1 Dunia Baru

DI GELAP MALAM yang tenang dan sunyi, sekujur tubuh wanita yang berlumuran darah terbaring lemah dan tidak berdaya di tepi jalan yang gelap. Tiada lampu yang menerangi kawasan itu. Tapi itulah yang wanita ini inginkan.

Dia tidak ingin ada sesiapa yang mengetahui yang dia ada di sana.

Dia ingin bersendirian.

Aubree ketawa kecil. Tawanya terdengar sedih, kecewa dan sayu. Dia sedih kerana kisah hidupnya jadi begini. Dia kecewa kerana orang-orang yang dia sayangi sanggup menghapuskan dia hanya kerana ingin merebut gelaran yang terkuat dari Aubree.

Aubree menyayangi Lucy, layaknya seperti seorang keluarga sendiri meskipun mereka tidak pernah berkongsi darah daging yang sama. Aubree menganggap Lucy sebagai keluarganya kerana mereka membesar sejak mereka berumur 8 tahun.

Sejak Aubree 5 tahun, dia dibesarkan dalam keluarga yang luar biasa. Mempunyai organisasi assasin dan tentera persendirian.

Aubree menjadi seorang tentera dan assasin yang digeruni. Malah orang tua Aubree yang mengajar Aubree sejak kecil juga bangga dengan pencapaian Aubree.

Lucy diadoptasi oleh keluarganya supaya Aubree ada kawan memandangkan hanya dia saja anak tunggal di dalam keluarga.

Aubree tidak menyangka 29 tahun dia hidup, orang terdekat dengan Aubree sanggup membunuh Aubree. Membuat rancangan dan berkomplot dengan musuh mereka, Red Thunder untuk membunuh Aubree.

Aubree ingin membalas namun tiada apa yang dia dapat lakukan saat ini kerana tubuhnya dalam nyawa-nyawa ikan. Bila-bila masa, dewa kematian akan datang dan mengambil nyawanya.

Aubree tertawa sinis lagi.

"Lucy!"

"Jika aku diberi kesempatan untuk hidup lagi, aku tidak akan pernah membiarkan kau hidup di atas kesengsaraan aku ini! Aku akan pastikan dendam aku akan terlunasi!"

"Aku akan pastikan kau dapat membayarnya dengan darah daging kau sendiri!"

Aubree memandang ke langit yang gelap dan tiada bintang-bintang yang menghiasi dada langit. Aubree tersenyum pahit. Di saat kematiannya, langit juga tidak ingin memberikan saat manis untuknya, Aubree hanya ingin melihat bintang berkelipan di langit buat kali terakhir.

Tapi, nampaknya langit juga tidak mahu menunaikan permintaan terakhirnya.

Aubree memegang luka tusukan di bahagian perutnya. Luka itu bukan saja dalam tapi banyak. Ada luka tusukan lain lagi di bahagian dadanya tapi kerana tubuh Aubree ini sudah terlatih dan sangat kuat, dia mampu bertahan selama beberapa jam meskipun dadanya ditusuk dengan benda tajam.

"Papa, mama... Aubree mahu minta maaf. Aubree gagal menunaikan permintaan kalian. Aubree tidak mampu mempertahankan nyawa Aubree dari tangan musuh-musuh itu."

"Jika Aubree ditakdirkan untuk hidup kembali, Aubree mahu menjadi anak kalian lagi. Aku sayangkan kalian berdua."

Dengan itu, Aubree menghembuskan nafas terakhirnya di sana. Rasa sakit di seluruh badannya perlahan-lahan menghilang. Tiada lagi rasa sakit seperti tadi dan Aubree lega yang dia tidak perlu merasakan sakit itu lagi.

Aubree dapat merasakan rohnya ditarik keluar dari badannya dan melayang menuju ke langit.

Roh Aubree terbang menuju ke ruang angkasa dan di sana, badannya mula di kepung dengan cahaya berkelip yang sangat indah dan cantik.

Aubree menatap cahaya itu buat kali terakhir sebelum dia menutup matanya.

***

***

"HEY, Aubree!!! Aubree! Bangunlah bodoh!! Ini sudah tengah hari ini. Kau kan kena kerja di rumah Putera Ketiga!"

Satu tepukan lembut terasa di pipinya. Lembut saja tapi mampu membuatkan Aubree untuk terjaga.

Aubree membuka matanya perlahan-lahan. Lama dia memandang wajah pelik yang ada di depan matanya.

Eh, siapa ni?

Telinga runcing?

Mata cantik berwarna biru?

Rambut warna emas?

Makhluk apa lagi yang muncul ni?

Aubree masih terkebil-kebil di tempat dia berbaring, masih memproses apa yang terjadi dengan dia.

Setahu saya, saya baru saja mati, kan?? Mati kena bunuh kawan tak guna saya tu... Tapi kenapa saya masih hidup? Dan siapa perempuan pelik ni??...

Perempuan yang sudah membangunkan Aubree itu mengeluh kecil melihat reaksi Aubree. "Kalau kau sudah bangun, cepatlah bersiap. Lepas tu kita pergi ke kediaman Putera Ketiga. Nanti kalau kau tidak masuk kerja hari ini, Yang Mulia Putera akan potong gaji kau macam dulu."

Perempuan itu berdiri dan dia mendekati meja kecil yang ada di tepi tingkap kaca yang besar. Dia menuangkan segelas air ke dalam cawan yang diperbuat dari besi sebelum meminumnya.

Aubree pun bangun dari katil dan dia memandang sekeliling.

Bilik tempat dia tidur ini tidaklah terlalu besar tapi cukup untuk memuatkan dua katil yang bersaiz sederhana dan dua meja belajar. Ada dua tingkap kaca besar di bilik itu bersama dengan sebuah pintu di sebelah kiri Aubree.

Aubree memegang kepalanya yang terasa pening. Dia tidak merasa sakit di bahagian badannya yang ada luka. Aubree memeriksa seluruh tubuhnya untuk memastikan yang luka itu tiada.

Terkejut Aubree apabila dia tidak melihat luka atau parut di bahagian perut, pinggang atau dadanya. Malahan tangan dan kakinya yang ada kesan tembakan sebelum ini pun tidak meninggalkan parut. Bersih macam tiada apa-apa yang berlaku.

Yang lebih mengejutkan lagi ialah, kulit Aubree tidak sama dengan kulit tubuh badannya sebelum ini.

Tubuh badannya yang sebelum ini mempunyai kulit yang agak gelap kerana Aubree sering berlatih di bawah teruk matahari tapi tubuh yang sekarang ini berwarna putih bak salju dan bila disentuh, halus dan lembut saja macam kulit bayi. Eh, bukankah kulit saya sepatutnya kasar dan kering saja?

Perempuan tadi hanya memandang saja gelagat Aubree yang menghairankan. Aubree asyik memegang dan menggosok saja seluruh badannya. Macamlah ada yang tidak kena dengan badan dia...

"Kau dah kenapa ni, Aubree? Cepatlah bersiap! Kau nak kena potong gaji kah? Jangan harap saya akan bagi duit saya kalau kau tiada duit nanti," kata perempuan itu lagi.

Aubree segera menoleh ke arah perempuan itu. Baru dia sedar dengan kehadiran perempuan itu kerana tadi dia leka betul dengan kulitnya yang baru dan cantik.

Siapa dia? Saya kenal dengan dia kah?

Tiba-tiba, kepalanya merasa sakit dan telinganya mula berdengung. Aubree segera memejamkan matanya dan memegang kepalanya.

Perempuan tadi sedar dengan perubahan wajah Aubree yang berkerut, macam sedang menahan sakit saja. Dia segera mendekati Aubree.

"Wei, kau okey?"

Aubree tidak dengar pertanyaan perempuan itu dan berjuta-juta imej masuk ke dalam otaknya, memenuhi setiap mindanya, membuatkan kepala Aubree menjadi pening sekejap.

Akhirnya, Aubree pun mendapat jawapan bagi pertanyaan sejak tadi. Setelah Aubree meninggalkan tubuhnya di dunia sebelum ini, Aubree kini tinggal di tubuh seorang perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan Aubree.

Dunia yang Aubree tinggal sekarang ini ialah Kerajaan Elf, di mana dunia ini mempunyai elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri sebagai pertahanan hidup.

Musuh Kerajaan Elf ialah Kerajaan Kegelapan. Kerana Kerajaan Kegelapan mahu menguasai Kerajaan Elf, Puak Elf tidak mempunyai pilihan selain melawan untuk bertahan hidup.

Sejuta tahun dahulu (berjuta-juta tahun dahulu), ada seorang Elf menjumpai Kristal Kehidupan yang akan memberikan semua kekuatan yang pemiliknya inginkan. Elf ini menggunakan Kristal Kehidupan ini untuk mengalahkan Raja Kegelapan dan membuatkan Raja Kegelapan berundur ke tempat asalnya.

Raja Kegelapan sangat marah dan ingin memusnahkan Kristal Kehidupan itu namun tidak pernah berjaya.

