1 0-1 Hari Jadi ke-13 yang penuh tragedi.

Boommmm.....

Prarkkk....

Bunyi petir kedengaran begitu kuat sehingga menghasilkan sebuah pancaran kilat yang menyeramkan sekali. Seram kerana terbayang pancaran kilat itu akan mengenai mereka atau menuju ke arah mereka.

Wuussssshh!...

Prang!!

Prakkkk!!!

Bunyi angin juga kedengaran kuat sekali sehinggakan ada saja bunyi renting kayu tua dan muda patah dari pokoknya.

"Kenapa cuaca hari ini pelik sungguh?"

"Seramnya bunyi angin dan petir tu"

Bisik para penduduk yang cuba memberanikan diri mengintip dari celah tingkap masing-masing ke luar rumah.

"Hari ini sepatutnya majlis sambutan harijadi Putra Ke11 Kingsten. Tapi dengan cuaca seperti ini kita semua tak dapat berangkat ke Istana"

semua menayangkan muka risau. Siap ada yang pucat. Kerana mereka sudah sedia maklum akan betapa pentingnya sambutan majlis harijadi kerabat diraja Kingsten yang akan menginjak usia ke-13 tahun. Jika tidak dilaksanakan upacara Menanggal Sumpahan pasti akan membawa melapetaka kepada mereka, terutama sekali kerabat Diraja.

Sebab itu sepanjang 3 bulan ini sebelum Putra Ke11 Kingsten genap usianya 13 tahun mereka sudah menyediakan bahan-bahan yang perlu untuk digunakan dalam upacara itu dan juga majlis besaran-besaran yang perlu dihadiri oleh rakyat dan semua kerabat diraja sebagai saksi dan sebagai memberi berkat kepada Putra Ke11.

Namun tiada siapa pun yang menyangka 1 hari sebelum majlis sambutan hari jadi Putra Ke11 Kingsten yang merupalan putra bongsu Maharaja Kingsten, hujan akan turun dengan lebat disertai petir dan angin yang kencang sehingga membuatkan tiada sesiapa pun yang dapat keluar dari rumah masing-masing.

Paling menambahkan lagi susah hati mereka bila Upacara Menanggal Sumpahan itu memerlukan ditempat terbuka.

"Kita tidak bolehkah menghantar wakil ketua keluarga setiap rumah ke sana?"

Soal salah seorang dari ahli keluarga dikediaman mewah di salah satu kawasan milik Kerajaan Kingsten.

"Dengan hujan sederas ini, memang semua jalan akan rosak. Tiada kereta kuda akan dapat melalui jalan ke istana"

Jika itu ialah yang dirisaukan oleh semua rakyat. Di istana lain pula yang semua kerabat Diraja risaukan kerana sejak pagi tadi kelibat Putra Ke11 Kingsten langsung tidak kelihatan!. Sudah semua kawasan istana mereka periksa untuk mencarinya dan belum berhenti sampai sekarang namun masih gagal dijumpai

.

Sehinggakan sudah banyak pasukan pengawal istana dihantar mencari Putra Ke11 Kingsten di luar kawasan istana walaupun dalam keadaan cuaca yang makin memburuk.

Namun tiada siapa yang hiraukan kerana mencari Putra Ke11 Kingsten lebih penting dari nyawa mereka, kerana jika mereka gagal menemui Putra Ke11 hari ini juga semua mereka akan dilanda melapetaka yang berusaha mereka hindari selama ini.

"Bagaimana? Ada berita tentang keberadaan Aramin?"

Soal wanita muda yang berpakaian gaun dan bercorak kerabat raja. Dia ialah kakak kepada Putra ke11 iaitu Putri Ke2.

"Belum lagi"

Jawab Putra ke1 yang sudah menginjak usia 30 tahun. Wajah tampannya kelihatan suram sekali.

Walau sudah berusia 30 tahun namun sebenarnya dia masih lagi remaja kerana jangka hayat manusia disini boleh mencapai sehingga 300 tahun. Ketika usia mereka 100 tahun barulah mereka boleh dikatakan dewasa. Namun bagi semua yang berdarah kerabat Kingsten mereka sudah boleh dianggap cukup umur ketika berusia 13 tahun sebab itu mereka wajib melakukan Upacara Menanggal Sumpahan. Jika tidak mereka akan mengulang lagi sejarah gelap yang melanda mereka 1000 tahun yang lalu. Dimana berlakunya Sumpahan yang hampir memusnahkan populasi manusia dan menjadi musuh manusia. Apalagi sumpahan itu ialah merupakan salah seorang dari Kerabat Diraja Kingsten yang gagal menjalankan upacara Menanggal Sumpahan itu kerana hilang sebelum sempat menjalankan uparaca wajib itu.

Dia takut jika sejarah gelap itu berulang lagi dengan kehilangan adiknya.

"Aramin terakhir kali ditemui masuk ke Perrpustakaan Peribadi Istana.."

"Tapi penjaga Perpustakaan Istana sudah beritahu yang Aramin sudah keluar sejam kemudian. Dia tak duduk lama disana."

"Yang menjadi persoalan sekarang selepas keluar dari perpustakaan Aramin ke mana? Tidak mungkin dia akan bermain ke luar dengan cuaca buruk seperti ini dan kena pula dengan upacara Sambutan usia Genap 13 tahunnya!"

Putra ke1 kelihatan marah sekali. Bukan marah akan Putra ke 11 tapi marah jika ada bencana yang melanda adiknya itu sehingga sampai sekarang tidak ditemui. Amat merisaukan hati mereka semua akan keselamatan adik mereka yang belum pasti terjamin dalam keadaan selamat atau bahaya!.

"Tak guna! Kenapa hari ini jugalah hujan ni nak turun bagai nak bagi mampus orang! Kenapa bukan hari lain saja!"

"Jaga percakapan kamu Aein!"

Tegur Putri Ke1 kepada Putra ke 3 yang memegang status sebagai general termuda di Kingsten. Memang agak vurgal lah juga bahasanya.

"Tapi betullah saya cakapkan?"

Putra ke3 masih tidak mahu mengalah. Kerana dia betul-betul tidak suka dengan cuaca sekarang yang menghalang pergerakan mereka mencari Putra Ke11.

Semua mereka diam saja kerana semua tahu dalam hati memang mereka merasa benda yang sama.

avataravatar
Next chapter