41 Sensasi Negeri Zhao!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila tanda itu muncul di langit Sekta Reliance, semua pengikut di Sekta Luaran memandang dengan kagum dan terkejut, fikiran mereka berputar memikirkannya. Mata mereka memandang kosong, tidak dapat memahami apa yang mereka lihat.

Melihat tulisan keemasan di langit, hati mereka gementar. Si Gempal yang sedang mengasah giginya dengan pedang bersisik ikan, membuat bunyi tersedak. hampir tertikam lidahnya sendiri sewaktu terlopong melihat kejadian di depan matanya.

Shangguan Xiu, yang duduk bermeditasi bersendirian, tiba-tiba mengangkat kepalanya. Ketika dia melihat apa yang sedang terjadi, tubuhnya mulai gementar, dan matanya bersinar dengan perasaan tidak percaya. Mukanya berubah, seolah-olah dia tiba-tiba terfikirkan sesuatu yang sangat menakutkan. Dia berdiri sepantas kilat, dan mantera teleportasi yang telah dibuatnya beberapa tahun lalu muncul.

Secepat mungkin dia melangkah ke dalam mantera itu, kemudian menghilang.

Di dewan tokong utama di Gunung Timur, ketika Meng Hao dan yang lain muncul, wajah He Luohua muram. Melihat ke arah langit, wajahnya bertambah pucat, dan dia terhuyung-hayang mundur beberapa langkah.

Orang Lama Ouyang berlari keluar dari tokong utama, melihat ke arah langit, mukanya kelihatan garang.

"Kamu menyentuh apa-apa dalam zon meditasi Bapa?" Dia bertanya, berpaling untuk melihat mereka. Riak wajahnya sangat serius, sama seperti nada suaranya.

"Ketika kami hendak pergi, muncul sebuah batu bersurat," kata Chen Fan. Suaranya kedengaran sedih. "Kami bimbang jika kami membawanya bersama, batu itu boleh mendatangkan malapetaka pada Sekta. Jadi sebaliknya, kami buat salinan." Dia mengeluarkan kepingan jednya. Begitu juga Meng Hao dan Xu Qing. Mereka menyerahkan semuanya kepada Orang Lama Ouyang.

"Ini..." kata Orang Lama Ouyang sambil mengerutkan keningnya. Kemudian matanya bersinar dengan perasaan tidak percaya.

"Tidak perlu mengkajinya, semuanya palsu," kata He Luohua dengan keluhan yang panjang. "Batu bersurat serta tanda di langit, kedua-duanya palsu." Dia memandang ke tanah, kemudian menggelengkan kepalanya.

"Sekta-sekta lain dari Negeri Zhao akan sampai tidak lama lagi. Sekta Reliance tidak akan dapat mengelakkan bencana ini. Mereka akan berada di sini untuk Bapa." Dia melipat lengan bajunya, dan bunyi gemuruh boleh didengari di seluruh Sekta Reliance. Satu cahaya lembut timbul, meliputi segala-galanya.

"Kamu tiga orang pengikut Sekta Dalaman, tunggu di dewan tokong utama." Saat suaranya kedengaran, cahaya kabur bersiung menembusi langit dari segala arah. Jumlahnya hampir dua puluh, disertai dengan jeritan siulan bernada tinggi.

Cahaya kabur itu mendekati perisai yang mengelilingi Sekta Reliance, dan sewaktu semakin hampir bertembung, langit dan bumi bergetar. Empat puncak gunung bergegar seolah-olah akan runtuh. Keheningan terasa di sekitar pegunungan liar. Semua binatang buas menggeletar ketakutan, langsung tidak berani berbunyi.

Di kalangan dua puluh orang yang berada di langit itu, terdapat enam orang yang membentuk satu kumpulan teras. Empat lelaki dan dua wanita. Mereka semua sudah berusia. Mereka memakai gaun yang mewah, dan kuasa yang datang dari asas Pertapaaan mereka amat menggerunkan.

Setiap daripada enam orang ini mempunyai dua atau tiga orang Pertapa di belakang mereka. Pengikut yang masing-masing mempunyai asas Pertapaan setanding dengan Orang Lama Ouyang. Dua puluh orang ini antara yang paling kuat di seluruh Negeri Zhao. Kini mereka berada di Sekta Reliance, meluru ke arah Sekta seperti awan yang gelap.

"Sekta Reliance!" Satu suara dilaungkan, kedengaran seperti guruh. Bangunan-bangunan yang membentuk Sekta Luaran kelihatan seolah-olah akan runtuh pada bila-bila masa. Sejumlah besar pengikut Sekta Luaran memuntahkan darah, ketakutan kelihatan di wajah mereka.

"Sekta Angin Dingin sangat kuat," kata He Luohua dengan dengusan. Suaranya terdengar seperti bunyi kilat ketika dia berdiri di puncak gunung, menenggelamkan suara tadi. Dia mengangkat tangan kanannya, dan bunyi bising kedengaran ketika angin yang tidak dapat dilihat, muncul. Angin itu ditembak ke arah orang yang baru saja bercakap, mengelilinginya, tiba-tiba menjadi hitam dan berubah menjadi bentuk mulut besar yang kelihatan akan menelan lelaki dari Sekta Angin Dingin yang kuasanya berada di peringkat Pembentukan Teras Wajah lelaki itu berubah, dan dia berundur dengan cepat tanpa teragak-agak.

"Cukup, cukup," kata salah seorang pakar Pembentukan Teras yang hebat. Dia memandang He Luohua. Suaranya perlahan tetapi dipenuhi kekuatan yang menekan. Dia mengenakan jubah panjang berwarna ungu yang disulami gambar seruling. Sambil mengerutkan kening, dia mengangkat tangannya, dan angin hitam tak berbentuk itu lenyap. "Sahabat Taois He, tanda di langit itu datang dari Sekta Reliance. Tolong serahkan pada kami."

Kesunyian memenuhi Sekta Luaran, ketika semua pengikut merasakan bayangan kematian akan menimpa mereka. Di dalam dewan tokong utama, Meng Hao, Chen Fan dan Xu Qing duduk dengan senyap. Mereka tahu ada setiap orang yang datang itu mempunyai asas Pertapaan yang sangat menakutkan sehingga mampu memusnahkan mereka semua dengan satu pergerakan tangan.

Hati Meng Hao bergemuruh saat dia melihat mereka. Ini pertama kali dia melihat orang-orang yang begitu kuat. Fikirannya tiba-tiba dipenuhi keinginan untuk meningkatkan kekuatannya.

He Luohua berdiri di puncak Gunung Timur, memandang sekelompok orang itu. Setelah seketika, dia mengeluh.

"Apa yang kamu mahu saya serahkan? Saya tidak tahu dari mana tanda itu datang."

"Menyerah tanpa berlawan," kata lelaki yang berjubah ungu itu dengan marah. "Hilangkan Mantera Pelindung Agung Sekta Reliance. Biarkan kami mencari dengan bebas. Inilah yang kami maksudkan bila mahu kamu menyerahkannya. Jika tidak, walaupun kita sama-sama merupakan Pertapa di Negeri Zhao, kami akan menghancurkan mantera besar kamu ini dan kemudian memusnahkan Sekta Reliance."

"Menghapuskan Sekta Reliance..." He Luohua tiba-tiba tertawa kuat. Bunyi ketawanya bergema sepanjang Sekta Reliance. Sambil dia ketawa, dia melihat Orang Lama Ouyang berdiri di sebelahnya, kelihatan seperti sudah bersedia untuk bertempur bermati-matian. Dia juga menyaksikan ketiga-tiga pengikut Sekta Dalaman duduk dengan serius di dewan tokong utama. Kemudian dia melirik pada para pengikut Sekta Luaran, yang berlumuran darah. Dia tahu mereka tidak ada harapan harapan, tidak berdaya.

Bagaimana dia boleh melawan kembali? Bagaimana dia hendak memastikan pengikut Sekta Luaran terus hidup? Bagaimana dia boleh mengelakkan bencana ini...

"Selagi saya menjadi Pemimpin Sekta bagi Sekta Reliance, saya tidak akan membenarkan orang luar membuli dan memalukan kami. Tetapi saya tidak ada cara untuk melindungi semua orang..." Dia ketawa dalam kesedihan, tetapi juga mempunyai secebis harapan.

"Sekalipun kamu tidak memusnahkan Sekta Reliance, saya bimbang tidak boleh terus bertahan lama. Oleh itu mulai hari ini, Sekta Reliance dibubarkan. Saya tidak lagi memerlukan gunung-gunung yang remeh ini!" Dia mengibas lengan bajunya dan terbang ke udara. Orang Lama Ouyang mengikutinya sambil kelihatan terkejut. Mereka terapung di udara, melihat ke arah Sekta Reliance yang telah menjadi tempat tinggal mereka selama beribu-ribu tahun. Riak wajah mereka dipenuhi kesedihan.

"Para pengikut dengar arahan saya. Sekta Reliance dengan ini akan dibubarkan! Selepas ini, kamu bukan lagi pengikut Sekta Reliance. Dunia ini tidak ada lagi Sekta Reliance!" Urat darah muncul di matanya. Kira-kira dua puluh orang pakar dari Negeri Zhao itu mula ketawa dengan dingin sambil mendengar ucapan yang mengejutkan daripada He Luohua.

"Kamu puas hati?" tanyanya. "Mana-mana Khazanah atau tanda apa pun di sini tidak ada kaitan dengan saya. Juga tidak ada kaitan dengan pengikut tanpa Sekta di bawah saya ini. Jika kamu berani menyakiti sesiapa sekalipun, saya akan meledakkan Mantera Pelindung Agung ini, dan kemudian kita semua akan binasa bersama." Suaranya tegas, dan kepahitan dalam ucapannya menyebabkan hati para pakar Negara Zhao itu sedikit gementar.

