82 Sihir Agung Kehidupan Syaitan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Pada dahi wajah gergasi itu muncul tujuh pelita purba yang semuanya sudah terpadam. Aura besar dan purba terpancar ke semua arah. Aura yang indah itu nampaknya mengandungi intisari langit dan bumi.

Apabila muka gergasi itu muncul, semua Pertapa Negeri Zhao kelihatan terkejut dan ada di antara mereka yang melarikan diri.

"Jangan panik," kata Dewa Kalam dengan suara yang lantang. "Aku sudah tahu dari awal lagi Bapa Reliance tidak mati. Dia sangat lemah dan kita berada pada peringkat Pembentukan Teras. Jika kita bergabung tenaga, kita dapat mengalahkannya dengan mudah." Semua orang dari Negeri Zhao berhenti bergerak.

Kedengaran ketawa yang parau dan kuat daripada wajah gergasi itu. Ketawanya dipenuhi dengan keterujaan yang menggila lalu menembusi telinga dan hati semua orang yang hadir.

Ketika suara ketawa itu bergema, wajah para Pertapa yang terapung berubah. Tanpa berkata apa-apa, wanita tua yang anggun itu berpusing dan bergerak ke arah pintu keluar dengan termengah-mengah.

Bahkan ketika dia cuba untuk terbang, satu tangan besar yang kabur muncul di sebelahnya dan menggenggam tubuhnya. Satu letupan kedengaran bersama-sama dengan jeritan sengsara apabila tangan itu menghancurkannya sehingga mati. Semuanya bergegar. Meng Hao memandang dengan perasaan kaget.

Tangan gergasi itu terbuka dan di dalamnya dapat dilihat Teras campuran tiga warna. Tangan itu membuat gerakan menjentik dan satu Teras ditembak ke arah lampu pertama daripada tujuh di bawah. Pelita itu menyala lalu membakar Teras sebagai bahan bakar dan api yang berasal daripada kekuatan hidup!

Cahaya api yang berkedip-kedip terpancar mengisi kegelapan dengan cahaya.

"Kita tidak boleh melarikan diri!" Kalam Dewa menempik dengan wajah yang pucat. "Cabut sisa nyawa Bapa Reliance dan harta rampasan daripada kemenangan kita sangat luar biasa!" Wajah para Pertapa yang lain kelihatan terkejut setelah menyaksikan nasib malang wanita tua itu. Mereka mengetap rahang mereka.

Tiba-tiba, bunyi letupan kedengaran. Kawasan sekitar mulut wajah gergasi tiba-tiba runtuh, dan bayangan hitam muncul.

Ketawa yang mengiringi bayangan tersebut bergema di dalam Gua Dewa.

"Bapa Reliance!" Gema ketawa kedengaran dan Gua Dewa bergegar. Para Pertapa terkejut lalu batuk berdarah.

Dalam kegelapan, Bapa Reliance dapat dilihat. Tubuhnya kurus hampir tiada apa-apa selain kulit dan tulang dan seolah-olah dia baru sahaja bangkit dari kubur. Matanya redup dan gelap namun kelihatan dipenuhi dengan keganasan dan kuasa.

Di atas mereka, awan bergolak dan di sekitar tubuh Bapa Reliance, gelombang mula memancar keluar. Dia kelihatan seperti berdiri di puncak dunia. Kekuatan, kesombongan dan kehausan daranyah menimbulkan ketakutan di hati para Pertapa lain.

"Bapa Reliance… " Lelaki tua berwajah merah daripada Sekta Badai Salju tiba-tiba nampak pucat dan tubuhnya menggeletar. Dia seorang Pertapa Pembentukan Teras tetapi apabila menghadapi Bapa Reliance, dia tidak berdaya seperti seekor cengkerik. Satu-satunya alasan dia berani datang ke tempat ini untuk mendapatkan Kitab Suci Rohani kerana Kalam Dewa telah meramalkan Bapa Reliance lemah dan menghampiri kematian. Namun pada saat ini, Bapa Reliance tidak nampak lemah langsung.

"Kalam, ada hal yang tidak selesai antara kita!" katanya sambil berputar dan bergegas menuju pintu keluar. Yang lain satu demi satu bergerak mengikuti bersama-samanya. Tubuh mereka berubah menjadi pancaran prismatik ketika mereka bergerak.

Meng Hao yang berdiri di bawah melihat mereka sambil mengepal buku limanya.

Ketawa Bapa Reliance dipenuhi dengan kegembiraan dan perasaan ingin membunuh. Tubuhnya berkedip dan tiba-tiba dia melayang ke udara. Dia menggerakkan tangannya dalam gerakan menurun dan bunyi letupan memenuhi udara. Tekanan besar mendorong ke bawah dan lelaki tua berwajah merah dan para pengikutnya memuntahkan darah. Mereka jatuh ke tanah dan tubuh mereka tidak lagi di bawah kawalan mereka sendiri.

Badan Bapa Reliance berkedip lagi dan kemudian dia berdiri di depan lelaki tua berwajah merah itu. Anak mata lelaki tua itu mengecil dengan rasa terkejut ketika badan Bapa Reliance tiba-tiba bersatu dengan badannya.

Jeritan sengsara kedengaran menyebabkan sesiapa yang melihatnya menjadi kaku.

Badan lelaki tua berwajah merah itu menjadi berkerepot. Rambutnya gugur seiring dengan keringnya daging dan darahnya. Muncul kegelapan yang kelihatan mampu menelan semua darah dan kehidupan. Dalam sekelip mata, ia benar-benar menelannya.

Kulitnya menjadi nipis seperti kertas dan tulangnya mula remuk. Sejurus selepas itu seluruh badannya berubah menjadi kabus darah yang kemudian bergabung menjadi bayangan lain; Bapa Reliance. Kecuali sekarang, dia tidak kurus seperti beberapa saat yang lepas. Badannya lebih berisi dan sedikit aura kematian terpancar daripadanya. Nampaknya, sebahagian daripada kekuatan hidupnya telah dipulihkan. Dia memegang Teras campuran tiga warna milik lelaki tua berwajah merah itu di tangannya. Dia menjentik lengan bajunya dan menembak ke arah pelita kedua.

"Sihir Agung Kehidupan Syaitan!"

"Inilah Sihir Agung Kehidupan Syaitan yang legenda itu! Kehidupan yang tiada penghujung! Sihir Agung Kehidupan Syaitan yang dapat meminjam tubuh dan roh!" Kedengaran deruan suara. Apabila para Pertapa Pembentukan masih tinggal dan Pertapa Pengukuhan Asas yang gementar melihat kejadian itu, pandangan putus asa muncul di wajah mereka.

"Inilah sihir Syaitan daripada Sekta Pengunci Syaitan sebelum nama Sekta itu bertukar!" Pandangan aneh terpamer di mata Kalam Dewa.

Meng Hao menyaksikan perkara yang berlaku dengan kehairanan. Ini kali kedua dia mendengar tentang Sekta Pengunci Syaitan. Pertama kali dari bibir Shangguan Xiu. Pada masa itu, Meng Hao tidak mempedulikannya. Bagaimana dia boleh mempercayai kata-kata Shangguan Xiu? Jika Meng Hao betul-betul ada kaitan dengan nama yang berprestij seperti itu, macam mana dia mempunyai begitu banyak musuh di Negeri Zhao?

Pada masa itu, Meng Hao telah memahat nama itu ke memorinya dengan niat untuk mendapatkan bukti yang lebih lanjut nanti.

Sekarang, setelah melihat kejadian mengejutkan itu, dia mendengar nama itu lagi. Saat ini, tiga perkataan "Sekta Pengunci Syaitan" nampaknya bermain-main di fikirannya.

Dia mengimbas kembali kepada khabar angin yang didengari ketika berada dalam Sekta. Dikatakan seribu tahun dahulu Sekta Reliance dikenali dengan nama lain. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang pernah menyebut nama sebenarnya. Sekarang, apabila difikirkan semula, nama tersebut seolah-olah dilarang dalam Sekta.

Dia berfikir tentang haiwan Syaitan di gunung hitam di luar Sekta. Kemudian, dia berfikir tentang Lautan Utara dan menjadi semakin bingung. Ketika pertama kali dia bertemu dengan Lautan Utara, mengapa ia membantunya?

Walaupun dia tidak sepenuhnya memahami segalanya, sekurang-kurangnya sekarang dia memperoleh lebih banyak kefahaman.

"Sekta Pengunci Syaitan… " Meng Hao menarik nafas dalam sambil berfikir tentang sihir Syaitan telah digunakan oleh Shangguan Xiu dan kekuatan menakutkan yang telah meletus dari Gunung Daqing.

"Jika Shangguan Xiu mencapai Pengukuhan Asas, kekuatan sihir Syaitannya memang sangat kuat… " Hati Meng Hao mula berdegup kencang ketika dia menyedari sebagai anggota Sekta Dalaman Reliance, dia juga seorang pengikut Sekta Dalaman daripada Sekta Pengunci Syaitan!

Satu persoalan baharu bermain di fikiran Meng Hao. "Kenapa Bapa Reliance menukar nama Sekta?"

Ketika Meng Hao mempertimbangkan hal-hal ini, pembunuhan yang berlaku di atasnya berlanjutan. Tubuh Bapa Reliance telah berubah menjadi kabus api yang memenuhi udara. Daripada tangisan yang kedengaran, jelas Pertapa Pengukuhan Asas sememangnya tidak mampu melarikan diri. Seorang demi seorang, tubuh mereka kejang dan mula mengering. Kekuatan hidup mereka disedut keluar sehingga mereka berubah menjadi tulang-belulang sahaja dan seterusnya hancur menjadi debu. Setiap utasan benang kekuatan kehidupan bergerak menuju kepada Bapa Reliance.

Lima orang Pertapa Pembentukan Teras yang masih tinggal juga tidak dapat melarikan diri. Di bawah arahan Kalam Dewa, mereka menghasilkan pelbagai barang sakti dan bersedia dengan teknik sakti untuk melancarkannya ke arah Bapa Reliance dalam usaha terakhir untuk mengalahkannya.

Empat orang Pertapa Pengukuhan Asas daripada Sekta Badai Salju telah mati dengan sengsara, tubuh mereka bertukar menjadi debu. Rakan mereka daripada Sekta Arus Berliku dan Sekta Petang Lurus mengalami nasib yang sama. Mereka insan yang boleh menggoncang dunia Pertapaan Negeri Zhao dengan hanya menghentakkan kaki. Namun di sini, mereka lemah seperti kanak-kanak.

Sebahagian kepala yang dalam keadaan baik berguling dan berhenti di depan kaki Meng Hao. Wajahnya pucat. Pembunuhan berdarah itu menyebabkan jantungnya berdebar. Memandang kepala itu, dia mengenali wajah itu sebagai pakar daripada Asas Pengukuhan yang cuba membunuhnya setahun yang lalu dalam Sekta Reliance. Aura putih terpancar dari kepala itu. Dalam beberapa saat, kepala itu mencair menjadi darah dan seterusnya meresap dalam tanah.

Pada masa yang sama, kedengaran jeritan ngeri daripada salah seorang pengikut Aneh Pembentukan Teras Sekta Arus Berliku ini. Tubuhnya mula membusuk. Dia terus menjerit ketika mengering. Bahkan sebelum dia mati, Teras campuran tiga warna ketiga terbang keluar untuk mendarat di lampu ketiga yang kemudiannya mula menyala terang.

Sehingga kini, tubuh Bapa Reliance tidak lagi kurus dan berkerepot. Sebaliknya, dia kini kelihatan seperti seorang lelaki pertengahan usia.

Rambutnya yang panjang menyapu sekeliling tubuhnya yang tinggi. Aura anggun yang terpancar daripadanya membuatkan Bapa Reliance kelihatan sangat bertenaga. Namun, terkubur jauh di dalam kekuatan itu ialah aura Syaitan.

Walau bagaimanapun, terdapat bahagian di dadanya yang masih berkerepot. Begitu juga dengan bahagian muka dan tubuhnya yang lain. Pada bahagian itu, kulitnya nampak berkedut dan mengering; jelas lagi dia belum pulih sepenuhnya.

"Aku sudah boleh menggunakan sepenuhnya kekuatan Pertumbuhan Roh aku," katanya sambil tersenyum. Kombinasi antara sebahagian kulitnya yang putih dan mengering menyebabkan senyumannya kelihatan sangat mengerikan. Empat orang dibiarkan untuk memerhatikan perubahannya. Kecuali Kalam Dewa, wajah mereka yang lain sudah pucat. Salah satu daripada mereka mengangkat tangan yang menggeletar. Di dalam genggamannya terdapat manuskrip jed yang telah dirampas. Tubuhnya segera menjadi kabur; bagaikan dia cuba untuk merentas jarak.

Pada masa yang sama, salah seorang daripada Pertapa Pembentukan Teras Sekta Arus Berliku berundur dengan cepat. Tiba-tiba, api yang membakar keluar dari kakinya kemudian meliputi tubuhnya lalu menyelimutinya. Dia kelihatan seperti tiang cahaya yang menyala ketika dia meluncur pergi.

Orang lain iaitu Orang Lama daripada Sekta Badai Salju tiba-tiba kelihatan semakin muda. Wajahnya yang asal dipenuhi kedutan, tiba-tiba kelihatan seperti di pertengahan usia. Auranya mengepul semasa dia mengambil tiga langkah dan pada masa yang sama dia berubah menjadi panahan cahaya.

avataravatar
Next chapter