829 Ini Sudah Mencukupi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya pernah ada seorang kawan…" nada suara Ye Xiu sangat serius. Sebatang rokok yang menyala diletakkan di celah-celah jarinya. 

Semua orang terdiam, mereka berfikir yang dia akan menceritakan sesuatu yang unik dan menyentuh hati. Chang Xian menghampiri dengan pena perakam, dia tidak mahu terlepas walau satu perkataan pun. 

"Dia sangat mahir dalam Glory," kata Ye Xiu.

"Selepas itu, dia meninggal," Ye Xiu mengeluh. Dia membuang abu dari rokoknya dan memandang Chang Xian.

Setelah banyak menjalankan temubual dan dia sendiri juga adalah seorang yang peramah, Chang Xian sangat arif dengan ekspresi wajah Ye Xiu sekarang ini, tetapi wajahnya kelihatan sangat pelik sekarang. Ia seolah-olah mengatakan yang Ye Xiu sudah selesai bercakap dan ia giliran Chang Xian pula untuk bersuara sekarang. Chang Xian ragu-ragu dan bertanya, "Itu sahaja?"

"Itu sahaja," jawab Ye Xiu.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter