webnovel

Apa Yang Kau Nak (3)

Sampai sahaja di asrama, pelajar2 yg lain semua sudah berada di dorm masing2. Cuma ada segelintir saja yg masih berada di luar dorm. Ada yg berada di bilik basuh, ampaian dan pondok2 kecil berhampiran kolam sambil duduk bersembang.

Sebelum sampai di kawasan asrama,

"Ikmal, lepaslah tangan aku... x kan ko nak tarik aq sampai dorm... ape lak orang cakap nanti"

Ikmal tidak endahkan dan terus berjalan sambil memegang erat tangan Kimi yg lembut...Tiba sahaja di kawasan hadapan bilik sakit, Ikmal melepaskan tangannya dan berpaling menghadap Kimi.

"Kau maafkan aku kan?" Tanya Ikmal dengan nada perlahan sambil pandang wajah Kimi.

Kimi turut memandang tepat pada mata Ikmal... Dia masih terfikir apa yg perlu dilakukan...utk beberapa saat dia menjeling ke atas, dan buat keputusan utk elakkan permusuhan dengan Ikmal... Kimi sengetkan kepalanya dan berikan sebuah senyuman pada Ikmal.

"Okay Ikmal... kosong2 kan... dah aq naik dulu...k bye"

Tanpa lengahkan masa, Kimi terus berjalan laju menaiki tangga kerana masih takut dengan apa yg berlaku tadi.

Senyuman yg diukirkan oleh Kimi membuatkan Ikmal terpana seketika. Nasib baik Ikmal masih mampu mengawal dirinya... jantungnya berdegup laju hanya kerana sebuah senyuman...

"Kimi kimi...kenapelah kau terlalu cute" gumam Ikmal pada dirinya sendiri.

Setelah kelibat Kimi hilang dari pandangannya, Ikmal pun pulang ke dormnya semula menggelengkan kepala sambil tersenyum dan berharap Kimi betul2 dapat maafkan dirinya.

.....

Setiba sahaja Kimi di dorm... dia terus pergi ke katil Daus...Daus yg sedang membaca buku novelnya terkejut kerana Kimi berada betul2 di hadapannya dalam keadaan merangkak...

"Wuishh Kimi...terkejut aku...kalau ye pun nak manja2 ngan aku, x perlu lah lompat atas katil aq buat gaya mcm nie... lain macam...hahaha"

Kimi jeling Daus dengan pandangan tajam dan ketuk kepala Daus dengan tangannya sebagaimana Jae Suk selalu lempang kepala Kwang Soo dalam rancangan Running Man.

"Haa...ambik kau...rasakan...hahaha...x de maknanya aq nak manja2 ngan kau atas katil...baik aq cari orang lain..." Kimi membetulkan posisinya kembali dan duduk bertentangan dengan Daus.

"Aduhh...sakitlah ngok...wah cari orang lain nak manja2...aku salah dengar ke...siapalah agaknya tu....hahahaha" kata Daus sambil usap kepalanya yg sakit...

Kimi jeling Daus dengan pandangan tajam.

"Yelah aq gurau jelah...Haa, ko nak ape datang kat katil aq ni... mcm ada sesuatu je...kalau nak cari kebahagiaan, aq boleh tunjukkan jalan ke dorm abang Arif"...kata Daus sambil ketawa.

"Hahaha... x perlu... aq serius nie...hurmm" Kimi memandang Daus tepat pada mata kawannya itu.

"Yelah yelah...aq gurau sikit x leh.... haa ape yg nak diceritakan tu" soal Daus dengan nada betul2 nak tahu apa yg berlaku.

"Tulah Daus...tadi after aq call mak aq, Ikmal jumpa aq...then dia minta maaf" jelas Kimi pada Daus dengan ringkas dan padat dalam satu nafas.

Sebenarnya Kimi nak cerita secara detail situasi yg berlaku...tapi Kimi buat keputusan utk tidak ceritakan.

"Serius ar Kimi...wow angat..." Daus x menyangka Ikmal mampu ungkapkan kata maaf...

"Hurmmm...tapi bagi aku an Kimi, baguslah Ikmal minta maaf... at least, x delah lagi gaduh2 musuh2 ni...tenang sikit rasa utk aku pindah sekolah nanti" kata Daus sambil buat muka mengejek pada Kimi.

"Nahh rasakan... ooo x habis2 cakap pasal pindah"...Kimi jentik dahi Daus sebab sebut pasal pindah.

"Aduhhh...sakitlah...hahaha...okay2...aku gurau je...tu je ke yg ko nak citer??"

"Aah tu je...aq rasa pelik tapi x pelah...okay je kot kan Daus??"

"Aku rasa okay je... x pe... positif je Kimi... tapi serius, bagi aq baguslah macam tu.." kata Daus utk meyakinkan sahabatnya itu.

"Okaylah mcm tu... lagipun ko lebih kenal Ikmal berbanding aku... korangkan sama kawasan perumahan...parents pun saling kenal... so i believe u..."

"Ye Kimi...Ikmal tu baik je sebenarnya...nakal2 sikit je...dah2 pegi tidur...esok sekolah lagi ni...barang semua dah packing kan??"

"Dah aq dah packing... x sabar nak balik rumah mewah kau esok..."

"Hahaha...ada2 je kau ni Kimi..okaylah...night..."

"Night Daus...thanks sebab dengar story aku..."

To be continue...

Sorry for the late update... actually, i dah ade full flow jalan cerita...and reason i tak teruskan before this atas sebab kerja and i thought x dapat sambutan...hahaha... memandangkan for the previous chapter i received a lot of reader and a few comment for me to continue, yes i will... and kalau boleh u guys boleh je komen the way i wrote so i can improve on that okay... thanks for the support... i really appreciate it... 너무너무 감사해요

Secret_99creators' thoughts
Next chapter