291 Ganjaran Lumayan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Waktu tengah malam. Sistem mengumumkan acara Krismas sudah berakhir. Mulai dari sekarang, pencuri Krismas tidak akan muncul lagi. Para pencuri yang maish hidup tidak akan memberikan hadiah atau markah setelah dibunuh. Hadiah yang sudah dijatuhkan sebelum waktu tengah malam pula masih boleh ditukarkan sebagai hadiah.

Kesemua 12 persatuan yang berpakat dengan Ye Xiu merupakan pemenang acara Krismas tahun ini. Mereka semua yang berkumpul di menara jam bersorak gembira. Tetapi Lord Grim yang berada di puncak menara pula hanya berdiri tegak tanpa bergerak.

Pemburuan sudah berakhir dan Lord Grim akhirnya boleh turun. Tang Rou memusingkan kepalanya dan melihat Ye Xiu sudah pun tertidur di atas meja.

Tang Rou dan Chen Guo memandang satu sama lain. Tadi dia kelihatan elok-elok sahaja, tetapi dalam sekelip mata dia sudah tertidur.

"Hei! Kamu tak boleh bertahan beberapa minit lagi ke?" Chen Guo menolak Ye Xiu dengan kasar untuk mengejutkannya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter