75 Satu Laluan Kuno Muncul Lagi!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Wajah Meng Hao suram. Dia melihat dua pedang kayu yang melayang tiga inci daripada Shangguan Xiu. Tiga inci itu seperti jurang besar yang Meng Hao tidak mampu atasi dengan asas Pertapaannya pada saat ini.

Bagi Shangguan Xiu pula, pada saat ini, dia tidak boleh dianggap sebagai Pertapa Pemekatan Qi. Meskipun dia masih agak jauh daripada Pengukuhan Asas, asas Tao telah terbentuk di dalam Teras Tasiknya. Pada saat ini, walaupun Meng Hao berada di tahap kesembilan Pemekatan Qi, dia lebih lemah berbanding Shangguan Xiu sehingga dia tidak akan mampu menahan walau satu pukulan pun.

Jurang di antara tahap Pengukuhan Asas dan tahap Pemekatan Qi seperti di antara langit dan bumi dan merupakan sesuatu yang tidak akan pernah berubah. Dengan pengecualian daripada beberapa kejadian tak terduga yang bertentangan dengan kehendak Syurga, sangat mustahil bagi seseorang dari tahap Pemekatan Qi untuk membunuh seseorang dari tahap Pengukuhan Asas.

Pertarungan di antara keduanya ialah seperti pertarungan antara bayi dan lelaki yang kuat. Walaupun lelaki yang kuat itu berjaya dilemahkan, dia masih mampu membunuh bayi itu dengan satu gerakan tangan.

Hari ini, Meng Hao ada lebih kurang satu jam sebelum Pertapa di tahap Pengukuhan Asas muncul di depannya. Peluangnya sangat tipis, tetapi pada saat itu, dia tidak akan memiliki peluang sama sekali.

Waktu berlalu dan bayangan kematian semakin dekat. Bahkan jika dia melarikan diri dalam waktu yang sangat singkat, tidak ada masalah ke mana dia pergi. Bahkan, jika dia pergi ke sudut terpencil di Laut Bima Sakti sekalipun, dia masih tidak dapat menghindari kematian.

'Apa yang harus aku lakukan….' Mata Meng Hao memerah. Bukan hanya dia seorang yang berasa gugup. Turun di bahagian bawah gunung, wajah Harimau Kecil semakin pucat. Melihat apa yang baru berlaku, dia menggertakkan gigi.

"Meng Hao!" dia berteriak. Jarinya berkedip-kedip dengan mantera dan kemudian dia menekan dadanya. Dia meludahkan sejumlah besar darah yang terbang di depannya dan kemudian terbentuk menjadi beberapa awan berwarna merah. "Mutiara ini hidupku, izinkan aku menghulurkan bantuan."

Bila kata-kata itu keluar dari mulutnya, dia terus jatuh pengsan. Mutiara itu menghisap awan darah Harimau Kecil ke dalamnya dan mula bersinar dengan cahaya merah. Mutiara itu beredar beberapa kali lagi di sekitar Glob Darah, tetapi kemudian bergerak secara tiba-tiba ke arah Meng Hao. Ketika sampai padanya, cahaya itu semakin menyerlah dan meliputi Meng Hao.

Pada saat itu, sensasi aneh memenuhi hati Meng Hao. Dia merasakan seolah-olah asas Pertapaannya tiba-tiba meningkat lebih tinggi!

Teras laut keemasannya mulai mengaum sambil mengembang. Dalam sekelip mata, ukurannya menjadi dua kali ganda. Ketidak terbatasannya meningkat sedemikian rupa sehingga dirasakan seperti akan meletup keluar daripada tubuhnya.

Tubuh Meng Hao tiba-tiba bersinar dengan cahaya keemasan dan membuatnya kelihatan sangat luar biasa.

Teras Syaitan dalam dirinya tidak bergelora, tetapi mula berputar dengan cepat. Apabila itu terjadi, kekuatan rohani yang kuat memenuhi tubuh Meng Hao dan menyebabkan fikirannya dipenuhi dengan raungan gemuruh dan... seutas benang Qi!

Qi itu lemah, sama seperti apa yang dia rasakan ketika dia mencapai tahap pertama Pemekatan Qi.

Meng Hao tidak tahu untaian Qi di dalam fikirannya ini sebenarnya sesuatu yang hanya dimiliki oleh Petapa Pengukuhan Asas; Deria Kerohanian!

Bahkan, Shangguan Xiu tidak mampu memajukanya kerana dia belum sepenuhnya masuk ke tahap Pengukuhan Asas.

Namun, Meng Hao juga belum melepasi tahap Pengukuhan Asas. Sebaliknya, dia telah mencapai tahap kesepuluh Pemekatan Qi! Bunyi meletup-letip kedengaran dalam tubuhnya. Sejumlah besar kotoran ditolak keluar melalui pori-porinya sambil dia mengalami sejenis pembaptisan ke tahap Pemekatan Qi yang lebih tinggi berbanding orang lain di dunia ini.

Tahap kesepuluh Pemekatan Qi!

Kepala Meng Hao berputar. Dalam sekelip mata, tubuhnya menjadi lebih gagah dan lebih kuat. Dia bukan sekadar memajukan Deria Kerohanian, tetapi tubuhnya telah menjadi lebih kuat dengan begitu menakjubkan .

Di dunia Pertapaan, tahap kesepuluh Pemekatan Qi ialah sesuatu yang jarang dilihat. Hakikatnya, selama bertahun-tahun, ramai pengikut yang paling handal daripada generasi tertentu telah melakukan kajian tentang tahap Pemekatan Qi... untuk menentukan apakah tahap kesepuluh, tahap kesebelas, dan tahap kedua belas benar-benar wujud.

Secara teori, itu mungkin boleh jadi; tahap-tahap ini ada disebutkan dalam beberapa fragmen teks kuno. Dikatakan pada zaman kuno terdahulu, ada tiga belas tahap Pemekatan Qi! Menurut legenda, bahkan pada zaman kuno, jarang ada seseorang yang mencapai tahap kesepuluh apatah lagi tahap kesebelas. Sesiapa yang berjaya mencapai tahap itu pasti akan mampu menggoncang dunia.

Dalam dunia Pemekatan moden, tahap kesepuluh Pemekatan Qi ialah sebuah legenda.

Selama bertahun-tahun, generasi ke generasi Pertapa telah meneliti dan akhirnya mencapai satu kesepakatan. Pada zaman kuno, ada tiga belas tahap Pemekatan Qi. Tapi, tahap kesembilan telah ditetapkan sebagai tahap tertinggi. Tahap kesepuluh dan seterusnya telah dihapuskan sesuai dengan kehendak Syurga. Sejak saat itu, hanya ada sembilan tahap!

Ada pendapat lain yang ditolak oleh sebahagian besar orang ramai sebagai tidak masuk akal, di mana kehendak kuno dari Syurga sudah mati dan kehendak baru dari Syurga telah muncul. Kehendak baru Syurga hanya menyetujui sembilan tahap Pemekatan Qi dan oleh itu tiada lagi tahap kesepuluh dan seterusnya. Ini kerana pencapaian laluan ke tahap kesepuluh memungkinkan seseorang untuk bertarung melawan Syurga. Ini dilarang sama sekali.

Jika seorang Pertapa dapat mengumpulkan tenaga rohani yang cukup dari langit dan bumi, maka mereka sekali lagi dapat mencipta laluan untuk mencapai tahap kesepuluh dari Pemekatan Qi zaman kuno!

Jalan itu ialah titik fokus. Sayangnya, jalan itu telah rosak semenjak zaman kuno lagi dan meskipun masih ada, kerosakan yang berlaku sangat mustahil untuk dipulihkan.

Tapi pada hari ini, ia muncul di tubuh Meng Hao dan tidak hanya terlihat olehnya, tetapi juga oleh Shangguan Xiu yang tercengang. Bagaimana dia mampu percaya di sana di depannya, Meng Hao... telah benar-benar mencapai ke legenda tahap kesepuluh Pemekatan Qi?

"Tidak mungkin... tahap kesepuluh Pemekatan Qi hanya satu legenda." Wajah Shangguan Xiu dipenuhi dengan rasa tidak percaya. "Menurut cerita, tahap kesepuluh Pemekatan Qi ialah tahap penguatan tubuh... Itu ada dalam teori dan bahkan pada zaman kuno, perkara ini jarang dapat dicapai.... Mustahil!"

Seandainya Harimau Kecil itu sedar, dia juga akan terkejut. Meskipun mutiara itu miliknya dan terdiri daripada kekuatan hidupnya, itu tidak pernah memberi kesan yang mengejutkan pada dirinya. Apa pun tahapnya, itu memungkinkannya untuk menggunakan tahap kekuatan yang setara dengan setengah tahap berikutnya. Sebagai contoh, sekarang dia berada di tahap kelima Pemekatan Qi, tetapi dari aspek kekuatan, dia sudah setengah jalan untuk mencapai tahap keenam.

Rambut Meng Hao meliar terbang dan matanya bersinar terang. Dia menarik nafas panjang dan merasakan kekuatan besar yang melonjak dalam dirinya. Dia merasakan benang Qi di dalam fikirannya, serta kekuatan yang berdesir melalui otot dan darahnya. Dia tahu sampai sekarang, dia tidak lemah langsumg.

Namun, ini ada kesan sampingannya. Sebaik sahaja dia mencapai tahap kesepuluh Pemekatan Qi, Syurga sepertinya memutuskan segala hubungan dengannya. Dia tidak mampu merasakan kekuatan langit dan bumi, seolah-olah dia telah benar-benar terputus. Dia merasakan seperti perasaan menghisap yang meliar di dalam dirinya, seolah-olah dia ialah bayi yang baru lahir yang memerlukan nutrisi... tetapi ditolak.

Pada saat ini, tubuhnya masih kelihatan seperti seorang sarjana yang lemah, tetapi kenyataannya, dagingnya dipenuhi dengan kekuatan yang cukup sehingga dia merasa seolah-olah dia dapat memisahkan tembok kota menjadi dua.

Namun sekarang, tidak ada waktu untuk mempertimbangkan semua ini. Matanya berkedip ketika dia melihat Shangguan Xiu dan rasa tidak percaya terpampar di wajah lelaki itu. Meng Hao menarik nafas panjang dan kemudian mengangkat tangan kanannya, mengarahkan jarinya ke arah pedang kayu.

Serangan jari ini memiliki semua kekuatan tahap kesepuluh Pemekatan Qi Meng Hao, semua Penglihatan Rohaninya dan semua kekuatan tubuhnya.

Ini ialah serangan paling kuat Meng Hao. Sebenarnya, ini mungkin serangan yang paling kuat daripada mana-mana Pertapa Pemekatan Qi di Negeri Zhao.

Ledakan kedengaran ketika dia mengetuk pedang kayu. Ia meledak dengan kekuatan pedang, menembusi jurang tiga inci dan menusuk sedalamnya ke dada Shangguan Xiu. Ledakan kedengaran ketika pedang kayu menikam sepenuhnya melalui dadanya dan muncul dari sisi lain dengan limpahan darah.

Tubuh Shangguan Xiu bergetar, namun dia tidak mampu bergerak. Matanya dipenuhi ketakutan saat dia merasakan tenaga rohani yang besar mengalir keluar daripada luka yang dialaminya. Dalam sekelip mata, pancutan tenaga telah mencapai Pengukuhan Asas ini. Sekarang masa Shangguan Xiu untuk mencapai tahap Pengukuhan Asas akan menjadi jauh lebih lama.

Pada saat, Meng Hao mengangkat tanganya lagi dan mengetuk satu lagi pedang kayu. Pedang kayu itu berdengung saat ia bergerak laju menuju ke arah leher Shangguan Xiu.

"Meng Hao, kamu tidak akan berani membunuh aku...." Shangguan Xiu benar-benar panik sekarang. Kesombongan dan niat membunuh sebelum ini telah lenyap dan digantikan dengan perasaan terdesak untuk menghindari kematian.

Meng Hao tidak berkata apa-apa. Matanya bersinar gelap saat pedang yang baru saja dia ketuk melewati celah tiga inci dan menusuk leher Shangguan Xiu. Pada saat pedang itu menembusi lehernya, Shangguan Xiu tiba-tiba memalingkan kepalanya ke sisi dengan cara yang sangat mustahil. Pedang kayu itu menyebabkan satu luka besar yang meledak dengan darah, namun itu tidak membunuh Shangguan Xiu.

Rasa takut menyelubungi Shangguan Xiu. Dia mampu merasakan kekuatan hidupnya mulai memudar dan kekuatan rohaninya menghilang. Ketika tenaga rohaninya mengalir keluar daripada tubuhnya, tubuhnya mulai menjadi sedikit responsif.

"Meng Hao, tidak ada kebencian di antara kita yang tidak boleh diselesaikan. Jika kamu membiarkan aku pergi, aku akan beri kamu sebuah Kitab Suci Rohani...." Shangguan Xiu merasa sangat takut. Bahkan sebelum dia selesai berbicara, kedua pedang kayu itu berputar ke belakang dan menusuk kembali melalui dadanya. Limpahan darah ada di mana-mana. Jeritan Shangguan Xiu sangat dahsyat yang dipenuhi dengan kelemahan dan putus asa.

Meng Hao tidak peduli sedikit pun ketika dia menyebutkan Kitab Suci Rohani. Dia tekad dan tidak peduli apa yang diperkatakan Shangguan Xiu. Dia tidak akan berhenti sampai Shangguan Xiu benar-benar mati.

Ini ialah Meng Hao. Begitu dia membuat keputusan, dia tidak akan berubah fikiran dengan mudah.

avataravatar
Next chapter