4 THREE

#mula dari sini Alex akan disebut Linjue. Ok!

Ni adalah hari ketiga sejak Linjue kembali ke kediaman Xu. Sesuai apa yang dikatakan Linjue, dia menjauhkan diri dari anggota keluarga itu. Dia keluar awal pagi dan balik lewat malam. Pada masa ini Linjue sedang sibuk menguruskan hal hal syarikatnya. Dan sepertinya keluarga Xinyi sudah tau keadaannya cuma tidak tahu tentang jantinanya dan kenyataan bahawa dia sudah berada di badan orang lain.

Tanpa dia sedari, anaknya lily selalu mencuri pandang dan berusaha mendekatinya secara perlahan dan mula tertarik untuk mengetahui apa yang dilakukannya. Linjue yang dulu pemabuk sudah berubah dan kelihatan lebih mudah didekati oleh orang di sekitarnya. Hanya yichen yang sering menghantar ibunya keluar diawal pagi dan menyambut ibunya pulang lewaat malam dengan senyuman. Hari ini linjue berencana untuk bekerja dari rumah jadi dia mengurung diri di biliknya sampailah bunyi ketukan pintu yang kuat mengganggu fokusnya.

"masuk." kata linjue dengan nada kesal.

Pintu bilik itu dibuka dan seorang lelaki tampan dengan wajah yang tidak berekspresi masuk dengan dulang yang berisi makanan di tangannya. Dia meletakkan dulang itu di meja kopi berdekatan lalu berjalan menghampiri linjue dan duduk di hadapannya.

<chi, ape masalah orang ni. Apepun, aku kenal dia ke?>

[saya tak tau ape masalah dia host. Tapi dia ni adalah suami anda. Xu Wiliam.]

Linjue berhenti menulis dan memandang orang di hadapannya setelah mendengar jawapan dari chi. Suami aku? Lelaki ni? Linjue berkerut...

"Xiaojue? Kenape? Ade sakit ke?" tanya lelaki itu apabila melihat Linjue berkerut.

<chiiiiiiiii kata nak tengok kalau aku dah mati. Pahal dia prihatin sangat ni?????????>

[sistem gagal menganalisa]

<.......>

"tak ade ape. Tak sakit pun. Awak buat ape kat sini?" tanya linjue dengan tenang tanpa sebarang reaksi.

William memandang wajah isterinya seakan mencari sesuatu tetapi dia kecewa. "saya hantar sarapan. Awak patut sarapan. Tak elok biar perut kosong. Awak tengah buat ape?" kata william penuh perhatian.

Ape masalah dia ni? Silap ubat ke macam mana? Ke taktik baru untuk halau aku keluar dari rumah? Aku betul betul tak faham la laki ni. Aku yang asal lelaki ni pun tak faham ape masalah dia ni. Layankan je la dulu.

"terima kasih. Tinggalkan je kat situ. Lepas siap kerja ni saya makan." balas linjue sambil tersenyum.

William masih tidak bergerak. Dia menatap wajah isterinya seakan cuba untuk mengingati setiap rincian di wajah wanita itu. Setelah lama berdiam dia akhirnya bersuara. "saya teman awak makan. Kerja awak tu…kalau perlukan bantuan saya boleh tolong." katanya setelah lama berdiam. Sepertinya dia berdegil untuk berada di bilik itu.

"ok fine. Jom kita makan." kata linjue dengan nada kesal.

William tersenyum mendengar balasan wanita itu dengan wajah yang sepertinya kesal. Itu adalah pertama kali baginya melihat isterinya dalam keadaan normal. Bukan wanita yang mabuk. Bukan wanita yang mengamuk dan memecahkan barang barang. Baginya, inilah wanita yang dicintainya. Han Linjue yang biasa yang dikenalinya pada malam itu. Bukan Han Linjue yang berubah setelah berkahwin dengannya.

Kadangkala william berfikir apa ini adalah salahnya? Kalaulah dia bawak gadis itu ke hospital, mesti gadis itu akan baik baik saja. Tapi dia terpesona pada kecantikan gadis itu pada malam itu. Gadis yang tidak sedarkan diri kerana ubat itu. Malam tu adalah malam yang bahagia baginya tapi berbeza dengan gadis itu. Malam itu seakan telah merubah gadis itu menyembunyikan sisi lemahnya dan baiknya serta mengeluarkan sisi liar dan jahatnya supaya dirinya dibenci. Tapi setelah kemalangan, isterinya berubah. Dia seakan kembali menjadi gadis manis itu tetapi dipenuhi duri.

"hari ni auntie sue buat sup ayam kegemaran awak. Cuba la rasa"

"ya terima kasih. Awak dah makan ke?"

"saya dah makan dah tadi kat bawah. Saya bawakkan untuk awak sebab risau kalau awak tak turun makan sebab ade mama."

"William….kenape awak datang ke sini sebenarnya? Tolong la jujur. Saya rasa tertipu bila awak layan saya baik macam ni-" Linjue yang tak tahan dengan layanan baik william yang tak pernah dia lakukan mula masuk ke mode lakonan.

"Xiaojue…tolong jangan tinggalkan saya. Tolong jangan ceraikan saya! Saya merayu sangat sangat!!!" william menggenggam kedua tangan Lianjue.

<chi, drama ni tak ikut skrip dah….>

[host cepat lakukan sesuatu….tawan hati suami anda dan dapatkan senyuman dia.]

<tunggu….aku rasa sesuatu yang aneh. Ape lelaki ni tengah uji aku? Dia nak tengok kalau betul ke Linjue dah berubah dan nak cerai dengan dia. Aku rasa macam tu la chi..>

[dasar licik. Serang balik host!]

<baik!>

Lianjue menolak william jauh darinya. "William, kau tak rasa jijik ke pegang aku? Sebelum ni kau kata kau jijik berada dekat dengan perempuan macam aku. Tapi sekarang ape? Kau nak mainkan aku pulak? Aku dah sign surat cerai tu kan?! ape lagi yang kau nak sebenarnya??? kenape kau selalu sakitkan aku?!!!! william!!!! kau tak puas ke selagi aku belum mati!!!Ape yang kau nak sebenarnya? Aku dah setuju nak cerai kan? Tolonglah jangan sakitkan aku lagi!!! aku merayu sangat sangat pada kau sebagai bekas isteri kau! Tak sebagai ibu kepada anak anak kau! Tolong jangan seksa persaan aku macam ni!!!" Air mata mengalir laju. Lianjue terduduk di sudut bilik sambil menangis memeluk lutunya. Dia terlihat lemah dan menyedihkan. Hanya esakan dan kata kata yang menyakitkan William saja kedengaran di ruangan bilik itu.

Tak sangka aku yang dulu buat orang menangis nangis mintak untuk hidup kena menangis sebab nak dapatkan kepercayaan seorang lelaki. Haish- terlalu banyak dugaan aku ni. Mungkin ni balasan untuk kejahatan masa lalu aku. Apepun,mamat ni tak reti pujuk perempuan menangis ke ape? Aku dah sampai tak de suara ni… ade ke patut dia tengok je.

<chi,lelaki ni tak bagus la…>

[host lelaki tu dah keluar dari bilik la. Dia tinggal host menangis sendirian la.]

"dasar lelaki tak guna!!!!"

[sabar host]

Ting-

[Misi pertama anda sedang dilaksanakan (1/5). Membuat suami anda tersenyum. Tinggal lagi empat. Host! Berusaha yer!]

"......."

"apakah? Takkan dia senyum sebab aku nangis kot?! gila ke ape dia tu? Mengarut betul la. Aku yang nangis tahap ape ni…dia boleh senyum."

[bertenang host….mesti suami anda gembira bila anda akhirnya meluahkan semuanya pada dia. Berbanding sebelum ni…Lianjue hanya memendam.]

"ye ke?"

[saya yakin host. 100%]

'mengarut betul la hari ni. Dah la aku pergi berendam lagi bagus."

[host….bukan anda kata anda nak bekerja hari ni?]

"sekali sekali rehat chi…lagipun aku nak cari idea untuk selesaikan misi tu."

[owh…baiklah host. Kalau ade pertanyaan saya akan jawab.}

"chi, marilah kita berehat dulu...…"

[hmm…baiklah host.]

BY : MISS KURO

avataravatar