48 Si Aneh Song dan Wu Dingqiu

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Guruh berdentum di langit malam. Awan merah berarak pergi. Angin musim luruh berdesir, memungut daun-daun yang jatuh dan membuatkan semuanya terapung. Sepatutnya ini malam musim luruh yang indah, tetapi suasana tenang ini diganggu oleh dua individu yang sesekali jatuh ke tanah, tetapi kemudian segera meluru naik ke udara. Mereka sama-sama terbang, terlibat dalam pemburuan hidup dan mati

Meng Hao berada di hadapan, matanya berkilau. Setelah mencapai peringkat ketujuh Pemekatan Qi, dia boleh mengekalkan kelajuan maksima pedang terbang selama tempoh masa untuk separuh batang colok terbakar. Pada tahap itu, dia tidak dapat mengelak daripada Shangguan Xiu.

Setelah beberapa lama masa berlalu, dia terpaksa mendarat, berlari secepat mungkin buat seketika, kemudian meneruskan peluncuran.

Shangguan Xiu bertungkus-lumus mengejarnya. Dia tahu dia tidak boleh membiarkan Meng Hao terlepas. Jika itu berlaku, Meng Hao boleh bersembunyi dengan mudah di mana-mana tempat di Negeri Zhao, dan itu sangat menyusahkan.

Pada ketika ini, dia sangat yakin. Satu persimpangan yang kritikal telah tiba. Dia tahu Meng Hao memiliki beberapa barang berharga. Dia tidak begitu pasti apa kegunaan barang berharga itu tetapi dia bertekad untuk mendapatkannya.

"Meng Hao, kamu tidak boleh lari daripada saya! Tujuan saya sememangnya untuk menguasai Wilayah Selatan. Satu-satunya sebab kenapa saya belum naik ke tahap Pengukuhan Asas kerana saya tidak mahu melakukannya. Kamu seperti semut bagi saya! Kamu akan menjadi batu loncatan untuk saya ke Pengukuhan Asas! " Shangguan Xiu berada di peringkat kesembilan Pemekatan Qi. Meskipun dia sangat dekat untuk melepasi ke tahap Pengukuhan Asas, tahap kekuatannya masih jauh. Namun begitu, walaupun Meng Hao berada di tahap yang sama dengannya, asas Pertapaan mereka masih berbeza dua tingkat. Ini bermakna bukan Shangguan Xiu lebih cepat, tetapi kerana statusnya sebagai Orang Tua di Sekta Reliance, dia mempunyai akses terhadap barang sakti yang lebih berkualiti tinggi.

Tangkal itu bersiul di udara, mendorongnya ke depan dengan kekuatan luar biasa. Dia melibas lengan bajunya yang lebar dan mematahkan kepingan batu jed. Tembakan kabus hijau dilepaskan, bergumpal menjadi botol hijau, kira-kira separuh ketinggian manusia. Botol ini meluru ke arah Meng Hao.

Mata Meng Hao berkedip-kedip dan dia memukul beg saktinya. Sepuluh bilah pedang terbang muncul, menembak ke arah botol sakti itu. Sebaik sahaja pedang dan botol itu bertembung, sepuluh bilah pedang terbang itu berkecai dan berselerakan ke semua arah. Botol itu pecah, tetapi Shangguan Xiu hanya meningkatkan pecutannya lalu membelah awan. Dia mahu mengurangkan jarak di antara dia dan Meng Hao.

Pada ketika itu, Meng Hao tiba-tiba berpaling, tangannya bergerak-gerak dalam pola mantera. Tiga Bilah Angin muncul. Namun, ketiga-tiganya tidak menembak ke arah Shangguan Xiu, tetapi terbang dengan pola melingkar, lebih cepat dan lebih laju lalu mencipta daya graviti yang menarik sisa-sisa pedang terbang yang telah hancur tadi. Sejurus selepas itu, semuanya telah membentuk satu pusaran berpusing.

Kedengaran bunyi ledakan, tapi Meng Hao tidak menoleh ke belakang. Pusaran di belakang Shangguan Xiu tiba-tiba meledak, menembakkan serpihan peluru. Shangguan Xiu terjatuh ke depan, pakaiannya dicarik-carik. Matanya membara dengan kemarahan.

"Jadi, kamu telah mencapai peringkat ketujuh Pemekatan Qi!" Shangguan Xiu menjeling saat Meng Hao memecut pergi. Dia meneruskan pemburuannya, tetapi dengan lebih berhati-hati. Dia tahu Meng Hao sangat licik, dan tidak boleh dipandang rendah. Dia mesti menggunakan semua kuasanya.

Apabila dia berfikir tentang teknik yang baru sahaja digunakan oleh Meng Hao, iaitu mengumpulkan kepingan pedang yang berterabur, Shangguan Xiu agak terkejut. Kalau asas Pertapaan Meng Hao lebih tinggi, walaupun serangan tadi tidak dapat membunuh Shangguan Xiu, ia tetap akan menyebabkan kecederaan yang serius.

"Dia sangat muda, namun sangat menakutkan. Ledakan pedang itu hanya untuk mengalihkan perhatian. Tak guna!" Dia meningkatkan kelajuannya, berubah menjadi seperti sinar cahaya sewaktu mengejar Meng Hao.

Dua orang saling memburu sepanjang petang sementara langit menjadi gelap. Cahya bulan yang terang menyinari mereka.

Wajah Meng Hao menggerunkan. Dia menggunakan beberapa Teras Syaitan. Meskipun Lautan Utara telah menunjukkan Tao, dan dia telah menembusi tahap berikutnya, keadaannya sekarang ini bukanlah satu petanda yang baik. Dia berada di peringkat ketujuh Pemekatan Qi, tetapi tidak ada cara untuk melepaskan diri daripada pemburunya. Dia berada dalam krisis.

"Satu hari nanti saya akan membunuh lelaki ini!" fikir Meng Hao. Ketika dia berfikir tentang permusuhan yang tidak dapat difahami antara mereka, dia menyedari semuanya berlaku disebabkan oleh ketamakan lawannya. Keadaan ini berlaku berulang kali dan sangat menjengkelkan.

Menoleh ke belakang melihat Shangguan Xiu, Meng Hao mengertakkan giginya. Saat pedangnya kehilangan kuasa, dia melompat ke tanah dan berlari menuju ke pergunungan liar. Dia bukannya bergerak ke arah Sekta Reliance, tetapi menuju ke timur Gunung Daqing di mana gunung-ganang tinggi dan rendah menghala ke dataran dan ibu kota Negeri Zhao.

Terdapat banyak gunung di sini, bahkan lebih daripada kawasan di sekitar Sekta Reliance. Banjaran gunung ini yang terbesar di Negeri Zhao dan dikenali sebagai Banjaran Gunung Perisai Negeri. Dari jauh, tidak kelihatan apa di sebalik banjaran ini. Pada waktu malam pula gunung-ganang ini bangkit seperti tulang naga yang sedang tidur dan kelihatan megah dan sombong.

Meng Hao menundukkan kepalanya, meluncur laju ke dalam Gunung Perisai Negeri. Ini bukanlah kali pertama dia melarikan diri sejak tiga tahun kebelakangan ini. Daripada pengalamannya tahun itu di gunung hitam, Meng Hao tahu bagaimana untuk memanfaatkan peluang. Dia terbang secepat mungkin, menuju jauh ke dalam kawasan pergunungan.

Shangguan Xiu tidak memperlahankan pemburuannya. Tidak kira ke mana Meng Hao pergi, dia terus mengikutinya. Dia telah menetapkan fikiran, dia akan membunuh Meng Hao dan mengambil hartanya. Namun dia tahu dia tidak mempunyai banyak masa. Herba yang ditanamnya sudah matang dan sedia untuk dituai. Jika dia terlalu lambat, herba ini akan layu, dan ini akan merosakkan rancangan jangka panjangnya.

Dia menganggarkan akan memerlukan masa kira-kira satu atau dua hari untuk menguruskan Meng Hao. Tempoh masa itu boleh lagi diterima. Jadi tanpa ragu-ragu, dia menyambung pemburuannya ke pergunungan tandus.

