671 Cara Betul untuk Membunuh Bos

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Ada beza!" Orang yang menjawab soalan Chen Guo bukannya Ye Xiu, tetapi Loulan Slash sendiri. Kemahiran taktikalnya hanyalah biasa-biasa sahaja di mata Ye Xiu, tetapi kemahiran pengurusannya agak baik. Misalnya, dia telah meraih beberapa peluang untuk memaksimumkan publisiti pasukannya. Dia menggunakan segalanya yang boleh digunakan, termasuklah menaikkan kemarahan persatuan lain demi memenangi peminat yang ramai.

Sekarang, untuk perkara yang sensitif dan penting seperti mencuri bos liar, dia tiba-tiba tidak angkuh seperti sewaktu dia mempromosikan pasukannya. Sebaliknya, dia ragu-ragu. Loulan Slash sememangnya adalah seseorang yang bersopan-santun.

Merampas bos liar tidak sama dengan bertikam lidah. Bahan mentah yang diberikan sebagai ganjaran menewaskan bos lair adalah penting untuk senjata buatan sendiri yang menentukan kekuatan watak. Kekuatan watak pula menentukan kekuatan pasukan. Kekuatan pasukan adalah punca utama kewujudan kelab.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter