13 Gua Labah-Labah (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya rasa, lebih baik kita jangan cari pasal dengan lelaki ini," kata Seven Fields dengan nada serius, pandangan matanya tepat ke arah Sleeping Moon.

"Betul! Dia mempunyai APM yang lebih tinggi dari 170, sudah tentulah dia seorang jaguh!", salah seorang temannya bersetuju.

"170 pun hanya anggaran kasar sahaja. Dia hanyalah seorang watak 'unspecialized' yang tidak memiliki sebarang peralatan khas, tetapi dia masih dapat melakukan kombo empat kali di tengah-tengah udara. Saya rasa APM dia sudah melebihi 200!"

"Nampak gayanya, kita kena cuba untuk pujuk dia menyertai persatuan kita,"

"Jaguh macam ini pastinya ada cerita dan latar belakang dia yang tersendiri,"

Seorang demi seorang membincangkan isu ini, tetapi Sleeping Moon diam membisu. Dia mengerti mengapa mereka semua berasa kagum. Setelah menempuh perjalanan di Hutan Hijau dan Gua Labah-Labah ini, kebencian asalnya pada Ye Xiu semakin membuak-buak. Dia benar-benar teringin membunuh watak Ye Xiu untuk memuaskan hatinya, tetapi sekarang dia sedar bahawa ia bukanlah perkara yang mudah. Dia berasa benci, cemburu dan pelbagai macam perasaan lagi, tetapi hanya mampu menyaksikan pertunjukan kemahiran Lord Grim tanpa berkata apa-apa.

Terdahulunya, raksasa-raksasa di Hutan Hijau adalah sangat lemah. Dengan kuasa serangan yang tinggi dari Lord Grim, semua raksasa tersebut dibunuhnya dengan sangat cepat tanpa ada yang sempat menyedari betapa kuatnya serangan Lord Grim tersebut. Berbeza pula dengan keadaan sekarang apabila menghadapi raksasa labah-labah yang mempunyai 'HP' tinggi, Lord Grim dapat menunjukkan kekuatan sebenarnya.

"Kombo dia dah mencecah 17…."

"Sebenarnya kombo dia tak pernah putus sejak dari tadi lagi…."

"Nampaknya dia menggunakan dinding untuk melantunkan labah-labah itu kemudian disambung dengan serangan 'uppercut,"

"Saya tak sangka serangan 'Sky Strike' itu tadi dapat mengenai sasaran,"

"Terlalu cantik….kemahirannya terlalu cantik,"

Mereka bertiga tidak berhenti-henti menzahirkan rasa kagum, menyebabkan Sleeping Moon semakin bertambah benci. Baru sahaja dia hendak berkata sesuatu, Seven Fields sudah pun terlebih dahulu berkata, "Abang, dengar sini. Saya tak nak kita semua menyusahkan dia lagi. Kalau kamu nak bergaduh dengan dia, kami tak kisah. Tapi kami semua nak berunding dengan dia!"

Sleeping Moon mengangguk tanpa berkata apa-apa. Sungguhpun dia berasa geram, dia tahu Sleeping Fields dan semua ahli lain sudah membulatkan tekad untuk mendapatkan khidmat Lord Grim. Persatuan mana sekalipun pasti menginginkan pemain berkemahiran tinggi sepertinya! Tidak ada sesiapapun yang akan memilih untuk bersengketa dengan jaguh sepertinya semata-mata demi memuaskan hati Sleeping Moon seorang.

"Cantiknya! Labah-labah hijau itu dibunuh dengan sekelip mata sahaja!"

Seven Fields dan teman-temannya terus terpesona dengan kemahiran Lord Grim. Mereka berdiri mengelilinginya dan mengucapkan kata-kata pujian. Hati mereka sudah benar-benar tertawan.

"Abang, sekarang barulah saya sedar bahawa kemahiran kamu adalah lain daripada yang lain!" kata Seven Fields.

"Biasa sahaja," balas Ye Xiu.

Dia tetap merendah diri sungguhpun diberikan pujian melangit. Nampaknya fitnah yang dilemparkan oleh Sleeping Moon sebelumnya tidak masuk akal sama sekali.

"Abang, dalam server-server yang lain, persatuan manakah yang menghantar abang ke sini?" tanya Seven Fields.

"Tak ada persatuan pun. Saya bersendirian," jawapan ini sememangnya sudah dijangka.

"Betul ke? Abang tak menyertai mana-mana persatuan? Tahap kemahiran abang ni bukannya mudah nak dijumpai. Kenapa pula tak ada persatuan yang cuba mendapatkan khidmat abang?" Seven Fields terkejut.

"Sebab dalam server ni, belum ada persatuan lagi," Ye Xiu memberikan jawapan yang acuh tak acuh.

Seven Fields kebingungan. Sememangnya server ini belum ada sebarang persatuan lagi buat waktu ini, tetapi bagaimana pula dengan server-server sebelumnya? Mustahil jaguh seperti ini baru sahaja belajar bermain Glory! Seven Fields beranggapan bahawa Ye Xiu pernah bertengkar dengan persatuan lamanya, dan disebabkan itu dia datang untuk mencuba nasib di server baru. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka memujuknya menyertai Persatuan Full Moon!

