649 Hari Sebelum Perlawanan Akhir

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sementara kesemua persatuan menghempaskan kepala ke dinding untuk memikirkan bagaimana hendak menguruskan dua pihak lawan yang kuat ini, bos liar tahap 55 Lookashoo Raja Pembetung telah dibunuh.

Pertarungan berakhir tanpa apa-apa yang mendebarkan. Pada akhirnya, Heavenly Justice berjaya merampas bos. Para persatuan besar tidak peduli akan bos tahap 55, tetapi kemarahan mereka bukannya disebabkan oleh bos ini, tetapi kerana masa hadapan mereka yang gelap.

Sewaktu pasukan Ye Xiu meluru untuk menyertai pertarungan bos, Loulan Slash telah menambah mereka masuk ke dalam persatuannya. Di laman sembang persatuan, semua orang boleh melihat dengan jelas ganjaran apa yang diperoleh oleh Loulan Slash.

"Dewa, ganjaran mana kamu nak? Kamu pilih dulu!" Loulan Slash menghantar mesej peribadi kepada Ye Xiu.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter