webnovel

Putera Pertama Kerajaan Elf Barat

AUBREE menatap bayang wajahnya yang ada di cermin. Lama dia merenung bayang itu sampai tidak berkelip pun. Aubree menyentuh rambutnya yang berwarna emas.

Julie juga mempunyai rambut yang berwarna emas. Adakah semua Elf juga mempunyai rambut yang sama, emas?

Tapi Julie mempunyai mata yang berwarna biru, mata Elf yang cantik tapi Aubree pula mempunyai mata berwarna hitam.

Dari mana Aubree mendapatkan mata hitam itu, Aubree pun tidak tahu.

Aubree memeriksa juga anggota tubuh badannya yang lain. Dia mempunyai hidung yang agak mancung dan bibir merah merekah yang seksi. Bulu matanya juga panjang melentik, menambahkan seri pada wajahnya. Yang peliknya, kenapa Kilan tidak suka dengan Aubree yang sebelum ini? Mungkin sebab perbezaan status...

Sebagai seorang Elf, Aubree mempunyai tinggi yang sederhana saja iaitu 175 cm. Kebanyakan Elf mempunyai tinggi 190 cm, lebih tinggi dari manusia biasa.

Aubree bersyukur kerana dia diberikan badan yang cantik dan seksi walaupun Aubree tidak mempunyai elemen alam semesta atau ilmu bela diri.

Tak mengapa, saya boleh belajar ilmu bela diri itu sendiri menggunakan ilmu yang saya tahu. Saya hanya perlu bina kekuatan badan ini daja dan berlatih. Pasal memiliki elemen alam semesta itu, Aubree boleh memeriksa kalau dia ada atau tidak ada.

Kerana masih lagi ingin tahu tentang Dunia Elf ini, Aubree memutuskan untuk berjalan-jalan di sekitar kota kecil ini. Dia mahu mengisi pengetahuan baru tentang Dunia Elf ini.

Aubree mengikat rambutnya menjadi satu sanggulan yang tidak kemas. Setelah itu, dia mengambil jubah berwarna hijau tua yang sudah lusuh di tiang penyangkut baju itu. Aubree menggunakan topi jubah itu untuk melindungi dirinya.

Bukan apa, cuma dia takut kalau ada Elf yang bekerja di kediaman Putera Ketiga melihat dia berjalan-jalan di sekitar kota ini. Takut pula Aubree kalau dia dituduh berbohong hanya semata-mata tidak mahu datang kerja hari ini.

Aubree tiba di jalan yang penuh dan sesak dengan Elf-Elf yang sedang sibuk dengan aktiviti hariannya.

Penjual-penjual makanan sibuk berteriak untuk menarik minat pelanggan untuk masuk ke dalam gerai mereka. Tidak kurang juga bagi mereka yang menjual perhiasan, baju-baju dan barang lain.

Suasana pasar kecil itu menjadi lebih meriah dengan kehadiran pelanggan yang mahu mencari yang mereka perlukan di pasar itu.

Kerajaan Elf tempat Aubree tinggal sekarang adalah kerajaan Elf yang terletak di bahagian Barat. Jadi, kerajaan ini dipanggil sebagai Kerajaan Elf Barat. Ada tiga lagi kerajaan Elf yang lain iaitu; Kerajaan Elf Selatan, Kerajaan Elf Timur dan Kerajaan Elf Utara.

Aubree ingat serba sedikit tentang Kerajaan Barat melalui ingatan yang ada di memori asal pemilik tubuh ini. Diantara empat Kerajaan, Kerajaan Barat adalah nombor tiga paling kaya dan terkuat dari antara kesemua Kerajaan. Manakala Kerajaan Elf Timur ialah yang pertama diikuti dengan Kerajaan Elf Selatan dan yang paling terakhir ialah Kerajaan Elf Utara.

Aubree terus memeriksa sekeliling. Dia mendapati bahawa kebanyakan Elf mempunyai tiga jenis warna mata saja, iaitu biru, hijau dan kuning. Hanya Aubree saja yang mempunyai warna mata hitam.

