99 Endurance Limit

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Tunggu saya habiskan pusingan ini dulu," Tang Rou tidak membenarkannya. 

Ye Xiu ketawa. Dia tahu yang Tang Rou ingin membuktikan kata-kata Ye Xiu sebelum ini salah, jadi dia berkeras hendak meneruskan secara bersendirian. Oleh itu, Ye Xiu tidak mempedulikannya lagi. Ye Xiu cuma berkata "panggil saya bila kamu sudah selesai" kemudian menarik semula kerusinya ke posisi asal.

 Mendengarkan nada suara Ye Xiu, ia seolah-olah dia tidak peduli langsung jika Tang Rou dapat menyelesaikan 'dungeon' ini atau tidak. Tang Rou berasa malu. Tetapi di dalam hatinya, dia enggan menyerah kalah dan terus berjuang bersendirian di Hutan Fros.

Terlupa untuk minum posyen satu kesilapan yang kerap dilakukan pemain baru. Tang Rou bertekad untuk lebih berhati-hati lain kali. Dia memerhatikan jumlah mana yang dipulihkan oleh setiap posyen dan tidak akan menunggu sehingga Mana miliknya habis sepenuhnya sebelum meminum posyen. Tang Rou fikir yang dia sudah melakukan yang terbaik, tetapi tetap kehabisan mana. Akhirnya dia terpaksa berhenti bertarung dan berehat sebentar.

Sementara berehat, dia memusingkan kepala dan melihat pada Ye Xiu. Ye Xiu sedang berlatih sambil merokok. Dia langsung tidak memandang pada Tang Rou.

"Hmph!". Semangat bertarung Tang Rou tidak akan pudar hanya kerana perkara ini. Dia terus bertarung, berhenti, minum posyen dan memulihkan diri. Dari segi penggunaan posyen sahaja, sudah jelas betapa sukarnya Hutan Fros. Dia telah menyelesaikan semua 'dungeon' di Beginner's Village seorang diri dengan mudah, tetapi dia sangat menghadapi kesukaran sekarang.

Apabila dia menghadapi bos terakhir, Frost Thain, Tang Rou tahu yang bos ini mempunyai jumlah nyawa yang jauh lebih banyak berbanding raksasa-raksasa lain. Jadi, dia memastikan supaya dia memulihkan sepenuhnya Mana sebelum memula bertarung. Malangnya, dia gagal untuk menewaskan Frost Thain sebelum kehabisan Mana. Akhirnya, dia terpaksa minum posyen setiap minit, menggunakan kemahiran selama 10 saat dan bertarung tanpa kemahiran selama 50 saat.

Dia bertuah kerana telah diajar oleh Ye Xiu tentang corak serangan Frost Thain terlebih dahulu. Jika dia bertarung seorang diri secara semberono, dia pasti sudah lama tewas.

Dalam pertarungan ini, Tang Rou telah banyak menghabiskan posyen merah dan biru untuk menghadapi Frost Thain. Akhirnya, dia berjaya mencapai kemenangan. Dia menghembuskan nafas lega.

Statistik 'dungeon' itu keluar tidak lama kemudian, tempoh masa: 1 jam 33 minit 24 saat dan 49 milisaat.

Walaupun dia berjaya menyelesaikan 'dungeon' ini secara bersendirian, Tang Rou tidak berasa seperti dia telah berjaya. Dia terlalu malu untuk memanggil Ye Xiu, jadi dia hanya menghantar mesej sahaja untuk memberitahu yang dia telah selesai.

"Oh? Dah habis?" Ye Xiu membalas.

"Ya."

"Kamu memang bawa banyak posyen!" Ye Xiu ketawa.

"..."

"Kamu bangunlah. Saya akan tunjukkan pada kamu cara yang betul," kata Ye Xiu.

Tang Rou mengheret kerusinya ke tepi. Dia memang mahu melihat bagaimana Ye Xiu bermain. Dia cuba mengingati berapa banyak posyen yang telah dia gunakan dan berapa banyak posyen yang masih ada padanya.

Ye Xiu mengheret kerusinya sendiri dan duduk di hadapan komputer. Dia mengarahkan Soft Mist untuk masuk semula ke 'dungeon'. Sambil menarik raksasa, dia menerangkan: "Kalau kamu nak mencapai batas ketahanan, kamu perlu merancang dengan teliti dan berjimat cermat. Walaupun semua teori sama, dalam 'dungeon' yang berbeza, kamu takkan menggunakan kaedah yang sama."

"Pertama sekali, kamu harus jelas dengan jumlah mana yang kamu ada," kata Ye Xiu.

"Ya, saya memberikan perhatian kepadanya," jawab Tang Rou.

"Selepas itu, kamu harus jelas dengan jumlah mana yang digunakan oleh kemahiran kamu," kata Ye Xiu lagi.

"Oh…" Tang Rou gagal menjawab. Sky Strike, Dragon Tooth, Double Stab… dia memang sudah mahir dengan semua kemahiran ini, tetapi dia tidak pernah memikirkan atau mengingati berapa banyak jumlah mana yang digunakan oleh setiap kemahiran ini.

"Selepas itu, kita hendak gunakan jumlah mana yang paling sedikit untuk melakukan 'damage' paling tinggi. Kamu harus tahu setiap efek tersembunyi setiap kemahiran. Kamu ada baca tentang ini dalam panduan, kan?" Ye Xiu bertanya.

"Ada!" Tang Rou bersetuju.

"Jadi, sudahkah kamu mencuba untuk melakukan 'damage' maksimum dengan setiap kemahiran? Misalnya…" Ye Xiu mengarahkan Soft Mist untuk melompat. Dia serta-merta berputar lalu mengenakan tikaman tombak pertarungannya pada seekor raksasa, serangan "Circle Swing".

"Ya, efek tersembunyi Circle Swing … ia akan mendatangkan lebih banyak 'damage' jika dilakukan pada sudut 180 darjah. Saya tahu tentang ini. Saya sentiasa mencuba untuk menyerang pada sudut ini setiap kali," kata Tang Rou.

"Jadi, sudahkan kamu menggunakan sepenuhnya kelebihan AoE (Area of Effect) serangan ini?" tanya Ye Xiu. Raksasa Goblin yang diserang tadi terhempas pada sekumpulan rakannya.

"Untuk memaksimakan 'damage', kamu perlu mempertimbangkan efek AoE setiap kemahiran," Ye Xiu menjelaskan sambil memberikan demonstrasi. "Walaupun Dragon Tooth dan Double Stab kemahiran yang menyerang satu pihak lawan sahaja, jika kita melambungkan pihak lawan ke udara dan kemudian menggunakan serangan udara, kita boleh membuatkan pihak lawan berlaga dengan musuh lain dan mencipta efek AoE."

"Falling Flower Palm serangan jenis AoE, tetapi ia tidak mempunyai radius serangan yang besar. Paling banyak pun, ia hanya boleh memukul 3 ekor raksasa serentak. Tetapi, efek 'Blow Away' dari kemahiran ini sangat kuat. Serangan udara akan meningkatkan efek 'Blow Away'. Jadi apabila menggunakan kemahiran, lebih baik kamu lambungkan musuh ke udara dulu. Kamu takkan boleh melambungkan tiga musuh serentak jika menggunakan serangan biasa sahaja, kamu harus menggunakan efek lambungan melintang dari Sky Strike. Kamu ada baca dalam panduan, kan?"

Apabila Ye Xiu sedang bercakap, Soft Mist melangkah ke hadapan. Dari pandangan sisi, Sky Strike berjaya melambungkan 3 ekor Goblin ke udara, tetapi mereka dilambungkan dengan ketinggian yang berbeza-beza, jadi mereka naik dan jatuh pada waktu yang berbeza juga. Pada ketika ini, Soft Mist sudah pun berpaling. Dia tidak menunggu ketiga-tiga Goblin ini jatuh, sebaliknya terus melancarkan Falling Flower Palm. Ketiga-tiga Goblin ini menerima efek 'Blown Away' dan berlaga dengan sekumpulan Goblin lain.

"Selepas semua serangan ini, kamu tahu tak berapa banyak nyawa yang tinggal pada kesemua Goblin-Goblin ini?" Ye Xiu bertanya

"...."

"Kamu perlu tahu berapa banyak jumlah nyawa yang tinggal juga. Bila mereka hanya ada sedikit nyawa yang tinggal, serangan biasa sudah memadai untuk membunuh mereka. Kenapa perlu bazirkan Mana untuk menggunakan kemahiran?"

"Kemahiran memang melakukan lebih banyak 'damage', tetapi ia tidak boleh digunakan secara semberono. Misalnya, Goblin ini. Jika kamu bertarung 1 lawan 1, dengan 'damage' skill kamu, kamu perlu sekurang-kurangnya menggunakan tiga kali kemahiran untuk membunuhnya. Jadi, kita boleh pertimbangkan kombo yang pertama…"

"Sky Strike, Dragon Tooth, kemudian serangan biasa?" Tang Rou berkata.

"Betul, nampaknya kamu sudah faham bahagian ini. Tapi pilihan kamu bukan yang terbaik," kata Ye Xiu.

"Kenapa tidak?"

"Sebab kamu terlupa yang Dragon Tooth akan menghasilkan Chaser secara automatik, dan menghasilkan Chaser akan menggunakan Mana. Jadi kaedah yang terbaik ialah…" tangan Ye Xiu bergerak: "Serangan biasa, Double Stab untuk mewujudkan efek tersembunyi 'Bleed', kemudian biarkan efek 'Bleed' itu menyedut semua nyawa musuh."

"Tapi 'Bleed' dari Double Stab ada peluang untuk gagal…" Goblin itu ditikam oleh Double Stab dan memang mati disebabkan 'Bleed'. Tetapi Double Stab hanya mempunyai kadar peluang 50% untuk mengakibatkan 'Bleed'. Tang Rou masih ingat, itulah yang dikatakan oleh panduan.

"Sekarang ini, kita sedang mengejar batasan menggunakan kaedah yang tidak terjamin," kata Ye Xiu.

"Oh, saya faham," Tang Rou mengangguk.

Ye Xiu terus menerangkan. 'Damage' kemahiran, penggunaan Mana, nyawa raksasa, bagaimana hendak mengumpulkan raksasa, bagaimana hendak menggunakan kemahiran sepenuhnya, serangan dari belakang, serangan udara, melambungkan musuh dan sebagainya. Sebenarnya, batas ketahanan yang dimaksudkan hanyalah bermain secara teliti dan merancang dengan sempurna. Oleh kerana Ye Xiu terpaksa membahagikan tumpuannya untuk memberikan penjelasan, pertarungannya tidak sempurna 100%. Biarpun begitu, Tang Rou sedar yang penggunaan Mana jauh lebih sedikit berbanding dia tetapi jumlah 'damage' yang dilakukan sedikit pun tidak berkurangan.

Akhirnya, Ye Xiu menghabiskan Hutan Fros secara bersendirian dalam tempoh 1 jam 12 minit 21 saat dan 32 milisaat. Perbezaan 20 minit dengan Tang Rou membuatkan dia berasa tidak percaya. Bukan jarak masa sahaja, malah penggunaan posyen Ye Xiu juga jauh lebih sedikit berbanding Tang Rou. Ye Xiu cuma berhenti sekali untuk makan dan memulihkan nyawa sebelum bertarung dengan Frost Thain, tetapi dia langsung tidak pernah berhenti bertarung selepas itu. Tang Rou tahu ini bukan keupayaan sebenar Ye Xiu lagi. Jika Ye Xiu tidak memberikan demonstrasi dan memberikan sepenuh perhatian dalam menyelesaikan 'dungeon', Tang Rou berasakan yang dia tidak perlukan 1 jam pun.

"Kamu faham sekarang?" tanya Ye Xiu selepas keluar dari 'dungeon'.

"Ya!" Tang Rou mengangguk. 

"Jadi, terus berlatih! Jangan lupa untuk berikan perhatian pada apa yang saya katakan tadi. Memang penat bertarung macam ini, tetapi kalau kita nak memecahkan rekod, kamu harus berikan 100%," kata Ye Xiu.

"Faham,"

"Selepas kamu sudah menyelesaikan 'dungeon' ini sebanyak 2 kali lagi, gunakan akaun saya untuk menyelesaikannya sebanyak 3 kali," arah Ye Xiu.

"Kamu sengaja tidak masuk ke 'dungeon' untuk berikan saya peluang berlatih?" tanya Tang Rou.

"Ya. 'Damage' dan penggunaan mana akaun saya tidak banyak beza dengan akaun kamu. Kamu akan lebih cepat menyesuaikan diri dengan menggunakan 2 akaun yang berbeza. Bila kamu sudah membiasakan diri, fokus pada akaun kamu dan semuanya akan baik-baik sahaja," kata Ye Xiu.

"Kalau begitu, setiap kali saya masuk ke 'dungeon', saya akan bertukar akaun," kata Tang Rou.

"Boleh."

"Jadi saya akan mulakan dengan akaun kamu! Akaun kamu 3 kali, akaun saya 2 kali. 5 kali dah cukup," kata Tang Rou.

"Okey," Ye Xiu bangun dan mengizinkan Tang Rou menggunakan Lord Grim.

Tang Rou duduk dan melihat pada 'damage' dari senjata Ye Xiu, serta kemahiran dan atribut yang ada padanya. Ye Xiu gembira melihatnya, gadis ini ada masa hadapan yang cerah!

Mereka bergilir-gilir menggunakan akaun Ye Xiu. Ye Xiu berlatih, Tang Rou pula menyelesaikan 'dungeon'. Dari semasa ke semasa, Ye Xiu akan memberikan tunjuk ajar. Tang Rou faham dengan cepat. Kemahiran mekanikal miliknya yang tinggi seumpama memiliki perkakas komputer yang bagus. Dalam keadaan ini, memasang perisian sesuatu yang mudah. Tetapi, jika seseorang hanya ada perisian tetapi tidak ada perkakas, tidak ada gunanya. Dan menaiktarafkan perkakas sesuatu yang jauh lebih sukar.

Melihatkan kemajuan Tang Rou, Ye Xiu berasakan yang dia boleh diharapkan. Dia tidak seperti si bodoh Steamed Bun Invasion yang merisaukannya. Lebih teruk lagi, Steamed Bun sudah berada di tahap yang tinggi. Dia tidak seperti Tang Rou yang baru tahap 20 dan mempunyai banyak ruang untuk berlatih.

"Kalau mengharapkan mereka berdua sahaja, masih tak cukup lagi!" Ye Xiu mengeluh. Buat masa ini, dia sudah faham tentang pihak lawannya. Mereka pemain profesional, jadi Ye Xiu cukup jelas tentang kekuatan yang diperlukan untuk menentang mereka. Kelengkapan senjata sebenarnya tidak penting kerana server ini masih baru, asalkan mereka ada kelengkapan senjata kelas Ungu pun sudah cukup.

Tang Rou memerlukan sejam untuk menyelesaikan 'dungeon' setiap kali. Setelah menyelesaikannya sebanyak lima kali, fajar sudah lama menyinsing. Para pekerja kafe internet yang mempunyai syif pagi datang dan melihat tidak ada pelanggan lain. Yang ada hanyalah Tang Rou dan Ye Xiu yang asyik bermain.

"Tunggu sekejap!" Tang Rou tidak mengizinkan para pekerja untuk menggantikan tempatnya. Dia tidak boleh membazirkan had kemasukan 'dungeon!'.

"Mari sini. Mari sini!" Ye Xiu memberikan komputernya kepada Tang Rou.

"Kamu terus berlatih. Saya nak buat panggilan telefon," kata Ye Xiu pada Tang Rou.

"Okey," Tang Rou langsung tidak berpaling.

"Helo?" Ye Xiu menelefon satu nombor. Keadaan kurang jelas di pihak yang lain.

"Kamu dah bangun ke belum?" Ye Xiu bertanya.

"Hah??" suara pihak lain serta-merta menjadi jelas.

"Kamu dekat mana?" Su Mucheng bertanya.

avataravatar
Next chapter