Hos akhirnya mengumumkan tetamu terakhir dan para penonton mengeluh kecewa. Semua orang hendak naik ke pentas, malangnya, hanya mereka yang bertuah dapat berbuat demikian.

Chen Guo salah seorang yang mengeluh.

Sebaik sahaja angka diputarkan, matanya terbeliak. Apabila Zhou Zekai mengumumkan sendiri nombor tempat duduk terakhir, dia mendengar dengan teliti. Namun, memandangkan ada 10,000 penonton di sana dan hanya 4 yang akan dipilih, kadar peluang 0.04% tidak berpihak pada Chen Guo.

Tetapi dia tidaklah begitu sedih kerana tidak terpilih berdasarkan acara cabutan bertuah begini.

Selepas kecewa seketika, Chen Guo mengeluarkan teropong yang baru dibeli untuk melihat.

"AH!!!" Chen Guo menjerit terkejut.

"Apa dia?" tanya Ye Xiu dan Tang Rou.

"Su Mucheng pun bawa teropong!"

"Ya ke? Biar saya tengok!" kata Ye Xiu.

"Tengoklah!" Chen Guo menyerahkan teropong kepada Ye Xiu, "Di sana."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter