68 Kota Bima Sakti

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Setelah pertempuran di Lautan Utara dan kelahirannya semula di dasar tasik, aura kematian telah hilang sepenuhnya. Ketika dia berjalan melalui angin dan salji, tidak ada sedikitpun aura kematian yang keluar.

Aura hitam yang menyelubunginya lebih daripada sebulan telah hilang. Hal ini telah membuatkannya berasa sedikit lega ketika dia berjalan melalui salji.

Salji yang turun semakin banyak ini seolah-olah ribut salji yang terakhir pada tahun ini. Salji yang turun ini kelihatan seperti didorong oleh perubahan musim seterusnya dan ia jatuh dari langit secepat mungkin.

Salji meliputinya sehinggalah dia tiba di sebuah gua yang terletak di Gunung Daqing. Dia diculik di sini sejak bertahun-tahun dahulu. Dia duduk bersila sambil memandang pergerakan salji dan mendengar teriakan angin.

Malam berlalu.

Salji menutupi langit malam sehingga mustahil untuk melihat bintang. Satu perkara yang boleh dilihatnya ialah tebaran salji yang tidak berpenghujung yang menutupi pemandangan.

Unggun api kecil di hadapan Meng Hao menyinari sekeliling Meng Hao dengan nyalaan api yang berkedip-kedip. Cahaya menyinari wajahnya ketika dia duduk sambil berfikir.

Hampir empat tahun berlalu.

Sudah hampir empat tahun sejak dia bergabung dengan Sekta Reliance. Dia bermula sebagai seorang remaja dan telah menjadi seorang pemuda; sekarang dia berusia dua puluh tahun.

Untuk masa yang lama, Meng Hao duduk di sana sambil menatap tangannya. Tangannya bersih tanpa kesan kotoran. Namun, Meng Hao tahu tanpa ragu-ragu tangannya ini berlumuran dengan darah.

Dia telah banyak kali membunuh semenjak empat tahun kebelakangan ini. Pada awalnya, ia telah menyebabkan mentalnya sengsara. Sekarang, meskipun dia belum biasa dengan keadaan itu, setidaknya dia dapat menerimanya. Dia telah menyesuaikan diri. Seolah-olah ada kekuatan langit dan bumi yang tak terlihat telah mengubah roh, nasib dan masa depannya.

"Aku akan jadi apa nanti… " keluh Meng Hao sambil memandang salji di luar gua. Dia sendiri tiada jawapannya.

Waktu berlalu perlahan dan sang suria akan segera terbenam. Semuanya gelap-gelita. Satu-satunya yang ada ialah deruan angin dan salji yang sangat dingin. Unggun api di hadapan Meng Hao perlahan-lahan terpadam dan gua itu menjadi gelap.

Meng Hao duduk di dalam kegelapan dan merasakan kesunyian yang mencengkam hatinya. Perasaan itu menjadi lebih kuat seolah-olah ia akan memakannya.

"Ayah, ibu, di mana… " Suaranya lembut ketika dia memikirkan orang tuanya. Dia sangat merindui mereka.

"Si Gempal, kamu buat apa sekarang?" Meng Hao mengeluh ketika satu bayangan Si Gempal yang sedang mengikir giginya muncul di benaknya.

"Kakak Xu dan Abang Chen pula berada di Wilayah Selatan... baguslah… " Dia memandang kegelapan malam di luar gua sehinggakan dia terasa bagaikan dapat melihat Wilayah Selatan. Riak wajahnya seperti memikirkan sesuatu.

"Membaca ratusan buku seperti menjelajah sepuluh ribu tempat... Suatu hari nanti aku akan meninggalkan Negeri Zhao dan pergi ke Wilayah Selatan." Pandangan tekad muncul di matanya. Negeri Zhao berada di hujung Wilayah Selatan. Bahagian tengah Wilayah Selatan terletak sangat, sangat jauh.

Dia ingat peta yang dilihat dari tanah Syurga Selatan. Terdapat hutan belantara yang luas di antara Negeri Zhao dan teras Wilayah Selatan serta beberapa buah negara.

Berdasarkan kepada tahap asas Pertapaannya sekarang, jika dia cuba menjelajah dengan cara terbang, ia akan memakan waktu yang sangat lama.

"Kalaulah aku Pertapa di peringkat Pengukuhan Asas!" Matanya menyala dengan penuh tekad dengan sinaran yang mengandungi keinginan yang sangat kuat. Itulah keinginan untuk boleh terbang di langit dan pendambaan untuk mencapai peringkat Asas Pertapaan.

"Mencapai Asas Pertapaan barulah dikatakan seorang Pertapa yang sejati. Jadi, hayat aku akan dipanjangkan sehingga seratus lima puluh tahun." Konsep hayat ialah kenyataan yang kurang penting bagi Meng Hao. Biasanya, orang berharap untuk hidup lebih lama hanya ketika mereka bertambah tua. Sampai sekarang, Meng Hao tidak terlalu peduli tentang hal itu; perkara yang paling dititik beratkan ialah terus hidup dan tidak berada dalam bahaya.

