80 Rancangan Licik Meng Hao

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Rakan Pertapaku, usah naik darah," Kalam Dewa berkata sambil tersenyum. "Sekadar permasalahan kecil dalam kalangan generasi anak-anak muda, apa kata kita saksikannya sahaja?"

Sambil mereka berdua berbalas kata, Liu Daoyun merintih sekali lagi. Meng Hao melangkah ke hadapan dan dengan sekali cantas menggunakan pedangnya, lengan kiri Liu Daoyin telah terputus dan melayang dari tubuhnya. Darah tersembur ke merata tempat dan lebih banyak pedang terbang melayang keluar dari beg sakti Meng Hao. Sebilah demi sebilah menikam pihak lawannya. Darah terpercik ke sana sini. Dalam sekelip mata, tubuh Liu Daoyun telah ditembusi dengan satu dozen pedang.

Meng Hao merapatkan diri pada Liu Daoyun dan berbisik, "Hidup dan mati kau berada di tangan aku."

Mata Liu Daoyun dipenuhi dengan perasaan hiba. Darah telah meleleh keluar dari mulutnya.

Empat orang Pertapa Pengukuhan Asas itu telah menyaksikan kejadian itu dengan sangat terkejut. Terutama sekali sewaktu melihat riak wajah ganas Meng Hao.

"Cukup!" Salah seorang daripada pengikut aneh Pembentukan Teras daripada Sekta Badai Salju menghentikannya dengan wajah yang hodoh. Dia memutar-mutarkan jarinya dan tenaga rohani di kawasan itu kelihatan seperti membentuk satu gerakan dan meluru ke arah Meng Hao dengan tiba-tiba. Ia telah meliputi seluruh badan Meng Hao dan membiarkan tenaga rohaninya, tetapi menarik dia jauh dari Liu Daoyun.

Sewaktu Meng Hao ditarik pergi dari dirinya, mata Liu Daoyun bersinar dengan harapan walaupun dia sedang cedera parah.

"Letuplah!" Meng Hao bersuara tenang dengan niat membunuhnya bersinar di matanya.

Pada waktu yang sama ketika kata-kata itu keluar dari mulutnya, puluhan pedang terbang yang tertusuk di tubuh Lin Daoyin meletup dengan tiba-tiba. Satu jeritan yang mengerikan bergema ke seluruh arah. Tubuh Liu Daoyin telah dikoyak-koyakkan menjadi kepingan sehingga kepalanya juga berkecai dan serpihan daging tercampak ke merata-rata tempat.

Anak mata empat orang pengikut Pengukuhan Asas menjadi kecil. Mereka menatap kengerian itu dan kemudian pada Meng Hao yang wajahnya tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Mereka tidak akan lupa saat ini untuk sepanjang hidup mereka.

Terutama sekali kepantasan serangan Meng Hao dan kekerasan dalam suaranya. Ia mendedahkan cara pemikirannya yang bukan biasa-biasa. Dia berjaya membuat semua orang yang bukan pengikut Sekta Badai Salju menjadi pembantunya. Kejadian yang mengerikan itu telah mendedahkan betapa degilnya dia.

Orang lain mungkin akan terfikir rancangan sebegini, tetapi hanya beberapa orang sahaja yang mempunyai keberanian untuk melaksanakannya. Pada hari ini, mereka telah menyaksikan pembunuhan pertama Meng Hao yang sebenar!

"Dia sudah mati, awak boleh lepaskan saya sekarang," Meng Hao bersuara acuh tidak acuh.

Para pengikut Aneh Pembentukan Teras terapung di udara sambil merenung tajam pada Meng Hao. Keazaman Meng Hao untuk membunuh telah memberi kesan mendalam di hati mereka.

Malah, Kalam Dewa juga menatap wajah Meng Hao. Semua perkara yang baru berlaku tadi telah memberi dia petunjuk yang Meng Hao mampu menjadi kejam sebegitu.

Wajah Bapa Pembentukan Teras daripada Sekta Badai Salju yang sedang mengikat Meng Hao kelihatan muram. Meng Hao telah membunuh Liu Daoyun betul-betul di hadapannya, walaupun setelah dia masuk campur. Maruahnya tercalar kerana perkara ini. Dengan hanya berfikir sahaja, dia boleh menghancurkan Meng Hao menjadi kepingan sama seperti keadaan mayat Liu Daoyun. Tetapi dia tiada pilihan lain kerana mempertimbangkan riak wajah para Pertapa di sekitarnya.

Dia mendengus dan melibas lengan jubahnya. Ikatan lutsinar di sekeliling Meng Hao lenyap. Tetapi dia masih lagi menyerang Meng Hao dengan satu serangan lutsinar yang menyebabkan Meng Hao memuntahkan darah. Meng Hao melihat wajahnya dengan muka yang pucat, tetapi matanya bersinar dengan kebencian.

"Liu Daoyin berterusan mengejek saya dan bersumpah untuk membunuh saya," Meng Hao bersuara sambil melihat pada orang yang mencederakan dia tadi. "Saya daripada generasi muda tiada pilihan lain selain menyerang dahulu. Saya memohon pada ahli generasi lama untuk menunjukkan contoh dengan tidak memihak pada sesiapa. Pada saat ini, saya khuatir yang Sekta Badai Salju tidak mahu memberikan pil penawar mereka. Bolehkah tuan menghasilkan pil itu supaya saya dari generasi muda ini boleh bertenang sewaktu membuka gua dewa Bapa Reliance?"

Mata keempat-empat Pertapa Pengukuhan Asas bersinar sewaktu mereka tiba-tiba sahaja seperti telah memahami betapa kejam dan kejinya Meng Hao.

Para pengikut Aneh Pembentukan Teras sudah lama berada di sini dan mata mereka berkedip sewaktu mendengar kata-kata Meng Hao. Mereka terus memahami apa yang dia fikirkan dan mereka berkerut ketika melihat ke arah dua orang pakar Pembentukan Teras Sekta Badai Salju.

Wajah mereka dingin seperti ais.

"Dengan hati yang licik seperti kamu, kamu akan dapati agak sukar untuk masih kekal di dalam Negeri Zhao," Kalam Dewa bersuara. "Saya memerlukan seorang hamba, Meng Hao. Kamu patut mempertimbangkannya." Matanya bercahaya ketika melihat pada Meng Hao. Senyumannya kelihatan mengerikan dan penuh misteri seperti hiasan pada jubah panjangnya iaitu sebiji mata tunggal di tengah-tengah empat segi mistik.

Orang tua berwajah merah daripada Sekta Badai Salju berdeham. Tiga buah Sekta Hebat itu biasanya tidak bermuafakat dan pada saat itu, dia sedar yang para Pertapa di sekeliling sedang melihat pada dirinya dengan mata yang bercahaya. Dia tidak mahu merumitkan lagi keadaan, tetapi di hatinya, dia akan pastikan Meng Hao bertemu ajalnya. Dia melambaikan tangan kanannya dan sebiji pil ubat berwarna putih muncul dan dilancarkan kepada Meng Hao.

Ia mengeluarkan bauan wangi dan daripada pembelajarannya pada manuskrip kuno, dengan sekali bau sahaja dia boleh tahu yang ini penawar untuk Pil Mayat Kejung.

Dia mengambilnya dan tidak menelan pil tersebut, tetapi menyimpannya ke dalam beg sakti. Kemudian dia menghela nafas panjang dan menuju ke puncak Gunung Timur.

Manakala pakar daripada tiga buah Sekta Hebat itu pula memerhatikannya dengan berhati-hati dan bersedia untuk membuka langkah dengan serta-merta jika dia cuba melakukan sesuatu yang luar biasa. Kalam Dewa terapung di sebelah mereka dengan matanya bersinar menatap Gunung Timur itu.

Meng Hao tidak melayang terus ke puncak. Semua Si Aneh itu perlu bersabar. Meng Hao mendaki melalui laluan ke Gunung Timur dan melepasi Gua Dewa Wang Tengfei. Dia juga dapat melihat gua Abang Chen dan Kakak Xu. Kenangan masa lalu mula terimbas di mindanya dan dia mengeluh.

Akhirnya, dia berhenti di hadapan Gua Dewa miliknya. Dia melihatnya dengan diam dan kemudian meneruskan pendakian sehingga tiba di puncak Gunung Timur serta Dewan Kuil Utama Sekta Reliance.

Cahaya matahari terbenam yang menyinari ke dalam dewan itu menjadikannya kelihatan sangat gah. Meng Hao melangkah panjang di dalamnya. Sambil berlalu, dia memandang pada patung di dalamnya dan terhenti pada patung Bapa Reliance.

Pada hari Bapa Reliance mengejutkan para Pertapa daripada Sekta lain, dia telah memberitahu Meng Hao rahsia kaedah untuk membuka jalan ke Gua Dewanya. Kini, lebih setahun kemudian, Meng Hao akhirnya kembali.

Tahun yang ditetapkan telah berlalu sebenarnya. Sewaktu Meng Hao menghampiri patung Bapa Reliance, pakar Negeri Zhao memerhatikannya dari belakang.

Dia menarik nafas dalam. Kemudian, dia mengangkat tangan kanannya dan menekan jarinya pada satu tempat di patung itu. Setiap beberapa saat, dia akan menekan jarinya di tempat yang sama. Dia telah menekannya berulang-kali sehingga sebanyak seratus tujuh puluh sembilan kali. Tiba-tiba, dewan kuil itu mula bergegar dan patung itu bergetar dengan ganas dan kemudiannya berkecai sehingga menyebabkan seluruh dewan itu runtuh menjadi kepingan. Kemudian, cahaya yang sangat terang bersinar dari dalam patung Bapa Reliance itu dan menyapu pergi kesemua serpihan serta runtuhan sehingga hanya tinggal patung itu sendiri sahaja.

Di bawah patung itu terdapat sebuah pelantar batu. Sewaktu para Pertapa di sekitar dapat melihatnya, mata mereka bersinar dengan perasaan tidak sabar.

Patung itu memancarkan kuasa yang begitu kuat, matanya bercahaya seolah-olah ia manusia hidup. Ia tambah mengujakan para Pertapa itu tetapi tiada seorang pun yang berani mendekatinya.

Meng Hao melangkah beberapa tapak ke belakang, kemudian merapatkan kedua-dua tangannya lalu menunduk. "Pengikut Meng Hao terpaksa menganggu tidur Bapa. Bapa, sudikah Bapa membuka pintu ke dalam Gua Dewamu?" Kemudian Meng Hao mengangkat kepalanya dengan mata bersinar-sinar. Dia membelakangkan pakar Negeri Zhao dan mulutnya terkumat-kamit mengeluarkan bunyi yang tidak seperti bunyi manusia.

"Berkumpul!"

Sebaik sahaja perkataan itu keluar dari mulutnya, patung itu mula bergetar dan cahaya dari matanya bersinar dengan lebih terang. Cahaya itu semakin terang dan angin mula bertiup kencang. Perasaan kagum dapat dilihat pada riak wajah pakar Negeri Zhao.

Permukaan patung itu mula retak dan rekahannya semakin banyak. Dalam beberapa ketika kemudian, ia meletup dengan kuat dan serpihannya tercampak ke semua arah. Kini, pelantar batu yang menjadi tapak patung itu mula memencarkan cahaya terang.

Cahaya terang membutakan mata yang dihasilkan oleh jampi berterusan itu telah menyebabkan pakar Negeri Zhao sesak nafas. Sesiapa yang biasa dengan jampi seperti ini boleh tahu yang ini jampi pengunci yang sedang dibatalkan.

Satu ngauman bergemuruh bergema dan pancaran cahaya yang luas dipancarkan ke langit. Kemudian pancaran itu mula melengkung sehingga ia membentuk sebuah lingkaran gergasi.

Keadaan di dalam lingkaran itu menjadi kabur dan kemudiannya telah bertukar menjadi sebuah pusaran iaitu sebuah terowong ke suatu tempat.

Sebaik sahaja cincin cahaya itu terbentuk, Meng Hao meloncat ke udara dan meluru ke hadapan serta hilang ditelan ke dalam lingkaran itu. Di belakangnya, pakar Negeri Zhao teragak-agak dengan wajah yang berkerut.

"Pengikut Pengukuhan Asas, kamu pergi dahulu," Kalam Dewa memberi arahan. Enam Pertapa Pembentukan Teras mengangguk setuju dan belasan Pertapa Pembentukan asas telah mengetap gigi mereka dan meluncur ke hadapan. Mereka telah lenyap ke dalam pusaran itu.

Setelah beberapa ketika, dalam sepuluh pernafasan, Kalam Dewa dan Si Pembentukan Teras aneh saling berpandangan. Kemudian, seorang pengikut daripada setiap tiga buah Sekta hebat pula masuk. Setelah mereka masuk, Si Aneh lain yang tinggal bersama-sama Kalam Dewa juga ikut masuk.

Sewaktu memasuki pusaran itu, minda mereka berpusing dan mereka muka sukar untuk bernafas. Benda pertama yang mereka nampak ketika melihat keadaan sekeliling ialah sebuah batu bersurat gergasi. Terdapat aksara emas yang terukir pada batu bersurat itu. Aksara yang berada di atas sekali telah membuatkan mata mereka bersinar serta-merta.

"Kitab Suci Rohani!"

avataravatar
Next chapter