86 Pelita Syaitan yang Memisahkan Langit dan Bumi!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Tembusi penghadang?" Mata Meng Hao bersinar ketika dia memandang sepintas lalu ke arah tujuh pelita di atas tanah. Dia menatap pelita tersebut sejenak, lalu bergerak ke arahnya.

Dia tidak menghiraukan teriakan Bapa Reliance. Setelah merampas semua khazanah sebelum ini, sekarang dia yakin Bapa Reliance tidak akan keluar.

"Apa yang kau nak buat!?" Di kamar bawah tanahnya, kemarahan Bapa Reliance menjadi semakin dahsyat. Namun, melihat raut wajah Meng Hao, rasa takut bersemi di dalam hatinya. Dia mula menyesal melepaskan Meng Hao pergi. Pandangan matanya kini bahkan lebih kuat daripada pandangan matanya ketika Meng Hao mula mencuri hartanya.

Meng Hao mengabaikan Bapa Reliance kerana sekarang dia tahu Bapa Reliance tidak boleh diharap langsung. Meng Hao menatap ke arah tujuh pelita itu. Dia berjalan perlahan di sekitarnya sambil berfikir.

Setiap langkah yang diambilnya bagaikan mendarat terus ke hati Bapa Reliance.

"Tak apa," kata Bapa Reliance dalam percubaan untuk menggembirakan dirinya sendiri. "Budak tak guna ini hanya pada tahap kesembilan Pemekatan Qi. Dia tidak mampu mengambil tenaga rohani daripada pelita syaitan… " Matanya melebar ketika dia melihat Meng Hao yang setelah mengelilingi sekitar pelita selama beberapa kali, kini duduk bersila untuk bertafakur.

Meng Hao duduk sahaja dengan mata yang menyala. Dia tampak ragu-ragu, tetapi tidak lama kemudian, dia menjadi tekad dengan perkara yang cuba dilakukannya.

"Bapa Reliance sudah memperdayakan aku. Setakat merampas beberapa khazanah berharganya tak cukup untuk menenangkan aku. Aku akan rampas tenaga rohani ini juga. Kemudian, barulah aku akan dapat bertenang." Meng Hao menggertakkan giginya ketika dia memikirkan tentang Batu Rohani kelas rendah yang diberikan oleh Bapa Reliance kepadanya. Ditambah pula dengan masalah keracunannya. Bagi Meng Hao, tidak dapat menyingkirkan racun di dalam badannya telah membuatkan dia rasa berputus asa.

"Khazanah berharga tak mampu menyerap tenaga rohani daripada tujuh pelita kerana ia tak hidup... Baik, aku akan menyerapnya sendiri!" Tiba-tiba, dia memejamkan mata dan memutar asas Pertapaannya dan berusaha menghirup tenaga rohani yang keluar dari pelita yang menyala itu.

Namun, apa-apa pun yang dilakukannya untuk menyerap tenaga rohani itu, sebaik sahaja tenaga rohani mengalir keluar dari pelita, ia tersedut ke dalam tanah. Jauh di dalam kamar bawah tanahnya, Bapa Reliance menghela nafas lega.

"Meng Hao, budak tak guna, apa-apa pun yang kau cuba lakukan hanya sia-sia. Kau betul-betul berani nak menyedut kekuatan rohani aku?" Bapa Reliance ketawa dengan terbahak-bahak meskipun agak resah. Ketika telinga Meng Hao mendengar ketawa Bapa Reliance, dia mengerutkan keningnya sebelum menjadi tenang kembali.

"Bapa Reliance tak perlulah gusar," katanya dengan dingin. "Itu cuma mukadimah saja."

Bapa Reliance merenung dengan penuh terkejut.

Mata Meng Hao yang baru sahaja tertutup, bergerak ketika dia mengingati pertempurannya dengan Shangguan Xiu dan mutiara Harimau Kecil yang membolehkannya mencapai tahap kesepuluh Pemekatan Qi.

Inilah kaedah yang ingin dia gunakan. Dia akan kembali ke tahap kesepuluh Pemekatan Qi. Meskipun kuasa luar biasa daripada tahap tahap kesepuluh Pemekatan Qi membuatnya terputus dari langit dan bumi, Meng Hao ingin melihat sama ada tahap ini membolehkannya menyerap kuasa rohani pelita tersebut.

Tahap kesepuluh Pemekatan Qi legenda telah wujud di zaman purba tetapi kini dilarang oleh Syurga dan akan terputus daripada semuanya. Namun Meng Hao... pernah mencapai tahap kesepuluh sebelum ini... dia telah berjalan di laluan yang terasing.