Kecuali seseorang yang ingin hidup biasa-biasa, dia mesti menerima pembatasan asas Pertapaannya dan bakatnya yang terpendam lalu terus berjuang.

Meng Hao menarik nafas dalam dan melihat keluar ketika fajar menyingsing. Dia mengeluarkan beg sakti Ding Xin dan melihat isinya. Matanya mula berkilau.

"Dia sememangnya pengikut daripada Sekta besar. Meskipun dia belum mencapai peringkat Pengukuhan Asas, dia kaya-raya." Terdapat tujuh atau lapan ribu Batu Rohani di dalamnya berserta busur kayu berwarna hitam.

Ketika dia menarik busur, seluruh tubuhnya terasa dingin. Ketika dia menarik tali busur, dia terasa seolah-olah tenaga rohani langit dan bumi ditarik ke dalamnya.

Di dalam beg saktinya terdapat beberapa ratus anak panah berwarna hitam, masing-masing diukir dengan tanda aneh. Dia mengumpulkan kesemuanya. Selain daripada Batu Rohani dan barangan khazanah, terdapat beberapa botol pil, plak pelbagai pesanan dan barangan lain.

Sebahagian besar botol pil telah kosong. Namun, satu botol kecil menarik perhatian Meng Hao. Botol itu tertutup, tetapi apabila dia mendengar bunyi detaran pil di dalam, jantungnya berdebar. Dia membuka penutup itu lalu bau yang kuat dan wangi menerpa wajahnya. Seluruh gua serta-merta dipenuhi dengan aroma ubat.

Aroma ini kelihatan lebih kuat daripada Pil Rohani Syurga. Ia tampak lebih kuat daripada pil terkuat Meng Hao iaitu Pil Rentas Penara. Malah, tidak ada cara untuk membandingkannya. Cubaan ini seperti membandingkan kunang-kunang dengan bulan purnama. Setakat yang Meng Hao tahu, salah satu seperti anak pokok manakala yang lain seperti pokok yang kuat.

"Ini… " Mata Meng Hao bersinar dan dia mula bernafas laju. Dia membalikkan botol itu dan mengeluarkan pil perubatan ke tapak tangannya. Ia sebesar ukuran ibu jarinya dan berwarna kuning yang memancarkan aroma yang kuat serta tenaga rohani tanpa batasan. Sekilas pandang, sesiapapun akan tahu ia bukan barang biasa.

Dia merenung pil tersebut buat seketika kemudian menepuk beg saktinya bagi mengambil serpihan jed purba yang telah dibelinya di Astaka Ratusan Khazanah. Terdapat banyak retakan di permukaan daripada sebelumnya, tetapi Meng Hao tidak mempedulikannya. Dia menekan serpihan jed itu ke dahinya untuk menuang tenaga rohani ke dalamnya.

Sejurus kemudian, serpihan jed itu terpisah menjadi berkeping-keping dan musnah menjadi abu. Meng Hao membuka matanya yang bersinar keghairahan.

"Pil Pengukuhan Asas! Inilah Pil Pengukuhan Asas! Susah untuk menentukan berapa nilainya!" Dia berdebar dengan penuh semangat sambil menekup pil itu ke dadanya. Jantungnya berdebar kencang dan dia memerlukan sedikit masa sebelum boleh bertenang.

Pil Pengukuhan Asas ini salah satu sebab Ding Xin tidak percaya dia akan mati. Pil itu dibuat oleh gurunya dan kemudian diberikan kepada Ding Xin. Memandangkan dia berada di tahap kesembilan Pemekatan Qi, jika dia sedikit bernasib baik dalam penjelajahannya, dia mungkin boleh menerobos ke peringkat Pengukuhan Asas. Dia telah menyimpannya untuk diri sendiri sehingga dia boleh menggunakannya ketika tiba masa yang tepat.

Bahkan dalam Sekta besar di Wilayah Selatan, Pil Pengukuhan Asas bukanlah biasa-biasa. Lebih jarang lagi untuk pil ini dibahagikan kepada para pengikutnya. Syarat untuk mendapatkannya sangat tinggi. Bahkan. jika Pil Pengukuhan Asas ini lebih daripada jumlah pil biasa yang ada, bekalannya masih lagi akan berkurang daripada permintaan. Kebanyakan orang tidak dapat membina Asas hanya dengan satu pil. Biasanya dua atau tiga yang diperlukan. Hanya beberapa orang yang mempunyai bakat terpendam sederhana tetapi mendapat sokongan daripada Orang Kanan Sekta mungkin dapat menembusinya dengan lima pil.

Pil Pengukuhan Asas sangat berharga. Mungkin ini ada hubungannya dengan hakikat dua daripada tumbuhan perubatan yang diperlukan untuk menyediakan campuran pil hanya tumbuh di Tiga Zon Berbahaya di Wilayah Selatan.