Elf yang memiliki Kristal Kehidupan ini pun membuat Kerajaan baru yang diberi nama Kerajaan Elf dan di bawah perlindungan Kristal Kehidupan ini, mereka selamat dari pemerintahan Raja Kegelapan.

Namun Raja Kegelapan tidak pernah berputus asa untuk menguasai Kerajaan Elf. Ramai tentera dari Kerajaan Kegelapan diarahkan untuk menyerang perbatasan Kerajaan Kegelapan dan Kerajaan Elf.

Sehinggalah kini, Kerajaan Kegelapan dan Kerajaan Elf tidak pernah berdamai.

Di Kerajaan Elf, ada tiga jenis peringkat kehidupan. Kehidupan pertama ialah mereka yang tergolong dalam keluarga diraja. Memandangkan mereka tergolong dalam peringkat pertama, seluruh kekuatan yang dimiliki oleh kerabat diraja lebih kuat dari peringkat kedua. Kekuatan elemen alam semesta dan ilmu bela diri mereka sepuluh kali lebih kuat dari para tentera yang hanya ada di peringkat kedua. Sesiapa yang memiliki darah diraja sama ada tidak langsung atau secara langsung (tulin atau tidak), mereka tergolong dalam peringkat pertama.

Peringkat kedua ialah bagi mereka yang memiliki elemen alam semesta dan mempunyai ilmu bela diri yang tinggi. Sesiapa yang mempunyai salah satu dari ini atau kedua-duanya, mereka akan diletakkan dalam organisasi tentera Kerajaan Elf untuk melawan Raja Kegelapan dan tentera-tenyeranya. Contoh elemen alam semesta ialah api, air, angin dan tanah. Hanya ada empat saja elemen alam semesta yang ada.

Bagi yang memiliki ilmu bela diri, kekuatan mereka dibahagikan kepada 10 Level. Level 1-5 adalah lemah, Level 6-8 adalah Level sederhana dan Level 9-10 adalah Level Tertinggi.

Peringkat kehidupan yang ketiga ialah yang paling rendah dari antara semua peringkat dan paling lemah. Mereka tidak mempunyai darah diraja, tidak mempunyai elemen alam semesta atau ilmu bela diri. Mereka hanya mampu mencari duit melalui pekerjaan sebagai petani, bisnes, nelayan dan pembantu rumah.

Melalui memori yang Aubree terima itu, Aubree dapat mensimpulkan yang dia berada di peringkat kehidupan ketiga, iaitu bekerja sebagai seorang pembantu biasa yang bekerja di kediaman Putera Raja Elf yang ketiga, Kilan Eden.

Setelah memproses semua memori yang dia terima, Aubree mengeluh berat, seberat-beratnya.

Aubree tidak habis berfikir, dia yang menjadi kebanggaan orang ramai sebagai assasin dan tentera terkuat, bila lahir kembali, boleh pula dia jadi pembantu biasa di kediaman Putera Ketiga itu.

Apa yang membuatkan Aubree kesal ialah Aubree yang dungu sebelum ini boleh pula jatuh cinta dengan Putera Ketiga itu.

"Aubree?"

Aubree mendongak memandang ke arah perempuan yang masih ada di sana bersamanya. Perempuan ini ialah Julie, rakan sebilik Aubree. Dia dan Aubree berkongsi duit untuk membayar sewa bilik tempat mereka tinggal ini. Julie dan Aubree juga bekerja di tempat yang sama, iaitu di kediaman Putera Ketiga.

"Saya tidak sihatlah. Boleh tak saya rehat saja hari ini?" kata Aubree sambil mengurut dahinya perlahan-lahan.

Julie tua dua tahun dari Aubree dan selalu menolong Aubree kalau Aubree kesusahan. Yalah, sebab Aubree yang sebelum ini seorang yang bodoh dan selalu 'clumsy'.

Dahi Julie berkerut kecil bila mendengar kata-kata Aubree. Bukan apa, cuma dia tidak pernah mendengar Aubree membuat alasan untuk tidak mahu pergi bekerja sebelum ini. Walaupun Aubree sakit, dia tetap akan pergi ke kediaman Putera Ketiga untuk bekerja.

Bukan kerana dia terpaksa tapi kerana Aubree tidak mahu tidak melihat wajah Putera Ketiga itu sehari saja. Aubree harus pergi bekerja walaupun dia sakit.

Kalau Aubree tahu apa yang Julie sedang fikirkan ini, mesti Aubree akan menggali lubang besar di dalam tanah dan bersembunyi di sana. Mana nak sembunyikan muka ni, malulah!!

Kenapalah Aubree yang sebelum ini boleh simpan perasaan pada Kilan. Sedangkan Aubree tidak mempunyai sebarang elemen atau ilmu bela diri pun.

