingin diasingkan oleh 301. Dancing Rain juga merupakan sasaran pertama yang ingin mereka bunuh. Dengan jarak serangan paling jauh, pemain kelas Launcher tidak sama dengan kelas Sharpshooter yang mempunyai beberapa kemahiran untuk pertarungan jarak dekat. Sangat sukar bagi seorang Launcher untuk menghadapi serangan jarak dekat dari pemain kelas Assassin. Ia juga mustahil untuk melepaskan diri darinya.

"Ini… ini… macam mana boleh jadi macam ini!!" Melihatkan idolanya berada dalam situasi begini, Chen Guo orang yang paling risau di seluruh kafe internet. Dia tidak dapat menahan dirinya dari menggenggam tangan Ye Xiu dan berbincang dengannya.

"301 jelas sekali memahami Sun Xiang dan kekuatan One Autumn Leaf. Dari awal lagi, mereka tidak pernah memandang rendah padanya," kata Ye Xiu.

"Apa?"

"Dengan adanya Sun Xiang dan One Autumn Leaf, 301 tahu yang peluang mereka untuk memenangi perlawanan bahagian kedua tadi sangat tipis, jadi mereka sengaja menyerah kalah," kata Ye Xiu lagi.

"Jadi kamu nak kata yang mereka sengaja kalah dalam perlawanan sebelumnya?" Chen Guo terkejut.

"Mereka bukan sengaja kalah. Mereka memilih untuk menyerah kalah," Ye Xiu membetulkan Chen Guo. "Ini merupakan salah satu pilihan berdasarkan taktik keseluruhan. Mereka memang sudah merancang untuk kalah dalam pusingan sebelumnya. Dalam pusingan pertama, Yang Cong bermain dengan lembut dan pantas. Apabila dia bertarung dengan Sun Xiang, dia sengaja hendak meningkatkan kelajuan tangan Sun Xiang untuk membuatkan dia teruja. Selepas itu, pemain kedua juga kalah dengan cepat. Ini meningkatkan sifat sombong Sun Xiang. Bagi pusingan ketiga pula, Xu Bin sengaja membuatkan Sun Xiang hendak menewaskannya dengan cepat. Sewaktu pusingan ini, kelajuan tangan Sun Xiang sudah melebihi kelajuan yang digunakan sewaktu bertarung dengan Yang Cong. Tetapi, Xu Bin menunjukkan kekuatannya sebagai "Raja Usaha", dia memaksa Sun Xiang untuk terus-menerus menggunakan sepenuhnya kelajuan tangannya. Pada akhirnya, dia juga tidak setanding dengan Sun Xiang dan telah tewas. Tetapi setelah memenangi perlawan 1 lawan 3 ini, keadaan minda dan kelajuan tangan Sun Xiang telah mencapai kemuncak."

"Jadi?" Chen Guo tidak faham.

"Kelajuan tangannya sudah di luar kawalan," kata Ye Xiu.

"Kelajuan tangannya sudah di luar kawalan?"

"Tanpa disedari, dia telah masuk ke dalam perangkap pihak lawan. Secara ringkas, dia sedang menghadapi masalah besar sekarang," kata Ye Xiu lagi.

"Apa...apa dia?"

"Ada banyak kemungkinan. Paling tidak pun, keterujaan melampau Sun Xiang akan merosakkan kerjasama dia dengan ahli pasukan yang lain. Dia baru sahaja menyertai Excellent Era, jadi dia belum menyesuaikan diri dengan ahli pasukan yang lain lagi. Sangat bahaya jika dia terlalu teruja sehingga tahap begini. Perlawanan berkumpulan tidak pernah ditentukan oleh seorang pemain sahaja, ia sentiasa bergantung kepada kekuatan seluruh pasukan. Taktik 301 sekarang untuk mengasingkan Su Mucheng dan menjadikan Dancing Rain sebagai sasaran utama. Kalau kita sekadar melihat pada susunan para pemain mereka, ia kelihatan seperti sasaran pertama mereka ialah Sun Xiang. Tetapi sebenarnya, dia sasaran terakhir.

"Kenapa?"

"One Autumn Leaf terlalu kuat. Jika Xu Bing terus menerus membuatkan Sun Xiang bergelut dengan kelajuan tangan maksimum, saya rasa tangan dia akan kejang. Walaupun kapten 301 adalah Yang Cong, kebanyakan taktik mereka sebenarnya menggunakan Xu Bin sebagai fokus utama. Pasukan ini disokong oleh dua orang pemain tunggak," kata Ye Xiu. "Memandangkan kedua-dua pemain tunggak digunakan dalam pertarungan bahagian kedua tadi, kamu rasa mereka sengaja kalah ke?"

avataravatar
Next chapter