203 Akhirnya, Ada Strategi!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sungguhpun kadar kebarangkalian untuk para pemain menjatuhkan senjata tidak tetap, ia bukanlah kebarangkalian yang tinggi. Nasib Huang Shaotian memang baik. Kadar kebarangkalian ini seumpama mendapat senjata kelas Oren sebagai ganjaran menewaskan bos.

Setelah Blade Master tersebut hidup semula, dia memberitahu akan pengalaman ngerinya itu kepada rakan-rakannya, tetapi tidak ada sesiapa yang percaya. Dia juga akan sukar untuk mendapatkan kembali senjatanya itu kerana kadar kebarangkalian untuk senjata tersebut jatuh tidak tinggi.

Para musuh yang mengejar Lord Grim dan tidak mempedulikan Flowing Tree tadi mula berubah fikiran. Flowing Tree sudah agak melampau kerana bukan sahaja membunuh 2 orang pemain, tetapi juga kerana mencuri senjata kelas Oren.

"Dapat! Dapat! Dapat!" Huang Shaotian menjerit pada Ye Xiu.

"Dapat apa?" tanya Ye Xiu.

"Senjata kelas Oren tahap 25! Cemburu tak?" Huang Shaotian sangat gembira.

"Boleh tahan, teruskan," kata Ye Xiu.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter