46 Tiga Bilah Lembing Panjang

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Meng Hao pernah pergi ke Daerah Yunkai beberapa kali sebelum ini. Kebiasaannya, dia ke sana apabila dia perlu membeli pen, dakwat, kertas dan batu pengasah dakwat. Mungkin kerana kekayaan yang berlebihan di kampung ini mendorong permintaan untuk perhiasan ilmiah, harga bekalan bertulis di sini lebih murah.

Walaupun tiga tahun telah berlalu, tempat itu tetap kelihatan seperti dahulu. Sepanjang perjalanan Meng Hao, perhatiannya tertarik pada tanglung-tanglung yang tergantung di luar kebanyakan kedai. Terdapat kaligrafi kwainter "Li" pada setiap tanglung.

Berdasarkan apa yang dikatakan oleh Si Gempal, ayahnya orang yang paling kaya di Yunkai, dan memiliki kira-kira separuh daripada daerah itu. Mereka bukan hanya memiliki tanah, tetapi juga kedai-kedai, dan semuanya telah ditanda dengan kwainter "Li."

Setelah bertanya pada orang sekeliling, dia mendapat tahu lokasi rumah Si Gempal dan menuju ke sana. Matahari sudah mula terbenam di kaki langit, menjadikan langit gelap dan menyelubungi tanah dengan cahaya yang lembut.

Dia tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke penghujung timur Daerah Yunkai. Meng Hao dapat melihat satu kawasan kediaman yang besar, dipenuhi dengan bangunan yang kelihatan hebat. Di atas pintu utama, yang dijaga oleh orang suruhan, ialah papan yang ditulis dengan perkataan "Rumah Agam Li." Kedengaran suara nyanyian dan tarian yang meriah dari dalam.

Tubuh Meng Hao bergerak sekilas dan dia terus berada di dalam.

Rumah agam itu besar, mengelilingi halaman dalam di mana penyanyi dan penari sedang mengadakan pertunjukan. Meng Hao terpandang seorang lelaki di pertengahan usia yang sangat gemuk dan mengenakan jubah mewah. Dia sangat mirip dengan Si Gempal, sudah tentu lelaki ini ayahnya. Duduk di sebelahnya ialah seorang pemuda yang tampak bijak.

Dia kelihatan sangat sombong, dan mengenakan pakaian yang mahal. Namun badannya kelihatan agak lemah, seolah-olah dia terlalu keletihan disebabkan terlalu banyak minum wain dan bersama dengan wanita. Dia memegang cawan wain di tangannya, dan ekspresi tidak senonoh bersinar di matanya saat dia melihat ke arah penyanyi dan penari itu.

"Masih belum sampai?" kata pemuda itu, sambil mengerutkan kening. Nada suaranya dingin dan bosan.

"Bila-bila masa sahaja," kata ayah Si Gempal, kelihatan sangat malu, dengan senyuman terpaksa. "Tuan Muda Zhao, tolong tunggu sekejap saja lagi. Menantu saya cenderung berlengah-lengah." Bahkan ketika kata-kata keluar dari mulutnya, beberapa orang gaji muncul dari kejauhan. Berjalan di belakang mereka ialah seorang wanita muda. Dia mengenakan pakaian yang panjang dan tipis, dan rambutnya didandan dengan penyepit rambut burung phoenix. Penampilannya suci dan indah, namun ada raut ketakutan di wajahnya. Dia kelihatan menggigil seolah-olah dia kesejukan.

"Ayah..." katanya ketika dia menghampiri mereka dan tunduk hormat.

"Xiang'er, ini Tuan Muda dari keluarga Zhao di Daerah Yunhai," kata ayah Si Gempal dengan lembut. "Apa kata kamu mengajukan minum ucap selamat kepadanya?" Dia memandang menantu perempuannya dengan pandangan serba salah. Meskipun anaknya telah hilang selama bertahun-tahun, gadis ini terus menunggunya pulang dan tidak pernah merungut. Dia melayan ayah mertuanya dengan penuh ketaatan.

"Salam, Tuan Muda Zhao," kata gadis itu dengan lembut smabil menundukkan kepalanya. Dia takut, tetapi dia tahu keluarga mertuanya mengalami masalah ketika ini. Dia mengangkat bekas wain dan menuangkannya ke dalam cawan, yang dia hulurkan kepada Tuan Muda Zhao dengan kedua belah tangannya.

Tuan Muda Zhao memandangnya, matanya bersinar terang. Dia menelan air liur. Gadis itu sangat cantik, dan di dalam hatinya, dia sudah bersedia untuk menimbulkan kekacauan. Senyuman miang muncul di wajahnya. Tuan Muda Zhao menerima wain itu, kemudian cuba untuk menyambar tangan gadis itu dan menyebabkan dia ketakutan. Gadis itu melangkah ke belakang dan cawan yang dipegangnya jatuh ke lantai.