Di kerajaan Elf, selain daripada para Elf dari kalangan diraja, Elf dari kehidupan Peringkat Kedua juga boleh berkahwin dengan keluarga diraja dengan beberapa syarat.

Cuma para Elf yang ada di Peringkat Ketiga tidak boleh mengahwini Elf dari kedua-dua peringkat ini. Mereka hanya boleh berkahwin dengan Elf yang ada di peringkat Ketiga saja, iaitu yang setaraf dengan status mereka.

Aubree terasa ingin menangis saja. Kenapa sistem pemerintahan di sini terasa mahu membuli saja?

"Baiklah, kalau kamu rasa kamu tak sihat. Saya akan beritahu ketua pembantu yang kamu tidak akan bekerja hari ini. Nanti malam, lepas saya habis kerja, saya akan bawa makanan untuk kamu. Kamu berehatlah."

Aubree mengangguk lalu dia berbaring lagi di atas katil. Dia berpura-pura menutup mata, menandakan yang dia betul-betul sakit dan perlukan rehat.

Julie mengambil jubah lusuh berwarna perang yang disangkut di tiang penyangkut. Dia memandang Aubree untuk kali terakhir sebelum dia menutup pintu dan pergi.

Setelah memastikan Julie sudah tiada, Aubree membuka matanya dan dia terus bangun lagi. Siapa cakap saya sakit... Saya cuma tidak mahu pergi berkerja di rumah lelaki itu saja...

Aubree terus memproses lagi memori yang dimiliki oleh tubuh asli ini. Kilan ialah seorang Putera Raja yang baik hati dan selalu melayan orang di sekelilingnya dengan baik ramah. Namun jika ia berkaitan dengan penderaan, dialah yang paling teruk sekali.

Kilan tidak pernah merasa kesian dengan musuhnya dan orang-orang yang membuatkan dia marah. Selalunya orang yang membuatkan dia marah tidak akan hidup keesokan harinya.

Eh, ada juga Elf yang macam tu... Ingatkan dunia Elf ni aman damai saja tanpa ada bunuh-membunuh. Kenapa Kilan nak bunuh orang pula.

Kilan sedar Aubree (yang sebelum ini), menyukai Kilan tapi Kilan buat tidak tahu dan mengabaikan Aubree. Malahan, dia juga berani menunjukkan kekasih hatinya kepada Aubree.

Kekasih hati Kilan ialah seorang Puteri dari kerajaan Elf di bahagian Selatan. Puteri ini dikenali sebagai Puteri Katy Catherine Donny. Dia tidak mempunyai darah diraja yang tulin. Ini kerana, mama Katy ialah seorang puteri raja berdarah tulin dan papa Katy pula ialah seorang tentera Level 10 yang berasal dari Peringkat Kedua Kehidupan.

Walaupun sudah tahu Kilan sudah ada kekasih hati, Aubree masih bodoh mahu mencintai lelaki itu.

Aubree mencebik geram. Memang pemilik asal badan ini bodoh kah?? Kenapa dia masih nak sayang lelaki tak guna macam itu?

Aubree teringat akan pemilik asal tubuh itu sebelum sebelum terakhir kali dia menghembuskan nafas.

Aubree(yang sebelum ini) tidak sengaja menjatuhkan pasu kesayangan Katy membuatkan Katy bersedih dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa, termasuk Kilan sendiri. Itu membuatkan Kilan menjadi madah dan menghukum Aubree untuk tidak mendapat gaji selama enam bulan. Aubree hanya bergantung kepada makanan di kediaman Putera Ketiga sebagai makanan seharian. Jika dia kembali ke rumah sewanya, dia harus menggunakan duitnya sendiri.

Empat bulan kemudian, Aubree sudah kehabisan duit kerana gajinya tidak diberikan. Julie ada menolong Aubree untuk menambahkan duit harian Aubree tapi tidak cukup. Akhirnya, Aubree terpaksa membawa keluar beberapa makanan seperti roti dari kediaman Putera Ketiga.

Malang sekali, saat memakan makanan itu, boleh pula Aubree tercekik dengan roti itu sendiri dan mati di atas katilnya. Sungguh tragis... Dan sangat memalukan!

Sebagai seorang tentera dan assasin, mati tercekik kerana sebuah roti itu sangat memalukan. Sangat-sangat memalukan!

Aubree menepuk dahinya bila dia terus memikirkan kematian pemilik asal tubuh ini yang sangat memalukan. Macam manalah dia boleh mati hanya kerana tercekik roti? Mungkin ajal dia sudah tiba...

avataravatar
Next chapter