Patutlah selama ini, rakan-rakan sekerja Aubree(yang sebelum ini), sering mencemuh dan membuli Aubree ketika mereka bekerja di kediaman Putera Ketiga. Rupanya, hanya Aubree saja yang mempunyai warna mata yang berlainan.

'Kenapa hanya mata saya saja yang berlainan, eh?' bisik Aubree dalam hati.

Aubree sudah siap memeriksa di bahagian kota kecil itu dan dia pun berjalan ke luar kawasan kota untuk memeriksa keadaan sekeliling.

Aubree menjumpai sebuah sungai yang sangat cantik. Aubree terkejut kerana dia tidak pernah berjumpa dengan sungai ini, walaupun di dunia dia sendiri. Adakah sungai ini memang wujud hanya di Dunia Elf?

Sungai itu mengalirkan air yang berwarna biru lembut namun masih jelas menunjukkan kejernihan air itu. Ada berbagai jenis ikan yang berenang di dalam air.

Aubree terus berjalan lagi sehingga dia tidak sedar yang dia sudah pun masuk lebih dalam ke hutan. Aubree melihat ada banyak buah-buahan liar yang boleh dimakan. Buah-buahan ini sama seperti buah-buahan yang ada di dunia manusia. Cuma buah-buahan yang ada di Dunia Elf lebih manis dan dua kali ganda lebih besar.

Sedang Aubree berjalan sambil menikmati pemandangan di hutan itu, Aubree mendengar bunyi seperti ada Elf berkelahi. Aubree pun terus mencari dari mana arah bunyi itu datang.

Aubree melihat ada sekumpulan Elf sedang berlawan di kawasan yang agak lapang. Aubree mengambil kesempatan itu untuk bersembunyi di sebalik pokok.

Aubree melihat kereta yang digunakan oleh kumpulan Elf kaya itu sudah terbalik di tepi jalan raya. Aubree agak terkejut bila melihat kereta yang digunakan adalah sama dengan kereta yang digunakan di dunia manusia, cuma yang berbeza ialah kereta ini ialah model lama.

"Wuusshh, apahal pula mereka nak berlawan di tengah-tengah hutan ni?" kata Aubree dengan perlahan, cukup untuk dia saja yang dengar.

Kumpulan Elf kaya ini kelihatan dalam kesusahan kerana jumlah mereka lebih sedikit dari jumlah Elf yang menyerang mereka. Jumlah Elf yang memakai seragam hitam lebih banyak dari Elf kaya itu.

"Assasin?" kata Aubree dengan suara yang perlahan.

Melihat lepas cara mereka berlawan, Aubree dapat meneka yang kumpulan berseragam hitam itu tidak mempunyai ilmu bela diri yang lebih kuat dari Aubree.

Tapi bila dia melihat ada beberapa Elf dari kumpulan Elf kaya itu menggunakan elemen api, angin dan air mereka untuk mengalahkan kumpulan seragam hitam itu, Aubree sedikit terkesan.

Selama ini, dia hanya melihat elemen-elemen ini digunakan dalam kaca televisyen. Dia tidak pula menyangka yang dia akan menyaksikan orang menggunakan elemen itu secara langsung.

"Patutkah saya tolong mereka?" bisik dia lagi.

Aubree berfikir lagi sama ada dia perlu menolong Elf kaya itu atau tidak. "Ah, tak perlulah. Mereka kan ada elemen sakti mereka tu. Tak mungkin mereka akan perlukan bantuan saya!"

Aubree terus menonton perlawanan itu dari sebalik tiang pokok itu. Tiba-tiba, Aubree melihat ada sekumpulan pemanah dari kumpulan berseragam hitam itu sedang bersembunyi di pokok-pokok yang rendang. Mereka sedang memegang anak panah dan busur mereka, bersedia untuk melepaskan anak panah ke arah kumpulan Elf kaya itu. Pemanah-pemanah itu berpisah dan mencari tempat persembunyian yang jauh dari antara satu sama lain.