Sekitar lima ratus kilometer dari titik Meng Hao dan Shangguan Xiu memasuki Pergunungan Perisai Negeri milik Negeri Zhao, muncul sebuah gunung yang tinggi.

Puncak gunung itu menembusi awan, dan dapat dilihat dari jarak yang sangat jauh. Keseluruhan puncak gunung itu dilitupi salji putih. Gunung ini sangat besar, jauh lebih besar daripada gunung-gunung di sekitarnya, dan puncaknya kelihatan seperti memancarkan sinar cahaya yang menyelubungi gunung seperti air yang mengalir.

Di sebelah gunung ini terdapat satu gunung lain, di mana puncaknya kelihatan telah ditiris dan membentuk satu platform bulat, seperti dataran tinggi. Hampir seratus orang Pertapa yang mengenakan jubah putih panjang berhimpun di atas platform itu.

Mereka masih muda. Paling muda sekali di dalam kumpulan itu berusia sebelas atau dua belas tahun, yang paling tua berusia tujuh belas atau lapan belas tahun. Terdapat kanak-kanak lelaki dan perempuan, dan ekspresi wajah mereka penuh harapan. Sesetengah daripada mereka nampaknya menyembunyikan asas Pertapaan mereka, dan wajah mereka kelihatan bangga dan tidak goyah.

Beberapa orang dalam kumpulan itu berada pada peringkat ketujuh atau kelapan Pemekatan Qi, dan ada juga yang berada pada peringkat kesembilan. Ahli kumpulan paling lemah berada di peringkat kelima atau keenam. Tidak ada Sekta di Negeri Zhao yang memiliki pengikut seperti ini. Nampkanya, sesiapa yang mengumpulkan kumpulan anak muda ini adalah Sekta utama dari Wilayah Selatan.

Pakaian mereka semua seragam. Mereka memancarkan aura yang mengagumkan, seolah-olah mereka memiliki kekuatan yang mampu mempengaruhi segala-galanya di sekitar mereka. Sebahagian daripada mereka memiliki bakat terpendam yang luar biasa, dan mereka semuanya bersemangat. Jelas sekali yang mereka layak berada di dunia Pertapaan.

"Ini sebahagian pengikut Sekta Luarku," kata satu suara yang ketawa dengan puas hati. "Apa pendapat kamu, Si Aneh Song?" Di hadapan kumpulan itu, berhampiran pinggir platform, dua orang lelaki tua sedang duduk bersila. Sebuah papan Go terbentang di antara mereka. Orang yang ketawa tadi ialah salah seorang daripada orang-orang tua ini. Dia memiliki rambut putih, mengenakan jubah putih, dan memiliki sikap yang unggul.

Matanya berkilau seperti kilat dan dipenuhi dengan kesombongan. Dia terus ketawa.

Duduk di depannya adalah Si Aneh Song. Dia berpakaian jubah hitam panjang yang kelihatan berkilauan penuh warna-warni. Rambutnya yang panjang dan berwarna kelabu kelihatan kusut-masai, dan senyumannya sangat sukar untuk difahami.

"Hebat, hebat. Sekta Takdir Ungu Lembayung kamu layak digelar sebagai salah satu daripada lima Sekta Teragung di Wilayah Selatan. Nampaknya terdapat beberapa pengikut yang mempunyai harapan yang cerah di kalangan Pengikut Sekta Luaran kamu, Wu Dingqiu." Si Aneh Song tersenyum, dan angin dingin mula muncul. Fikiran para pengikut yang memandangnya itu agak menggigil

"Baiklah, mari kita teruskan pertaruhan kita," kata lelaki berjubah putih itu sambil tersenyum, matanya berkelip-kelip. Tangannya membuat gerakan menyambar, dan tiba-tiba sebiji batu berukuran kepala manusia, muncul. Batu itu terhempas ke tanah di sebelahnya.

Batu itu gelap dan legap, namun cahaya hitam dapat dilihat berkedip-kedip di dalamnya. Banyak kerlipan yang bersinar boleh dilihat di dalam, seolah-olah batu itu diperbuat daripada permata yang banyak.

"Ini yang saya tawarkan, Kristal Syurga!" Mata lelaki berjubah putih itu bersinar-sinar ketika dia melihat Si Aneh Song.

"Tidak ada masalah," kata Si Aneh Song, mengibas lengan bajunya. "Ini Serpihan Bintang yang kamu inginkan." Sebuah gumpalan besi yang besar muncul, bersaiz sebesar penumbuk. Gumpalan ini memancarkan cahaya hitam, seolah-olah dapat menelan semua di sekelilingnya. Jelas kelihatan amat luar biasa. "Lihat bendera di puncak gunung itu? Jika pengikut-pengikut kamu dapat menumbangkan bendera itu, maka kamu menang. Tetapi, jika pengikut Sekta Takdir Ungu Lembayung tidak berkebolehan untuk mendaki gunung ini, maka Kristal Syurga kamu menjadi milik saya." Dia ketawa puas.

"Jangan risau," kata lelaki berjubah putih dengan cemuhan yang meyakinkan. "Pengikut-pengikut saya pasti dapat mematahkan tiang bendera kamu yang cabuk itu. Mereka juga akan mengambil semua khazanah di gunung itu dan membunuh semua binatang Syaitan yang telah kamu pelihara. Jangan kamu memungkiri janji apabila perkara itu terjadi!"

"Saya telah menjelajah langit dan bumi selama empat ratus tahun dan tidak pernah memungkiri janji. Ya, saya telah mengisi gunung ini dengan banyak khazanah dan Batu Rohani, dan banyak binatang Rohani yang unik telah saya bela dengan berhati-hati. Tapi ingat kata-kata saya, sebaik sahaja gunung ini dibuka, sesiapa sekalipun di bawah tahap Pengukuhan Asas dibenarkan masuk selama tujuh hari. Ini termasuk pengikut Sekta Takdir Ungu Lembayung, serta pengikut dari Sekta yang lain. Sesiapa sahaja.

"Sesiapa yang berkebolehan akan memperolehi khazanah ini. Malahan jika ada seseorang yang dapat mengambil semuanya, saya tidak akan sakit hati, apatah lagi memungkiri janji. Jika saya berbuat begitu, maka nama keluarga saya bukan lagi Song!" Si Aneh Song mengucapkan kata-kata ini dengan kepala yang diangkat tinggi, nampak berazam dan dengan suara yang tegas.

"Tetapi, sesiapa yang tidak memiliki kebolehan tidak boleh mendapatkan khazanah ini, dan tidak boleh naik ke puncak gunung, akan menjadi makanan bagi binatang Rohani saya. Ini hanyalah takdir mereka." Setelah mengatakannya, senyumannya semakin dingin, dan matanya dipenuhi dengan cemuhan.

"Kesemua pengikut Sekta Takdir Ungu Lembayunga sangat luar biasa berbanding orang-orang sebaya mereka," kata Wu Dingqiu dengan pandangan yang tajam, suaranya lantang. "Mengambil semua khazanah di gunung kamu sesuatu yang mudah bagi mereka. Sama mudah seperti membalikkan tangan."

"Binatang Rohani berkeliaran dengan bebas sepanjang kira-kira seratus kilometer sekeliling gunung khazanahku. Saya telah menyuburkan kawasan ini dengan tanah dari dasar Lautan Timur, yang belum melihat dilihat oleh sesiapa sekalipun selama sepuluh ribu tahun. Malah, saya telah memindahkan puncak Gunung Tian Shan dari Wilayah Selatan menjadi puncak tertinggi gunung ini, menghabiskan masa enam puluh tahun untuk memperbaikinya dan mengasimilasi puncak itu menjadi gunung. Tidak ada apa yang sama sepertinya di dunia ini. Setiap Binatang Rohani di sini spesimen indah yang saya dapatkan sendiri. Semuanya binatang yang buas dan luar biasa, binatang bermutasi yang bersusah payah saya kumpulkan dari seluruh dunia! Saya rasa seratus atau lebih pengikut yang kamu bawa bukan makanan yang cukup untuk Binatang Rohani saya!" Si Aneh Song menjeling dan menggosok janggutnya dengan perlahan.

avataravatar
Next chapter