"Sahabat Taois He, oleh kerana kamu telah membuat keputusan ini, tentu saja kami tidak akan membuat perkara yang menyusahkan kamu," kata seorang wanita tua dari kalangan enam pakar yang paling berkuasa itu. "Sekta Reliance sudah dibubarkan. Jika kamu tidak masuk campur, maka kami tidak akan menimbulkan sebarang masalah bagi mana-mana pengikut. Kamu boleh berehat dengan selesa." Pandangannya seperti kilat. Ketika dia melihat Sekta Reliance, dia dapat mengagak yang objek dari mana tanda itu berasl berada di sini, tetapi tidak dipegang oleh mana-mana orang di situ.

Meng Hao memandang ke arah langit, dan ketika kata-kata He Luohua kedengaran di telinganya, dia teringat tentang undang-undang rimba. Walau betapa kuatnya Pemimpin Sekta, dia masih terpaksa membubarkan Sekta.

Chen Fan tidak berkata apa-apa, tetapi terhuyung-huyung dengan keadaan kaki yang kurang stabil. Xu Qing menundukkan kepalanya.

"Mendengarkan kata-kata Sahabat Taois dari Tianlao, saya merasa tenang." He Luohua mengibas lengan bajunya, dan Mantera Pelindung Besar itu hilang. Selepas itu, dia berlalu pergi sambil diikuti oleh Orang Lama Ouyang.

Sebahagian daripada kumpulan orang yang sedang terapung di langit itu memerhatikan He Luohua dengan mata bergemerlapan. Jelas mereka tidak mahu membenarkannya pergi. Tetapi perhatian mereka lebih tertumpu pada penggeledahan Sekta Reliance.

Di dalam dewan tokong utama, wajah Fan Chen pucat. Dia mengambil beberapa langkah ke belakang, sehingga dia bersandar pada patung Bapa Reliance.

Tepat pada saat itu, satu bunyi ledakan memenuhi langit dan banyak petir menghampiri kawasan itu. Kedengaran bunyi ketawa yang dingin, mengejutkan semua Pertapa. Malah wajah pakar-pakar dari Negeri Zhao kelihatan terganggu.

"Tiada sesiapa yang dibenarkan pergi," laung suara itu. Satu perisai besar tiba-tiba menyelubungi seluruh Sekta Reliance. Perisai itu meliputi segalanya dalam jarak yang tak terhitung jumlahnya dari semua arah. Tiada siapa yang boleh pergi, walaupun mereka mahu buat begitu.

Dia wajah He Luohua berubah. Dia memandang ke langit dan terlihat satu kompas Feng Shui yang besar, kira-kira tiga ratus meter diameternya. Di atasnya berdiri seorang wanita cantik yang memakai jubah hijau yang mewah dan gelap. Rambutnya diikat dengan penyepit rambut berbentuk burung phoenix. Berpuluh-puluh Petapa mengelilingnya, kebanyakannya perempuan, dan semuanya sangat cantik. Riak wajah mereka sangat sombong dan dingin ketika mereka memandang ke bawah.

"Betul, tiada siapa yang dibenarkan keluar." Tiba-tiba, udara sepertinya terbelah, dan seorang lelaki berbadan besar dan memakai perisai, muncul sambil ketawa. Dia membawa pedang emas besar yang diletakkan di atas bahunya, dan diikuti oleh berpuluhan orang, semuanya berbadan besar dan tinggi. Riak wajah mereka dipenuhi niat membunuh.

"Zhao Shanling dari Sekta Ais Keemasan, Pelindung Tao," kata wanita cantik pertengahan usia yang berdiri di tengah-tengah kompas Feng Shui itu suaranya dingin. "Kamu memang mempunyai hidung yang sensitif." Suaranya bergetar, mengisi ruang udara.

"Jika para wanita Sekta Penapis Hitam boleh datang," jawab Zhao Shanjun sambil ketawa, "maka kenapa tidak orang-orang daripada Sekta Ais Keemasan?"

Pada masa itu, satu keluhan kedengaran daripada bahagian luar perisai yang besar itu. Cahaya sejuk jatuh dari langit, dan ketika semakin hampir, cahaya itu menembus perisai yang bersinar itu. Melalui bahagian yang rosak itu, satu pedang terbang yang hampir tiga ratus meter panjangnya ditembak masuk.

Pedang yang tampak primitif dan berwarna biru itu terbang masuk, dikelilingi pusaran yang dingin dan menyebabkan emping salji mula turun di semua kawasan sekitar Sekta Reliance. Seorang lelaki pertengahan usia berdiri di atas pedang itu.

Lelaki itu mengenakan jubah sarjana yang panjang, dan tangannya diletakkan di belakangnya. Dia satu-satunya orang yang berada di atas pedang besar itu, tetapi dia memancarkan aura seseorang yang boleh melangkah di antara langit tanpa dihalang oleh sesiapa sekalipun.

"Sekta Pedang Sendirian!" kata He Luohua, wajahnya berubah. Dia tahu identiti sarjana yang datang dari Sekta Pedang Sendirian ini. Sekta nombor satu di Wilayah Selatan. Sekta mereka ada satu pepatah, 'hanya satu pedang sahaja yang perlu keluar dari Sekta, dan seluruh Syurga akan tergoncang.'

avataravatar
Next chapter