Tiba-tiba, Aubree menjadi risau. Dia tidak tahu kenapa tiba-tiba dia merasa risau seperti itu tapi dia tidak sanggup melihat semua Elf seragam hitam itu hendak membunuh Elf kaya itu.

Tanpa menunggu lama, Aubree menghendap secara senyap-senyap menuju ke pokok di mana salah satu pemanah itu sedang bersembunyi. Aubree terus melompat dari atas tanah ke pokok itu.

Aubree terkejut. Dia tidak tahu pula kalau dia boleh 'terbang' begitu saja dari atas tanah ke dahan pokok itu tanpa membuat sebarang bunyi atau sebarang kesalahan. Jarak antara tanah dan dahan itu tinggi tapi dengan mudah saja Aubree dapat melompat ke dahan itu.

Pemanah tadi menyedari kehadiran Aubree di belakangnya. Belum sempat dia mengeluarkan pisaunya untuk membunuh Aubree. Aubree lebih dulu memusingkan kepala lelaki itu ke belakang, menghasilkan bunyi tukang yang patah. Aubree mengambil anak panah dan busur lelaki itu sebelum dia menendang lelaki itu. Lelaki itu terus jatuh ke atas semak-semak yang besar.

Tiada yang sedar dengar bunyi 'bedebuk' itu bila lelaki itu terjatuh ke atas tanah. Lebih-lebih lagi, bila badan lelaki itu tersembunyi di sebalik semak yang besar.

Aubree pun memandang ke arah pemanah-pemanah yang bersedia untuk menyerang. Aubree meletakkan anak panah ke busur dan menarik tali busur.

Dia melepaskan tali busur ke arah seorang pemanah yang bersedia untuk melepaskan anak panah. Setelah itu, Aubree terus melepaskan anak panah yang lain ke arah pemanah-pemanah yang tersisa.

Melihat ada pemanah yang terjatuh dari atas pokok, semua orang yang berkelahi berhenti sekejap dan memandang sekeliling dengan wajah bingung.

Kumpulan seragam hitam juga ikut bingung siapa yang berani menyerang kumpulan pemanah mereka.

Aubree yang masih tersembunyi itu terus meletakkan sebatang anak panah lain ke tali busur. Dia menariknya dan mengarahkan anak panah itu ke arah seorang Elf lelaki yang tinggi. Anak panah dilepaskan dan mengenai tepat di dahi seorang lelaki berseragam hitam yang bersedia menyerang lelaki Elf tinggi itu.

Lelaki Elf yang tinggi itu kelihatan terkejut dan dia memandang ke arah lelaki yang cuba menyerangnya dari belakang. Dia pun cuba untuk memandang ke sekeliling untuk mencari siapakah pemanah itu.

"Si--siapa yang menyerang itu??" teriak salah satu dari kumpulan seragam hitam itu. Mereka memandang ke arah sekeliling dengan wajah cemas. Mereka tidak menyangka yang ada Elf lain yang akan menolong kumpulan Elf kaya ini.

Melihat kumpulan musuh sudah tidak fokus, lelaki Elf yang tinggi tadi terus berteriak memberi arahan kepada semua Elf untuk membunuh kumpulan itu.

Sekali lagi perlawanan itu berlangsung dengan kumpulan seragam hitam itu menjadi cemas berbanding yang sebelum ini.

Aubree pula terus melepaskan anak panahnya ke mana-mana kumpulan seragam hitam yang dia nampak.

Setelah semua kumpulan seragam hitam itu berhasil dibunuh, Aubree berhenti melepaskan anak panahnya.

"Kau boleh keluar sekarang."

Dahi Aubree berkerut mendengar arahan dari lelaki Elf tinggi tadi. Dia suruh saya keluar? Arahan itu untuk saya kah?

"Kami tidak akan membunuh kamu. Keluarlah supaya kami boleh membalas jasa kamu sebab sudah menolong kami," kata lelaki Elf itu lagi.

Aubree tidak memberi reaksi pun. Dia hanya berdiri di dahan itu dan bersembunyi di sebalik dahan pokok supaya tidak kelihatan.