Ketika dia menumpukan fikiran dan nafasnya, tubuhnya perlahan-lahan kelihatan kurus kering. Untaian tipis Deria Rohani di kepalanya kelihatan memenuhi fikirannya. Dia tenggelam dalam keadaan yang aneh dan langka, seolah-olah dia memusatkan seluruh keberadaannya untuk mengingati rasa memasuki tahap kesepuluh Pemekatan Qi.

Masa berlalu. Sehari, dua hari kemudian tiga hari. Bapa Reliance kian berdebar. Dia tidak dapat mengagak perkara yang akan dilakukan oleh Meng Hao, tetapi boleh mengatakan tubuhnya berubah dengan cara yang sangat aneh.

"Apa yang kau stengah buat?" Dia bertanya dengan ragu-ragu, kerana dia dia tidak dapat memahami perbuatan Meng Hao.

Pada malam hari ketiga, satu getaran menggoncang Meng Hao. Matanya terbuntang luas dan tubuhnya mula bergetar hebat. Sekali lagi dia merasakan kuasa memenuhi tubuhnya; kini, dia boleh menggunakan kekuatan yang cukup kuat untuk meruntuhkan gunung. Pada masa yang sama, daya graviti yang kuat sekali lagi muncul di dalam dirinya dan dia terputus daripada langit dan bumi!

Pada masa ini, dia tidak dapat menyerap apa-apa tenaga rohani dari syurga dan bumi. Matanya bersinar semasa dia berdiri perlahan-lahan untuk terus berada dalam keadaan ini. Dia tahu tanpa mutiara Harimau Kecil, dia hanya boleh bertahan selama kira-kira sepuluh nafas, setelah itu dia akan kembali seperti biasa.

Dia menarik nafas dalam dan mengambil langkah ke hadapan. Ketika kakinya mendarat, kuasa rohani yang berasal daripada pelita itu bergetar. Kemudian, satu untaian yang nipis tidak lagi tersedut ke dalam tanah bahkan melayang ke arah Meng Hao dan diserap ke dalam tubuhnya.

Apabila dia melihat kejadian ini, mata Meng Hao bersinar lebih terang. Bagi Bapa Reliance pula, tubuhnya menggigil dan pandangan terkejut muncul di wajahnya.

"Tak guna!" dia merintih. "Ini mustahil!! Itu... tahap kesepuluh Pemekatan Qi! Tak guna. Bukankah laluan ke tahap kesepuluh telah terputus disebabkan oleh hasrat Syurga? Kau, kau, kau... kau sampai ke tahap kesepuluh Pemekatan Qi?!"

Bapa Reliance menghamburkan tangisan sengsara ketika dia menyaksikan Meng Hao melangkah tiga langkah ke hadapan. Kira-kira sepuluh peratus tenaga rohani dari pelita menghala ke arahnya. Ketika dia menyerapnya, Bapa Reliance melolong lebih kuat. "Mana mungkin? Tahap kesepuluh terkutuk daripada Pemekatan Qi tidak begitu mengagumkan, tapi ia dilarang kerana memiliki kuasa untuk mencuri harta daripada Syurga. Jika ia cukup kuat untuk melakukannya, maka tenaga rohani aku... Tak guna. Bagaimana pula dengan Jed Pengunci Syaitan? Pada masa itu, orang tua tak guna itu berkata ia hanya boleh diambil dan digunakan oleh seseorang yang telah mencapai tahap ketiga belas Pemekatan Qi. Ini, ini... "

Selepas tiga langkah, tubuh Meng Hao mula bergetar dan dia tidak dapat melangkah lagi. Tenaga rohani tanpa batasan daripada pelita menerpa ke dalam dirinya. Dia duduk dengan termengah-mengah dan mula bertafakur untuk menyerap tenaga rohani yang banyak. Bapa Reliance hanya mampu menjerit berang.

Daya graviti di dalam dirinya sangat menghairankan seperti seekor serigala kelaparan yang bertahun-tahun tidak makan. Begitu banyak tenaga rohani yang disedut ke dalam dirinya dan ketika itulah tubuhnya mula bergetar semakin kuat. Dia berasa tubuh fizikalnya menjadi lebih sasa dan kuat. Seolah-olah tulang-temulangnya menyerap tenaga rohani dan menjadi lebih kuat.

Tahap kesepuluh Pemekatan Qi kuno ialah tahap penyempurnaan tubuh fizikal. Kini, di dalam Gua Dewa Bapa Reliance, dia merebut kekayaan untuk dirinya sendiri dan memasuki keadaan kuno ini.

