"Betul, betul. Yang itu. Dewa Tarung itu kelas apa?"

Walaupun Tang Rou tidak ingat nama 'Dewa Tarung One Autumn Leaf' yang terkenal itu, Chen Guo telah menyebutnya berulang-ulang kali. Selain dari One Autumn Leaf, satu-satunya watak yang telah memberikan impak kepada Chen Guo adalah watak 'Launcher' bernama 'Dancing Rain'. Ini sudah tentulah kerana ia adalah kelas watak yang sama dengan Chen Guo. Dia adalah idola nombor satu Chen Guo dan watak yang paling selalu disebutkan olehnya.

Apabila Tang Rou menyebut tentang One Autumn Leaf, dia perasan wajah Chen Guo bertukar muram.

"Kenapa?" Tang Rou terkejut. Dia sudah mengenali Chen Guo selama 2 tahun. Chen Guo yang panas baran sudah menjadi kebiasaan, tetapi ini kali pertama dia melihat Chen Guo yang bersedih.

"Ye Qiu…..sudah bersara," kata Chen Guo.

"Ye Qiu? Maksud kakak pemilik One Autumn Leaf?" kata Tang Rou.

"Ya,"

"Jadi, apa terjadi pada One Autumn Leaf?"

"One Autumn Leaf masih ada, tetapi…"

Chen Guo tidak dapat menerangkan perasannya. Dalam dunia Pakatan Profesional, para watak dan atlet terbahagi kepada dua kategori. Bagi peminat Glory, ada yang mengagumi pemain itu sendiri, dan ada juga yang mengagumi teknik mereka. Disebabkan itu, ada yang percaya gelaran seperti 'Dewa Tarung' sepatutnya diberikan kepada watak One Autumn Leaf, manakala ada yang berpendapat ia sepatutnya diberikan pada Ye Qiu, orang yang mengawal One Autumn Leaf. Ada juga yang berbelah-bahagi. Tetapi akhirnya, kebanyakan orang telah bersetuju untuk memberikan gelaran itu kepada watak dan bukan pemainnya.

Ini kerana sebuah watak boleh diibaratkan sebagai pangkalan tentera, manakala atlit hanyalah sekadar askarnya sahaja.

Atlet akan bertukar kelab. Atlet akan pudar ditelan waktu dan akhirnya bersara. Tetapi watak tidak akan melalui semua itu. Asalkan ia diizinkan oleh kelab, seseorang watak boleh terus diperkuatkan selama-lamanya. Lebih lama usianya, lebih banyak 'skill points' yang boleh ia perolehi dan lebih banyak peralatan yang kuat. Pada masa ini, kesemua watak yang paling kuat dalam dunia Glory telah dicipta di server pertama dan berusia hampir sepuluh tahun.

This was because the character was the iron army camp, while the athlete was just one of the numerous soldiers.

Pemain yang mengawal watak-watak ini telah bertukar berkali-kali, tetapi legenda yang ditinggalkan mereka tidak sedikitpun berubah.

Sekuntum bunga boleh mekar semula, tetapi manusia tidak akan kembali muda.

Asalkan sesebuah watak ada atlet yang kuat mengawalnya, kekuatan penuhnya dapat ditunjukkan. Tetapi, tidak ada atlet yang boleh menewaskan masa yang berlalu.

Ye Qiu dan One Autumn Leaf ialah pengecualiannya. Kedua-dua watak dan pemain telah bersama selama sepuluh tahun, sesuatu yang jarang sekali berlaku dalam Pakatan Profesional. Kebanyakan watak lain sering bertukar pemain, dan pemain-pemain ini lenyap begitu sahaja. Tetapi gelaran 'Dewa Tarung' telah dikongsi antara Ye Qiu dan One Autumn Leaf buat sekian lama. Gelaran ini gelaran milik berdua.

Malangnya, One Autumn Leaf tetap sebuah watak, dan Ye Qiu tetap seorang atlet manusia. Atlet sudah ditakdirkan akan pergi dahulu, manakala legenda watak akan tetap diteruskan.

Ini kali pertama watak 'Dewa Tarung' bertukar pemain. Disebabkan itu, ramai peminatnya menangis kesedihan dan akan terkesan sewaktu nama 'Battle God One Autumn Leaf' disebut. Bagi Chen Guo, apabila Ye Qiu bersara, gelaran 'Dewa Tarung' tidak lagi wujud. Kesemua harapannya telah direntap dengan ketiadaan Ye Qiu.

Tang Rou tidak memahami kesedihan Chen Guo. Dia hanya mampu menemaninya dan memegang tangannya tanpa berkata-kata.

Tetapi, Chen Guo tetap Chen Guo. Dia sudahpun bersedih semalam, dan dia takkan bersedih panjang lagi. Tambahan pula, semangatnya semakin diperkuatkan setelah bercakap dengan Tang Rou: "Dewa Tarung menggunakan kelas 'Battle Mage'. Kenapa, kamu nak gunakan kelas itu?"

"Okay! Mungkin satu hari nanti saya akan menjadi pemilik baru One Autumn Leaf. Bila waktu itu tiba, saya akan menjadi Dewa Tarung yang baru!" kata Tang Rou.

"Ah! Matlamat seperti itu seribu kali lebih baik dari mengalahkan Ye Xiu! Adik Tang, kamu harus berusaha kuat untuk mencapai cita-cita itu!" Chen Guo tersenyum.

