76 Melewati Kesempurnaan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Dua batang pedang kayu itu berputar dan memancarkan aura pedang yang mengejutkan. Pedang-pedang itu meluncur ke ke arah kepala Shangguan Xiu, satu dari kiri dan satu lagi dari kanan membawa niat membunuh Meng Ho. Pada kali ini, Shangguan Xiu tidak dapat mengelak lagi.

"Terdapat sesuatu yang lebih berharga daripada Asas Sempurna," pekik Shangguan Xiu dengan suara menusuk. "Terdapat sesuatu yang seratus ribu kali lebih aneh daripada tahap kesepuluh Pemekatan Qi kamu di Wilayah Selatan terutamanya di kesemua empat benua. Saya berbicara tentang Asas Terulung!! Meng Hao, kamu...." Kemudian dua pedang Meng Hao menusuk kepalanya dan menyebabkan darah memancut dari semua arah.

Shangguan Xiu serta-merta mati. Dia tidak hidup melebihi seratus tahun tetapi, dia telah mati dengan pelbagai sungutan.

Shangguan Xiu tidak dapat menerima kematiannya kerana rancangannya hebat dan dia sedang mengukuhkan Asasnya. Kemudian kepalanya meletup dan tubuhnya jatuh dari Gunung Daqing dan jatuh ke dalam sungai di bawahnya. Cita-cita dan tubuhnya melayang jauh.

Meng Hao meragut beg sakti Shangguan Xiu yang berwarna hijau semasa dia jatuh. Dia tidak melihatnya apa yang ada di dalamnya dan terus memasukkannya ke dalam jubah.

Dia termengah-mengah. Meskipun telah mencapai tahap kesepuluh Pemekatan Qi, dia baru sahaja menggunakan dua pedang kayu untuk membunuh seseorang yang berada di ambang pencapaian Pengukuhan Asas. Dia sekarang berasa sangat keletihan.

Dia melihat badan Shangguan Xiu menghilang. Kemudian, Meng Hao berpaling dan melompat ke atas pedang kayu. Tubuhnya bertukar menjadi pancaran cahaya dan dia meluncur jauh ke tempat Harimau Kecil yang terbaring kaku.

Wajah budak lelaki itu pucat lesi dan matanya tertutup rapat. Auranya seperti benang sutera dan kekuatan hidupnya berkedip seperti nyalaan api kecil yang boleh terpadam pada bila-bila masa.

Meng Hao melihat Harimau Kecil sambil berfikir kemudian melirik kepada mutiara yang terapung di udara bersebelahannya. Kuasa mutiara itu sangat mengejutkan dan ia sememangnya khazanah. Kekuatannya bahkan boleh dibandingkan dengan cermin tembaga.

"Bagi menduplikasinya akan memerlukan Batu Rohani yang sangat banyak... sayang sekali." Meng Hao menghela nafas dan melihat ke langit.

Dia sudah tahu sejak awal lagi mutiara itu berkait dengan kekuatan hidup Si Harimau kecil. Jika dia mencurinya maka Harimau kecil akan mati.

'Kamu mengamanahkan aku dengan hidup kamu. Tergamak aku, Meng Hao, bertindak jahat? Jika aku melakukannya, hal itu akan mengganggu hati nuraniku sepanjang sisa hidup aku. Aku tidak boleh berfikiran waras dan hari-hari Pertapaan aku akan berakhir.' Matanya berkilauan lalu dia menjentik lengan bajunya dan mengetuk dahi Harimau Kecil.

Tubuh Harimau Kecil itu kejang dan matanya terbuka. Dia terus tersedar lalu berdiri dan berundur beberapa langkah ke belakang. Dia melirik ke arah mutiara di tangan Meng Hao dan tubuhnya mula sedikit menggigil. Harimau Kecil kelihatan seperti berputus asa.

Meng Hao mengangkat mutiara itu dengan jarinya lalu menembak terus ke arah Si Harimau Kecil yang menangkapnya di udara. Wajahnya dipenuhi ketakutan dan dia merenung kosong ke arah Meng Hao.

"Ribuan terima kasih atas pertolongan kamu. Khazanah ini sangat menakjubkan. Kamu mesti berhati-hati dan jaga diri kamu baik-baik." Sebaik sahaja mutiara tiada tangannya, tubuh Meng Hao mula menjadi lemah. Tanda-tanda tahap kesepuluh Pemekatan Qi Kondensasi mula menghilang. Ketika ini asas Pertapaannya menurun dan tenaga rohani dari syurga dan bumi yang baru sahaja terputus daripadanya perlahan-lahan kembali.

Daya graviti yang tidak terkawal di dalam tubuhnya hilang perlahan-lahan.

Meng Hao tidak menyesal dengan keputusannya. Ada perkara yang dia tidak boleh lakukan. Dia menolak untuk melawan hati nuraninya sendiri dengan sebegitu rupa.

Glob Darah yang telah digunakan oleh Shangguan Xiu untuk mengancam nyawa orang daripada tiga daerah itu terus hancur di antara jari-jari Meng Hao. Glob itu berubah menjadi Darah Qi yang sangat banyak yang kembali terapung di ketiga-tiga daerah.

Bagi manusia biasa, rasa pening yang mereka alami semenjak dua bulan telah terakhir dan sekarang mereka berasa lebih tenang. Mereka juga berasa agak lemah. Hal ini kerana tanpa pengetahuan mereka, hayat mereka telah rosak dan telah diambil hampir lima tahun dari kehidupan.

Meng Hao dapat melihat hal ini tetapi tiada ada apa yang boleh dia lakukan selain daripada mengeluh pada dirinya sendiri. Dia menjentik lengan bajunya dan pergi.

"Abang Meng," kata Harimau Kecil, "Shangguan Xiu...."

"Orang itu sudah tiada di dunia ini lagi." Dia tidak melihat ke belakang hanya terus ke bergerak ke hadapan. Pertempuran di sini pasti akan menarik perhatian tiga Sekta besar. Meng Hao dapat mengagak kenapa mereka mengizinkan Shangguan Xiu untuk menggunakan mantera besar ini di sini, ia kerana Meng Hao. Shangguan Xiu mahukan beg saktinya manakala tiga Sekta Besar itu mahukan dia. Pada masa ini, dia tidak mempunyai cara untuk menghadapi situasi itu. Satu-satunya yang dia boleh lakukan ialah pergi ke suatu tempat yang jauh untuk bersembunyi dan berfikir.

Harimau Kecil tidak lagi berkata apa-apa. Dia melihat Meng Hao pergi dan pandangan tekad memenuhi matanya.

"Meng Hao, kamu tidak inginkan harta aku yang paling berharga. Aku, Dong Hu, bukan orang yang baik. Tapi kamu boleh bertenang. Dalam hidup ini, aku tidak akan pernah melakukan apa-apa yang mengecewakan kamu." Dia berpusing sambil mengalihkan pandangannya ke arah kota yang kejauhan. Dia melihat ayah dan ibunya dan tatapan lembut yang memenuhi matanya. Lalu kehangatan itu menghilang. Dia menunduk dan berjalan dengan cepat.

Pada masa itu, langit dipenuhi dengan cahaya prismatik yang sangat banyak jumlahnya. Pimpinan itu tidak lain adalah Liu Daoyun daripada Sekta Badai Salju.

"Meng Hao, kamu tidak akan dapat melarikan diri kali ini!"

Meng Hao mengerutkan kening lalu berubah menjadi cahaya kilat semasa dia meluncur. Dia menggunakan sisa-sisa terakhir kekuatan tahap kesepuluh Pemekatan Qi untuk segera menjarakkan dirinya dengan para pemburu. Dari jauh, dia telah melihat lebih ramai pengikut daripada tiga Sekta besar dan di antara mereka adalah Petapa ditahap Pengukuhan Asas dan pengikut Aneh Pembentukan Teras. Mereka sendiri tidak mahu muncul malah menghantar beberapa orang pengikut tahap bawahan untuk memeriksa keadaan. Tetapi sekarang, kehadiran Meng Hao telah dipastikan dan mereka pasti akan muncul.