Ding Xin memiliki guru yang luar biasa dan memberinya kedudukan khusus dalam Sekta Takdir Ungu Lembayung. Ketika dia mencapai tahap kesembilan Pemekatan Qi, gurunya telah memberikannya Pil Pengukuhan Asas. Jika dia gagal menembusi ke tahap berikutnya, tuan gurunya tidak akan teragak-agak untuk memberikannya pil lagi sekembalinya dia ke Sekta.

Meng Hao membuka tangannya dan melihat Pil Pengukuhan Asas dengan lebih dekat. Ketika itulah dia perasan sesuatu yang aneh pada permukaan penutup botol itu.

Penutup itu mempunyai gambar wajah syaitan. Ia tiada riak, serius dan memberikan perasaan wajah itu memandang kamu. Jantung Meng Hao berdebar. Setelah diamati dengan lebih lanjut, dia memutuskan penutup itu tidak mempunyai ciri-ciri mistik. Ia hanya diukir di permukaan pil hampir seperti logo.

Meng Hao ragu-ragu untuk beberapa saat lalu mengetap giginya dan meletakkannya di tepi. Di luar, salji turun semakin deras dan matahari mula terbit. Dia melangkah ke kipas khazanah dan terbang keluar ke udara dingin.

"Jika aku ingin menembusi tahap kesembilan Pemekatan Qi daripada tahap kelapan, aku akan memerlukan lebih banyak Batu Rohani. Apa yang aku miliki sekarang... tidak cukup. Aku perlu pergi menjual beberapa barang untuk mendapatkan lebih banyak lagi. Matanya berkilauan sambil menepuk beg saktinya dan menghasilkan serpihan jed yang ditolak ke atas dahinya.

Ini ialah serpihan jed daripada Sekta Badai Salju dan sebuah peta yang menggambarkan beberapa Kota Pertapa di Negeri Zhao. Meng Hao melihat Bandar Peradaban Timur, tetapi dia tidak berkeinginan untuk kembali ke sana. Dia perlu pergi ke suatu tempat yang jauh daripada sana iaitu ke tempat yang tidak dikawal oleh tiga Sekta besar, tempat para Pertapa yang datang dari pelbagai Sekta.

"Kota Bima Sakti," Meng Hao bergumam pada dirinya sendiri. Setelah membuat keputusan, dia mengangkat kepalanya sambil matanya berkedip dan meluncur ke hadapan sepantas angin.

Menuju ke arah Laut Bima Sakti ialah daerah yang dilindungi oleh mantera pelindung iaitu tempat yang tidak dapat dilihat oleh manusia yang di dalamnya ada sebuah kota.

Dindingnya hitam dan dikawal oleh para Pertapa yang berjubah hitam dan berwajah dingin. Mereka memandang orang yang keluar masuk kota.

Kota Bima Sakti tidak wujud sebelum tiga ratus tahun yang lalu. Pada masa itu, seorang yang aneh dengan asas Pertapaan pada peringkat Pembentukan Teras telah muncul. Kekuatan sihir dan barangannya yang mengejutkan. Dia telah mendirikan kota ini, kemudian pergi ke bermeditasi ditempat yang terpencil. Tiga ratus tahun kemudian, tiada sesiapa yang tahu sama ada dia masih hidup ataupun mati. Sebenarnya itu tidak terlalu penting. Sama ada dia telah memanjangkan hayatnya atau mula membentuk Pertumbuhan Rohnya.

Pada waktu ini, kota itu dikendalikan oleh keturunannya. Bagi Bapa Bima Sakti, dia tidak pernah memiliki hubungan yang buruk dengan tiga sekta besar Negeri Zhao. Hal ini, ditambah dengan peraturan kota yang santai, telah membuat bandar ini menjadi tempat yang sibuk dipenuhi dengan pelbagai jenis orang.

Pada suatu hari, seseorang telah muncul di luar Kota Bima Sakti. Dia memakai jubah berwarna hitam dan wajahnya ditutup oleh topi buluh yang lebar di kepalanya. Mustahil untuk melihat ciri-cirinya meskipun tubuhnya nampak agak gemuk.

Pemakaiannya kelihatan pelik tetapi tidak menarik perhatian sama sekali di Kota Bima Sakti. Walau bagaimanapun, tempat ini ialah gabungan daripada semua jenis orang pelik. Terdapat ramai yang tidak mahu orang lain tahu siapa mereka atau apa yang mereka rancangkan.

Orang ini tentulah tidak lain tidak bukan ialah Meng Hao.

Dia telah membuat keputusan untuk menjual beberapa barang ajaib dan pil perubatan. Jadi, dia menyamar dan datang ke tempat ini. Dia berjalan masuk melalui gerbang kota sambil melihat sekeliling. Semasa dia melakukannya, matanya mengecil. Dia segera menundukkan kepalanya dan menghirup udara yang berangin sambil memasuki sebuah toko.

avataravatar
Next chapter