Tahap ini memerlukan tenaga rohani yang banyak. Langit dan bumi tidak akan memberikannya tetapi Bapa Reliance telah menyediakan satu Pertumbuhan Roh dan enam Teras sebagai bahan bakar dan kekuatan hidup sebagai nyalaan api.

"Meng Hao!!! Berhenti! Berhenti! Mari kita berbincang sekejap. Aku memerlukan tenaga rohani itu. Aku betul-betul memerlukannya. JANGAN serap! Tak guna, hentikannya Meng Hao. Itulah tenaga rohani aku. Aku menempuh banyak kesusahan untuk membunuh semua orang bagi mendapatkannya. Penghadang aku! Meng Hao, jika kau tak berhenti, aku akan mengeluarkan kau daripada Sekta!!" Bapa Reliance yang menggelabah dan kerungsingan sudah lupa tentang khazanah serta Jed Pengunci Syaitan yang telah diambil oleh Meng Hao. Boleh dikatakan semua khazanah yang diambil Meng Hao sebelum ini, sama sekali tidak dapat dibandingkan dengan ini.

Meng Hao tidak menghiraukannya dan terus menyambung untuk menyerap tenaga rohani seperti orang gila. Tubuhnya menjadi lebih kuat. Sejurus selepas itu, bunyi rekahan dapat didengari semasa kulitnya mula terpisah lalu menjadi daging dan darah yang baharu.

Lebih banyak rekahan tersebar dan daging lama mula jatuh. Rambut Meng Hao menjadi panjang dan matanya menjadi lebih bersinar. Tahap kesepuluh Pemekatan Qi Meng Hao sekarang sudah lengkap dan sepenuhnya mantap dalam tubuhnya!

Dia tidak akan kehilangan tahap kesepuluhnya lagi dan dia akan tetap berada di tahap itu. Selain kuasa tahap kesepuluh Pemekatan Qi, Meng Hao sedar dia memiliki kemampuan baharu; jika dia mahu, dia boleh kembali dengan mudah ke tahap kesembilan Pemekatan Qi untuk menyerap tenaga rohani langit dan bumi kemudian kembali ke tahap kesepuluh.

Beberapa ketika berlalu dan fikiran Meng Hao mula ligat. Sisa-sisa daging kering yang masih ada di tubuhnya berubah menjadi abu dan lesap. Matanya bersinar lebih terang dan perasaan yang luar biasa kuat memenuhi Meng Hao. Dia sangat yakin dengan kuasa tahap kesepuluh Pemekatan Qi, dia boleh menggunakan penumbuk... untuk menghancurkan sesiapa sahaja daripada tahap kesembilan Pemekatan Qi.

Kuasa ini bahkan lebih kuat berbanding dengan yang dialaminya ketika menggunakan mutiara Harimau Kecil.

Meng Hao menarik nafas dalam. Dia berdiri bukan untuk pergi bahkan mengambil beberapa langkah ke hadapan. Jaraknya sekarang hanya lima langkah dari tujuh pelita.

Bapa Reliance termengah-mengah dengan marah sambil melepaskan semburan sumpahan seranah yang melampau ketika dia melihat Meng Hao menyerap lebih banyak tenaga rohani. Dia telah memantapkan tahap kesepuluh Pemekatan Qi dan dia terus menyerap lebih banyak tenaga rohani. Jantung Bapa Reliance berdegup kencang.

Sekarang tiga belas peratus tenaga rohani yang dipancarkan oleh pelita menerpa ke arah Meng Hao. Ketika tenaga rohani tanpa batasan itu memasuki tubuhnya, bunyi ngauman memenuhi diri Meng Hao. Matanya dipenuhi dengan tekad. Dia mengatur langkah ke hadapan. Jaraknya sekarang hanya empat langkah dari pelita.

Api berkedip-kedip ketika lebih banyak tenaga rohani terbang menuju Meng Hao. Setakat ini, dia telah mengambil enam belas peratus tenaga!

"Daya graviti dalam diri aku tidak tersebar, ia sebenarnya menjadi lebih kuat. Adakah mungkin... setelah tahap kesepuluh Pemekatan Qi terdapat tahap kesebelas?" Sambil mengetap giginya, dia meminta kuasa tahap kesepuluh Pemekatan Qi untuk mengambil langkah ke hadapan. Kini, dia hanya tiga langkah dari tujuh pelita. Api di dalam pelita menari liar ketika dua puluh peratus daripada tenaga rohani yang dihasilkan disedut oleh Meng Hao.

Dia menarik nafas dalam kemudian duduk bersila untuk bertafakur.

avataravatar
Next chapter