"Berani kamu!" teriak Tuan Muda Zhao, matanya membara. Dia menendang meja, menyebabkan wain dan makanan berselerakan. Dia menghalakan jarinya ke arah ayah Si Gempal. "Kamu dengar cakap saya, Li Dafu. Adik saya sudah kembali, dan sekarang dia seorang Dewa. Dia mahukan harta milik kamu, bukan nyawa kamu! Saya merasa kasihan dengan kamu dan bercakap baik tentang kamu kepadanya, tetapi kemudian kamu memalukan saya seperti ini?"

"Tuan Muda Zhao, ini..." Ayah Si Gempal tergesa-gesa mahu bercakap.

"Diam! Biar aku beritahu kamu, masalah ini belum selesai! Jika kamu tahu apa yang baik untuk kamu menantu perempuan kamu akan bermalam bersama saya. Jika dia membuat saya senang hati, maka saya akan terus berkata yang baik-baik tentang kamu kepada adik saya..." Dia ketawa dingin, matanya merenung ke arah gadis itu kelihatan pucat lesi. Pandangan yang jahat sekali lagi muncul di wajahnya.

Wajah ayah Si Gempal menjadi pucat. Pada awalnya, pemuda itu hanya menyebut tentang minum ucap selamat, yang dipersetujuinya. Tetapi ini sudah berlebihan. Dia mengetap giginya. Anaknya hilang, dan dia juga tidak dapat melindungi menantunya sendiri. Apa gunanya dia hidup?

"Biarlah!" dia meraung. "Keluar dari sini! Halau lelaki ini! Jika keluarga Li muflis sekalipun, saya tidak akan bertoleransi dengan penghinaan dari keluarga Zhao!"

"Sungguh mengagumkan," Tuan Muda Zhao ketawa. Dia berpusing dan pergi, pandangan matanya kelihatan menggerunkan.

Memerhatikan tempat jamuan itu dikemas, gadis muda itu menggigit bibirnya. Air mata mengalir di wajahnya. Dia menundukkan kepala dan nampak seperti hendak mengatakan sesuatu.

"Jangan risau tentang masalah ini," kata ayah Si Gempal dengan tenang. "Undang-undang masih wujud di dunia ini. Tolong hantar Cik Muda balik ke bilik." Hamba suruhan muncul untuk mengiringi wanita muda itu pergi. Segalanya sunyi. Ayah Si Gempal mula bergetar. Dia terhuyung-huyung, tiba-tiba kelihatan semakin tua.

Kemudian dia menggelengkan kepalanya dan mula berjalan. Tak lama, dia tiba di sebuah bangunan. Dia membuka pintu dan berjalan masuk. Bilik itu kelihatan mewah, tetapi pasti lebih baik jika semuanya tidak dipenuhi dengan kesan gigitan.

"Fugui, kamu dimana?" rungut ayah Si Gempal sambil duduk di atas kerusi. "Kenapa kamu belum kembali...?" Dia kelihatan lebih tua dari sebelumnya. Dia menggosok-gosok lembut tanda gigitan di atas meja.

"Dia baik-baik saja," kata satu suara, memecah kesunyian. Ayah Si Gempal mengangkat kepalanya. Matanya dipenuhi ketakutan ketika dia menyedari entah bagaimana, ada orang lain berdiri di dalam bilik itu, di sebelah jendela. Dia tidak tahu bila atau bagaimana orang itu boleh berada di situ.

Orang itu memakai jubah biru yang panjang, dan kelihatan seperti seorang sarjana. Dia, tidak lain tidak bukan adalah Meng Hao.

"Kamu..." Li Dafu berdiri dan kelihatan terkejut. Dia berundur ke belakang.

"Saya kawan Li Fugui dari Sekta, Meng Hao dari Daerah Yunjie." Meng Hao berpusing. Matanya bergerak daripada memandang beberapa bekas gigitan di ambang jendela kepada Li Dafu yang sedang berdiri.

"Meng Hao!" kata Li Dafu, terkejut. Dia kenal nama itu. Ketika dia menyiasat kehilangan anaknya bertahun-tahun yang lalu, dia mendapat tahu ada tiga orang budak lelaki yang lain turut hilang pada masa yang sama. Salah seorang daripada mereka bernama Meng Hao.

"Fugui, dia..." Tubuh Li Dafu mula menggeletar. Di dalamnya hatinya, dia berasa ragu-ragu.

"Dia tidak berada di Negeri Zhao pada masa ini, tapi saya rasa dia akan kembali tidak lama lagi." Meng Hao berjalan ke hadapan dan duduk di atas kerusi. "Saya baru sahaja melihat apa yang terjadi di halaman," katanya dengan dingin. "Saya akan tinggal di sini untuk beberapa hari bagi menyelesaikan masalah ini." Dia mengambil sekeping kertas dan meletakkannya di atas meja. "Tolong tempa tiga bilah lembing untuk saya, mengikut spesifikasi ini. Satu besi, satu perak, dan satu lembing emas." Kemudian, Meng Hao menutup matanya.

Li Dafu teragak-agak, tetapi menganggukkan kepalanya. Walaupun situasi ini agak luar biasa, dia memilih untuk percaya dengan apa yang baru sahaja Meng Hao katakan. Tanpa berkata apa-apa, dia mengambil kertas itu dan bergegas pergi.