"Abang dari server yang mana sebelum ni?" Seven Fields memulakan soalannya.

"Saya dah lama tak main," Ye Xiu mengelakkan soalan pertama tersebut.

"Oh oh…." Seven Fields terdiam. Dia gagal untuk memecahkan tembok pertahanan Ye Xiu, nampaknya dia langsung tidak berminat untuk berbual.

Lord Grim terus mara ke hadapan dan semua ahli yang lain bertindak untuk mengikutnya dengan rapat, seolah-olah ingin melindunginya dari sebarang ancaman. Sleeping Moon berasa janggal sekali, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.

Dengan kemahiran Ye Xiu, kumpulan mereka melangkah dengan mudah sekali ke bahagian dalaman 'dungeon' tersebut. Sungguhpun mereka semua membawa ubat penawar untuk bisa labah-labah, mereka langsung tidak perlu menggunakannya kerana Lord Grim telah bertindak untuk menarik perhatian kesemua raksasa tersebut dan mengelakkan setiap serangan dengan cantik sekali. Seringkali kesemua ahli yang lain terpesona dengan gerakan Lord Grim sehingga terlupa untuk menyerang raksasa tersebut!

"Kalau tak salah saya, kita akan menemui sekumpulan labah-labah di depan ini. Selepas membunuh mereka, bos pertama akan muncul. Tapi kita takkan tahu samada ia jenis labah-labah beracun ataupun yang menembakkan sarang. Ini adalah bahagian yang agak sukar dalam 'dungeon' ini, jadi kita perlu berhati…." belum sempat Seven Fields menghabiskan ayatnya, Lord Grim sudahpun meluru ke hadapan dan mula membunuh.

"Okay….kalau macam ni….kita jalan sajalah," kata Seven Fields sambil ketawa.

Sangkaan Seven Field tepat sekali. Mereka bertemu dengan 70 ekor labah-labah kesemuanya. 30 ekor labah-labah beracun dan 40 jenis yang menembakkan sarang. Semua labah-labah ini bercantum dengan satu sama lain, jadi mereka akan menghadapi dengan serangan daripada kesemua 70 labah-labah serentak!

Seven Field's memory was correct. This part of the cave did indeed have a lot of spiders. There were a total of seventy, thirty poisonous and forty web-shooting. They were all linked too. So right when they closed in, all seventy of them neatly rushed out.

"Cepat sikit!" arah Seven Fields kepada tiga orang temannya. Dia tidak berani untuk memberikan arahan kepada Lord Grim memandangkan jurang perbezaan kekuatan mereka terlalu ketara. Tetapi dia beranggapan bahawa Lord Grim pasti memerlukan pertolongan mereka untuk menghadapi 70 ekor labah-labah ini, memandangkan dia hanyalah bertahap 10 pada waktu ini. Apatah lagi, Lord Grim tidak mempunyai kemahiran jenis 'Crowd Control' yang membolehkan seseorang untuk menghadapi musuh yang ramai serentak.

Tetapi ternyata Seven Fields tersilap.

Lord Grim menghunuskan senjatanya yang panjang dan menetak dalam bentuk separa bulatan. Empat ekor labah-labah terbunuh serta-merta.

Dua ekor labah-labah cuba menembaknya, tetapi Lord Grim melompat ke belakang dan mengelakkan tembakan tersebut. Pada masa yang sama, dia berputar di udara dan membunuh kedua-dua ekor labah-labah tersebut dengan satu tetakan sahaja. Apabila dia mendarat, dia bergolek ke tepi untuk mengelakkan satu lagi tembakan. Ini diikuti dengan serangan 'Sky Strike" dan labah-labah yang ketujuh menjadi mangsa Lord Grim.

"Adakah dia masih boleh dianggap seorang manusia?" tanya Sleeping Fields.

"Ya Tuhanku, dia melakukan serangan 180 darjah secara mendatar!" kata salah seorang ahli kumpulan.

"Nampak tak tadi dia menyerang dua kali sebaik sahaja selepas melompat ke belakang?"

"Dan juga 'Sky Strike' yang sempurna sebaik sahaja dia selesai bergolek!"

"Ini semua melebihi kemampuan manusia!"

Sungguhpun apa yang ditunjukkan Ye Xiu hanyalah kombinasi serangan asas, bukan semua orang mampu melakukannya. Misalnya, serangan mendatar 180 darjah hanyalah serangan biasa, tetapi sudut serangan itu tergantung kepada pengawalan tetikus yang tepat. Semakin laju pergerakan tetikus, semakin besarlah sudut serangan tersebut. Ia juga tergantung kepada kelajuan serangan seorang watak. Pada tahap 10, serangan mendatar 180 darjah takkan mampu dilakukan oleh seorang pemain biasa!

avataravatar
Next chapter