Aubree melihat lelaki Elf yang tinggi itu menggoyangkan jarinya, memberi arahan pada orang-orangnya agar memeriksa tempat itu untuk mencari Aubree.

Aubree mengeluh dalam diam. Saya rasa saya tidak akan munculkan diri saya sekarang. Dengan itu, Aubree terus melompat dari dahan itu ke dahan lain dengan gerakan yang pantas.

Lelaki Elf yang tinggi itu melihat ada bayangan hitam yang bergerak dari pokok ke pokok. Dia sempat melihat bayangan itu berhenti di sebuah dahan, menoleh ke arahnya sebelum menghilang lagi. Dia mengeluh kesal melihat bayangan itu akhirnya hilang. Dia baru saja mahu mengucapkan kata terima kasih dan bersedia untuk membalas jasa dia tapi Elf itu sudah pergi jauh.

Aku akan mencari kau sampai dapat!

Seorang lelaki yang memakai reben hitam di dahinya mendekati lelaki Elf tinggi itu sebelum dia menunduk untuk memberi hormat. "Lapor, Yang Mulia Putera Pertama. Saya jumpa mayat yang memakai seragam hitam di bawah pokok tempat dia bersembunyi tadi. Saya rasa dia yang membunuh bayangan itu."

"Bagaimana Elf itu membunuh dia?"

"Saya rasa musuh itu patah bahagian leher. Saya tidak melihat ada darah di tubuhnya."

Putera Pertama itu terkejut sedikit. Wajahnya yang selama ini dingin dan menampilkan wajah yang tidak berekspresi itu, tiba-tiba berubah sekejap. Hanya sekejap sebelum wajahnya kembali seperti biasa.

"Mesti Elf yang sudah tolong kita itu mempunyai ilmu bela diri yang tinggi. Dia mesti ada di sekitar Level Tertinggi(9-10). Cara panah yang dia lepaskan lebih laju dari pemanah yang saya nampak. Kita mesti cari dia!"

Lelaki itu mengangkat tangannya dan anak panah yang terbenam di jantung salah satu mayat seragam hitam itu terbang di ke arah Putera Pertama itu dan melayang beberapa inci dari tangannya. "Bawa ini ke Ahli Sihir White. Pastikan dia memeriksa siapa Elf yang menolong kita itu dengan menggunakan jejak yang tertinggal di anak panah ini."

Lelaki yang melapor tadi menunduk lagi dan dia mengeluarkan sehelai kain hitam yang panjang. Dia pun membalutkan anak panah itu dengan menggunakan kain itu.

Putera Pertama ini ialah Putera Kerajaan dari Kerajaan Elf Timur, iaitu Putera Issac Leo Elliott. Dia datang ke Kerajaan Elf Barat kerana urusan tertentu. Dalam perjalanan mereka, mereka tidak menyangka akan diserang dengan kumpulan seragam hitam ini. Mereka hampir saja kalah kalau bukan kerana pertolongan dari Aubree.

Semua ahli kumpulan seragam hitam ini bukanlah Elf sebenar. Dari luar memang kelihatan Elf tapi mereka sebenarnya ialah tentera dari Kerajaan Kegelapan yang menyamar menjadi Elf dan menyerang sesiapa saja yang melintasi kawasan ini.

Nampaknya, tentera Kerajaan Kegelapan sudah mula berani menceroboh kawasan Kerajaan Elf.

Issac menggenggam erat jadi-jemarinya. Jika memang tentera Kerajaan Kegelapan sudah berani menceroboh kawasan Kerajaan Elf yang ada berdekatan dengan perbatasan Kerajaan Kegelapan dan Kerajaan Elf, penduduk Elf yang ada di perkampungan berdekatan harus dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Kereta mereka yang tadinya terbalik itu sudah diterbalikkan lagi. Mujur saja kereta itu tidak mengalami kerosakan teruk dan masih boleh digunakan.

"Mari pergi!" kata Issac dengan wajah dinginnya.

Semua pengikutnya mula mengangguk hormat.

Next chapter