Tuan Muda Zhao meninggalkan rumah Li, dan Daerah Yunkai dengan wajah yang menggerunkan. Ditemani oleh orang suruhannya, dia kembali ke Daerah Yunhai dalam kegelapan malam sambil menggertakkan giginya. Saat dia berjalan, dia menampar wajahnya dengan keras, meninggalkan kesan tapak tangan yang jelas. Sejurus kemudian, dia tiba di sebuah halaman besar, dan raut wajahnya tiba-tiba berubah menjadi rasa hormat, bahkan kagum. Dia bercakap dengan suara yang perlahan.

"Adik sedang tidur?"

"Apa masalahnya?" kata satu suara yang dingin. Suara itu agak nyaring, seolah-olah pemiliknya ialah seorang budak lelaki yang baru sahaja baligh.

"Bukan sahaja rumah Li enggan mendengar cadangan kamu. Mereka juga memalukan dan menampar saya." Tuan Muda Zhao cuba menunjukkan raut wajahnya yang paling malu.

Pintu itu perlahan-lahan terbuka, dan seorang pemuda berjalan keluar. Dia kelihatan berusia sekitar dua belas atau tiga belas tahun, dan mengenakan gaun bersulam yang mewah. Dia mempunyai ciri-ciri yang tampan dan kelihatan cantik. Jika Meng Hao ada di sini, pemuda ini akan berkelakuan seperti pengampu. Dia salah seorang pengikut yang diselamatkan oleh Orang Lama Ouyang pada hari Sekta Reliance dibubarkan. Dia hamba Meng Hao, Zhao Hai.

Dia memiliki idea yang sama seperti Si Gempal, untuk menjadi pemilik tanah yang hebat. Selepas Si Gempal tiada, dia telah kembali ke daerah ini dan mula merampas harta keluarga kaya di situ. Dia sebenarnya sudah mula merancang bagaimana hendak menghadapi Li Dafu saat dia masih lagi berada di Sekta Reliance. Malangnya, setelah kembali, dia mendapat tahu keluarga Li melarang ahlinya untuk mendedahkan maklumat harta keluarga.

"Dasar bodoh, tak guna," kata Zhao Hai dengan mencemuh dingin. "Kamu fikir saya sebodoh kamu? Kedudukan tapak tangan itu salah. Kamu memukul diri sendiri." Ekspresi jijik muncul di wajahnya. Tetapi, orang ini ialah abangnya. Dia mengerutkan kening. "Sudahlah. Saya hampir mencapai kejayaan pada asas Pertapaanku. Dalam masa tujuh hari, saya akan pergi dengan kamu ke rumah Li." Dia berpaling dan kembali ke bilik, menghempas pintu di belakangnya. Tuan Muda Zhao kelihatan senang. Hatinya terbakar ketika dia membayangkan tangisan sedih gadis muda ketika berada di bawah badannya, tujuh hari dari sekarang.

Tujuh hari berlalu. Zhao Hai keluar dari rumah Li di Daerah Yunhai, tangannya digenggam di belakang, diikuti oleh Tuan Muda Zhao. Mereka membawa segerombolan orang suruhan keluarga. Mata mereka dipenuhi dengan niat membunuh saat mereka menuju ke Daerah Yunkai.

Di Daerah Yunkai, Meng Hao duduk bersila di bilik Si Gempal, bermeditasi dengan diam. Sekitar waktu tengah hari, terdengar satu ketukan perlahan di pintu. Meng Hao perlahan-lahan membuka matanya dan melihat Li Dafu memasuki bilik. Di belakangnya terdapat sepuluh orang suruhan keluarga. Tiga kelompok yang terdiri dari tiga orang, dan setiap kelompok membawa sebilah lembing yang diperbuat daripada besi, perak, dan emas.

Garisan halus yang diukir di atas permukaan setiap lembing, membuat lembing-lembing itu kelihatan primitif tetapi juga mewah. Meng Hao mengangkat tangannya, dan lembing besi terbang di udara ke arahnya. Li Dafu dan orang gajinya ternganga kerana hairan dan terkejut.

Lembing besi itu sangat berat. Melihat Meng Hao merampasnya dari jauh membuatkan mereka takut.

Badan Li Dafu menggeletar, dan matanya bersinar. Sebelum ini, dia sudah mengagak yang Meng Hao bukan orang biasa. Meskipun tidak mempercayai Meng Hao sepenuhnya, dia masih memenuhi permintaan untuk membuat tiga bilah lembing. Tapi sekarang, dia benar-benar percaya kata-kata Meng Hao sebelum ini. Orang ini nampaknya bukan sekadar orang biasa.

Meng Hao mengangguk kemudian mengambil lembing perak dan emas. Dia menguji kedua-duanya, lalu memasukkan semua lembing itu ke dalam beg saktinya dengan melibas lengan bajunya. Ketika kejadian ini berlaku, kedengaran bunyi gedebuk sewaktu hamba suruhan di situ berlutut dan menunduk kepadanya. Raut wajah mereka penuh dengan perasaan terkejut.

avataravatar
Next chapter