"Shangguan Xiu disokong oleh Kota Bima Sakti. Nampaknya pengaruhnya sangat kuat.... Tiga Sekta besar pasti telah menjauhkan diri kerana itu ialah perjanjian mereka. Ketika mereka merasakan sakti pertempuran hilang, maka mereka boleh mendekati. Shangguan Xiu mempunyai rahsianya tersendiri dan tidak ingin orang melihat apa yang terjadi. Dia bahkan berhati-hati dengan orang dari Kota Bima Sakti. Dia juga tidak membiarkan mereka tahu tujuan sebenarnya. "

Dia meninggalkan Gunung Daqing dengan melewati Lautan Utara dan merentasi hutan belantara yang luas menuju ke arah Sekta Reliance.

Kira-kira setengah jalan di hutan belantara, di satu pergunungan hutan, Meng Hao meluncur dengan kepantasan yang tinggi dengan ekspresi yang samar-samar. Ketika dia berlari dengan pantas, dia melihat ke bawah pada sekeping cangkerang penyu yang dipegang di tangannya. Ini barang yang diambilnya dari beg sakti Shangguan Xiu.

Cangkernag itu berukuran kira-kira saiz tapak tangannya dan bucunya amat tajam. Memang jelas, itu serpihan daripada cangkerang penyu yang lebih besar.

Di permukaannya ditulis dengan baris-baris karakter kecil. Mereka susah dilihat. Hanya dengan renungan yang tajam dengan tenaga rohani barulah dia dapat membacanya dengannya jelas.

"Di dunia Pertapaan, tidak mustahil untuk mencapai apa yang disebut... Asas Terulung!" Meng Hao termengah-mengah.

Dia atas cangkerang penyu tersebut terdapat dua resepi pil perubatan iaitu resepi Pil Asas Terulung dan Pil Teras Emas Terulung.

"Cangkerang penyu itu jelas menyatakan peringkat Pengukuhan Asas yang tidak hanya mempunyai tiga tahap iaitu Sempurna, Retak dan Patah. Terdapat juga jenis keempat iaitu Asas Terulung. Asas ini sangat jarang ditemui dan berlaku hanya satu dalam seribu..." Meng Hao menghembuskan nafas dengan cepat sambil memandang ke arah cangkerang penyu dan memikirkan semula apa yang dikatakan Shangguan Xiu sebelum dia mati. Sekarang, dia memahami penyesalan lawannya yang terpaksa naik ke Pengukuhan Asas selepas diracun dan dia faham kebencian dalam mata Shangguan Xiu.

Meng Hao mempertimbangkan beberapa perkara dengan diam. Dia telah banyak membaca tentang Pengukuhan Asas di Astaka Sakti Sekta Reliance.

Dalam Pengukuhan Asas, tiang Tao akan berada di antara Tasik Teras kerana Pengukuhan Asas meningkatkan jangka hayat seseorang yang dikategorikan sebagai mencuri nasib baik dan mencabar Syurga. Hasilnya, tiang Tao itu tidak akan pernah sempurna tetapi akan mengandungi keretakan. Hal ini bersesuaian dengan Syurga Tao. Perkara ini boleh dirumuskan dengan ungkapan "kamu dapat sedikit, kamu hilang sedikit" atau mungkin "apabila sesuatu masuk, sesuatu keluar." Ini merupakan sebahagian daripada kitaran langit dan bumi yang dibenarkan wujud.

Pengukuhan Asas terdiri daripada peringkat separa awal, pertengahan dan akhir. Keseluruhan sembilan tiang Tao akan muncul. Jika salah satu tiang retak bermakna keseluruhan Sembilan tiang akan muncul. Hal inilah yang dikatakan sebagai Asas Sempurna iaitu mengandungi sedikit retakan dan hanya melepaskan sedikit sahaja tenaga rohani. Selepas latihan pernafasan jangka masa panjang, badan akan menjadi sangat berkuasa melebihi Asas yang lain.

Dalam dunia Pertapaan moden, inilah jenis Asas yang sangat berkuasa. Keistimewaan kaedah yang boleh dicapai hanya boleh ditemui di tengah-tengah petunjuk di dalam kitab klasik yang hebat, sebagai contoh manual Pemekatan Qi di dalam Kitab Suci Rohani. Rahsia sebegini mempu membawa kepada pertumpahan darah yang menyeramkan. Jelaslah kenapa Sekta Reliance telah dibubar.

Tanpa kitab tersebut, satu-satunya cara untuk berpeluang menubuhkan Asas Sempurna dengan memiliki bakat terpendam yang luar biasa ataupun nasib baik yang menonjol. Selalunya, Yang Terpilih boleh menyusun petunjuk untuk melakukannya.

Jika terdapat retakan tambahan yang muncul di setiap atas tiang Tao ia dipanggil sebagai Asas Keretakan. Walau bagaimanapun, Asas jenis ini lebih lemah berbanding Asas Sempurna yang tidak boleh dipandang rendah dan kebiasaanya hanya boleh dicapai oleh pengikut Sekta yang hebat.

Yang terakhir sekali tentunya Asas Kepatahan. Apabila telah mencapai Pengukuhan Asas yang akhir, lebih daripada lapan retakan ada di atas tiang Tao yang sememangnya sangat banyak. Asas ini boleh dikatakan hampir musnah.

Dari segi kepantasan dan kecekapan pertempuran Pertapaan, kedua-duanya sangat lemah. Dengan Asas seperti ini, peluang pembentukan Teras jauh lebih rendah.

Meng Hao memikirkan semua ini sambil memandang cangkerang penyu yang berada di bawah. Menurut penerangan di sini, dengan mencampurkan ramuan dan memakan Pil Asas Terulung, kebarangkalian untuk menubuhkan Asas Sempurna itu sangat tinggi. Dalam hal ini, tiada keretakan atau apa-apa yang akan muncul. Inilah jenis Pertapaan yang menentang Syurga dan tidak ada jalan kembali.

Disebabkan Asas ini tidak dibenarkan oleh Syurga, ia akan memprovokasi Kilat Musibah. Kejayaan sebenar memerlukan keingkaran Syurga. Dalam hal ini, ia hampir sama dengan tahap kesepuluh daripada Pemekatan Qi.

"Mengikut apa yang diperkatakan Shangguan Xiu, nampaknya tahap kesepuluh pemekatan Qi tidak bertolak ansur dengan Syurga. Ternyata menubuhkan satu Asas Terulung ialah sama...."

"Jika kamu memiliki Asas Kepatahan dan kemudian kamu makan pil ini, kamu memiliki sepuluh peratus peluang untuk menubuhkan Asas Terulung. Dengan Asas Keretakan, kamu memiliki peluang tiga puluh peratus dan dengan Asas Sempurna peluang sebanyak enam puluh peratus. Pil tersebut membaiki retakan, membolehkan kamu untuk menubuhkan Asas Terulung. Tapi... kamu mesti teliti ketika makan pil tersebut. Selepas Pengukuhan Asas, semakin cepat kamu makan, semakin bagus. Jika terlalu lama masa berlalu, kesannya akan berkurangan. Dua bulan diperlukan untuk mencampurkan ramuan Pil Asas Terulung." Jantung Meng Hao berdegup kencang ketika dia memecut.

"Tidak hairanlah Shangguan Xiu ingin menyertai Sekta Reliance… Sama seperti Wang Tengfei, dia mahukan peluang untuk mendapatkan manual Pemekatan Qi daripada Kitab Suci Rohani! Selepas menubuhkan Asas Sempurna, peluangnya semakin cerah dan tidak hairanlah dia menghilang pada hari Sekta dibubarkan. Orang yang mempunyai rahsia seperti ini tidak akan berani menunjukkan mukanya…" Meng Hao mencengkam cangkerang penyu dengan erat dan terus berlari ke hadapan.

Selain daripada cangkerang penyu, beg sakti Shangguan Xiu juga berisi dengan tungku pil kecil yang dibuat daripada kristal hijau lutsinar bersaiz sebesar tangan. Dia juga memiliki banyak tanaman ubat yang ratusan jenis semuanya diletakkan di dalam kotak jed

Kebanyakan tanaman ubat itu asing bagi Meng Hao, tapi untungnya, terdapat juga serpihan batu jed di dalam beg sakti yang berisi catatan lengkap mengenai kaedah pengenalan untuk semua tanaman. Membaca dengan teliti menjadikan Meng Hao semakin gembira.

avataravatar
Next chapter