"Okay!" Tang Rou turut senyum.

"Jadi, kamu mahu saya ajar tentang Battle Mage sekarang?" tanya Chen Guo.

"Ya," Tang Rou mengangguk.

"Battle Mage tergolong dalam kelas Mage. Mereka menggunakan kuasa sakti untuk menguatkan diri dan bertarung dalam jarak dekat. Mereka mahir dalam dua senjata, belantan dan tombak pertarungan. Belantan biasanya mempunyai kelajuan serangan sebanyak 8, ia sangat laju. Tombak pertarungan pula hanya memiliki kelajuan sebanyak 2 sahaja, tetapi kekuatan serangan dan jarak serangannya tinggi. Saya lebih suka tombak pertarungan kerana ia kelihatan lebih ganas. Kalau tak ganas, tak mungkin dia dipanggil 'Dewa Tarung'. One Autumn Leaf juga menggunakan tombak pertarungan. Pada suatu masa dahulu….

"Guo Guo….." Tang Rou cuba mengingatkan Chen Guo yang dia sedang menyimpang dari topik.

"Oh…...maafkan saya," Chen Guo terbatuk dan menyambung penerangannya. "Keistimewaan utama Battle Mage ialah mereka mampu menguatkan attribut sendiri menggunakan kuasa sakti. Selepas 'awakening', mereka akan memperolehi kemahiran 'Battle Spirit', iaitu sebuah kemahiran yang 100% bergantung pada kemahiran penggunanya. Jika kamu lihat seorang Battle Mage menjadi semakin kuat apabila dia bertarung, jangan terkejut. One Autumn Leaf dianggap sebagai Dewa Tarung kerana Ye Qiu boleh…."

"Guo Guo! Cukuplah!" Tang Rou terpaksa mengingatkannya sekali lagi.

"Okay, okay. Mari kita tonton video. Sambil kamu tonton, saya akan terangkan, kay?" kata Chen Guo.

"Okay, okay," Tang Rou mengangguk. Chen Guo tidak perlu mencari video di internet kerana dia sudah mengumpul begitu banyak video tentang Ye Qiu. Dia memilih salah satu daripada koleksinya dan menunjukkannya pada Tang Rou.

"Wah, tengok itu! Dia melakukan kombo sebanyak 88 kali! Pasti banyak sekali 'Battle Spirit' yang dikumpulkannya!"

"Ha ha ha, bodohnya pihak lawan dia! Dia masuk dalam perangkap!"

"Guo Guo….." kata Tang Rou buat kali ketiga. "Kamu tak rasa ke saya patut menonton video khas untuk pemain baru? Takkan kamu nak saya terus belajar daripada jaguh paling handal dalam kelompok Battle Mage?"

"Oh macam itu! Biar saya cari video yang sesuai untuk kamu!"

Kedua-dua orang gadis itu fokus untuk belajar tentang Battle Mage dengan cara ini, sehinggalah seorang pekerja memberitahu mereka sudah tiba waktu untuk makan. Pekerja itu dihalau oleh Chen Guo.

Tiba-tiba, kedengaran sebuah suara yang seringkali menaikkan darah Chen Guo. "Oh? Kamu belajar tentang Battle Mage?"

Ye Xiu!

Chen Guo memusingkan kepalanya. "Nak apa?"

"Adik Tang nak memilih kelas Battle Mage ke?" tanya Ye Xiu.

"Ya, betul," Tang Rou mengangguk.

"Saya boleh ajar kamu!" kata Ye Xiu.

"Hmph! Tak payah!" Chen Guo menunjukkan rasa tidak sukanya.

"Bos tahu tak yang bos akan rugi sebab menolak tunjuk ajar dari saya?" kata Ye Xiu lagi.

"Tch." Chen Guo tidak mempedulikan Ye Xiu dan berpaling semula pada Tang Rou. "Ini semua panduan Battle Mage yang ditulis oleh Ye Qiu. Saya sudah susunkan semuanya untuk kamu. Dari cetek ke mendalam, dari atribut ke kemahiran ke peralatan, kemahiran pertarungan sebenar, 'experience', teknik, cara latihan dan juga koleksi beberapa video terbaik.

"Okay okay!" Tang Rou mengangguk.

"Betul ke ni? Kamu tak mahu ada guru sebenar? Kamu lebih rela mengajar diri sendiri?" Ye Xiu mengomel.

"Kamu pergi tempat lain! Bolehkah tunjuk ajar kamu dibandingkan dengan 0.1% pun daripada panduan ini?" tanya Chen Guo.

"Haih….jangan menyesal!" kata Ye Xiu.

"Bising betul!" Chen Guo tidak memusingkan kepalanya, tetapi Tang Rou tersenyum pada Ye Xiu.

"Abang, kalau saya ada apa-apa soalan, saya akan cari abang,"

"Ha ha, kamu akan ada banyak soalan, itu saya pasti. Panduan yang kamu baca itu ditulis 9 tahun lepas. Ada banyak perubahan dalam dunia permainan sepanjang tempoh 9 tahun ini. Walaupun kamu masih boleh merujuk panduan, ada empat tempat yang perlu kamu beri lebih perhatian. Apa yang disebut dalam empat tempat itu sudah tidak lagi relevan bagi Battle Mage zaman sekarang," kata Ye Xiu.

avataravatar
Next chapter