384 Duduk Diam Pun Menakutkan Juga

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Malam ini tidak berlalu dengan baik bagi Herb Garden, Howling Heights, Misty Castle, Blossom Valley, Royal Heritage, 301, dan Void Walk. Kebiasaannya, mereka adalah jaguh terhandal dalam permainan, tetapi malam ini merupakan mimpi ngeri bagi mereka.

Dengan tahap mereka, Tasik Seribu Ombak adalah tempat paling sesuai untuk menaikkan tahap, namun kesemua tujuh persatuan ini tidak bersetuju dengan syarat Lord Grim. Mereka hanya mampu bersembunyi dan mengharapkan tuah.

Rancangan mereka tidak berisiko tinggi. Tasik ini merupakan kawasan yang sangat besar. Peluang mereka untuk bertemu dengan pasukan Ye Xiu tidak di sini tidak tinggi. Setelah pasukan Ye Xiu kembali ke Tasik Seribu Ombak, mereka turut menyelesaikan quest dan membunuh raksasa. Namun, tidak seperti persatuan lain yang hanya bermain di kawasan kecil sahaja. Mereka merayau di seluruh kawasan menaikkan tahap dengan harapan akan bertemu musuh.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter