554 Aldton Naga Tulang

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Hanya Crispy Bean seorang yang tidak sedar akan perubahan besar pada carta 'damage'. Sebagai Tank, Crispy Bean juga perlu melakukan 'damage', tetapi dengan kelengkapannya yang menakjubkan, 'damage' miliknya pasti lebih besar dari seluruh pasukan yang lain. Oleh itu, dia hanya memeriksa carta sebelum bos pertama dan melihat dia sudah jauh mendahului. Pada masa yang sama, dia memandang rendah akan perbuatan Unrivaled Super Hottie yang menyedut 'experience'. Selepas itu, dia tidak lagi mempedulikan carta.

Setelah menewaskan bos kecil ketiga, semua orang berehat. Crispy Bean melihat carta 'damage' kerana kebosanan dan melompat terkejut. Unrivaled Super Hottie yang berkedudukan kedua tercorot tadi sudah tidak lagi berada pada kedudukan yang sama. Crispy Bean menghitung dari bawah satu demi satu sehinggalah dia melihat Unrivaled Super Hottie di tempat kedua. Tambahan pula, jumlah 'damage' Unrivaled Super Hottie sudah hampir mengatasinya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter