296 Boleh Tak Saya Beli Semua?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ye Xiu tidak terkejut mendengarkan Tyrannical Ambition mencipta panduan mereka sendiri. Dengan menggunakan pengalaman bermain, setiap orang pasti boleh mencuba mencipta panduan masing-masing. Lagipun, kajian dan penyelidikan boleh dilakukan dengan percuma.

Bukan Tyrannical Ambition sahaja, malah Misty Castle juga sama. Apabila Ye Xiu bertanya pada Hazy Mist, dia hanya ketawa sambil cuba menukar topik perbualan. Ini bermaksud dia tidak memerlukan panduan buat masa ini. 

Ye Xiu memahami dan tidak menyalahkan mereka. Biarpun kedua-dua persatuan ini mencipta panduan sendiri, ia hanya mengurangkan jumlah pelanggannya sebanyak 2 orang sahaja. Panduan yang mereka cipta atau beli darinya pasti tidak akan dikongsi dengan mana-mana persatuan lain.

Ye Xiu memilih sasaran baru.

"Panduan baru?" Blue River membalas mesej.

"Ya! Dulu kan kamu terlepas. Kali ini, kamu patut ambil peluang ini!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter