85 Jed Pengunci Syaitan Kuno

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tamak dan kedekut. Seorang yang sangat kedekut bahkan dalam hal Pertapaan. Ini ialah Tao miliknya. Dalam makrifatnya, khazanah ialah perkara yang paling penting. Ini ialah perkara yang membawa kepada Pemisahan Roh Pertama.

Inilah sebabnya kenapa zon tafakur bersendiriannya mempunyai banyak kawasan yang dilindungi oleh mantera pengekang. Mengumpulkan semua barang ini bukanlah sekadar hobi tetapi ia merupakan versi Tao miliknya.

Melihat semuanya hilang di depan mata menyebabkan Bapa Reliance berasa sangat kesal dan marah.

Dalam sepuluh nafas, gunung Batu Rohani telah hilang. Bahkan, ada manuskrip jed di bawah gunung Batu Rohani itu yang juga disedut ke dalam beg Kosmos.

"Itu mantera nasib baik aku. Tak guna Meng Hao, tinggalkan mantera nasib baik aku. Kau… " Sebelum dia selesai bercakap, matanya melebar lagi. Setelah mengambil semua Batu Rohani, Meng Hao melihat sekeliling lalu matanya bersinar. Bapa Reliance mula menggigil.

Pandangan mata Meng Hao seperti ketua pencuri.

Pandangannya tertancap pada halaman kecil. Di sebalik mantera pengekang yang retak, kelihatan pelbagai tanaman perubatan daripada bermacam jenis warna. Pelbagai tanaman perubatan itu kelihatan sangat luar biasa.

Meng Hao mengenali beberapa tanaman seperti yang dijelaskan di dalam cangkerang penyu berharga milik Shangguan Xiu. Ketika dia melangkah ke hadapan, jari-jemarinya dijentik dan kedua-dua pedang kayu itu muncul. Pedangnya menusuk ke dalam celahan perisai yang dicipta oleh mantera pengekang. Retakan itu perlahan-lahan menjadi lebar.

"Meng Hao, kau betul-betul nak mencuri barangan berharga aku? Aku Bapa Reliance kau! Aku telah menanggung pelbagai akibat daripada mencuri halaman perubatan itu bertahun-tahun yang lalu… " Bapa Reliance menjadi semakin bimbang. Bunyi deram-derum semakin kuat kedengaran dari bawah tanah, tetapi Meng Hao bahkan tidak berkelip mata pun. Dia gembira kerana akhirnya dapat melampiaskan kemarahannya.

"Tanaman roh dewa aku... kau, kau... kau cabut semuanya!" Kemarahan Bapa Reliance semakin melonjak. "Itu Pokok Ganjil aku. Aku menjaganya selama ratusan tahun sebelum ia bertunas, kau tak boleh mengambilnya… " Semasa Bapa Reliance membantah dengan nyaring, Meng Hao mengosongkan halaman itu sebersih-bersihnya seolah-olah dia menggunakan pisau cukur. Dia menyedut semuanya ke dalam beg Kosmos. Pada masa yang sama, dia menarik balik kedua-dua pedang kayu itu dan halaman Bapa Reliance kelihatan seperti dilanda badai besar.

"Cukup, cukup," kata Bapa Reliance dengan terburu-buru sambil melihat ke arah halaman yang telah menjadi kosong. "Dengar sini, tinggalkan beberapa perkara untuk aku yang sudah tua di sini. Jangan ambil yang lain... Kau tak diizinkan untuk sentuh barangan aku lagi. Meng Hao, kau dengar cakap Bapa Reliance, okey? Sebagai ahli daripada generasi muda, kau mesti memiliki sedikit rasa hormat. Kau… "

"Aku memang macam ini sejak aku muda," kata Meng Hao dengan dengusan dingin sambil melemparkan kata-kata Bapa Reliance kepadanya. Sambil melihat sekeliling, dia terpandang satu perisai mantera pengekang. Di bawahnya, kelihatan tiga pokok kecil yang layu. Walau bagaimanapun, pada setiap pokok terdapat sehelai daun yang sesekali berkilau dengan lengkungan tenaga yang membuatkannya tampak luar biasa.

Meng Hao belum pernah melihat sesuatu seperti itu, tetapi memandangkan ini ialah zon tafakur milik Bapa Reliance dan ia dilindungi dengan mantera pengekang, dia berasa pokok itu pasti sangat berharga. Matanya bersinar sambil dia melangkah dan menusuk pedang kayu ke dalam retakannmantera pengekang yang sedang dalam proses pemulihan.

"Itu Daun Petir aku. Ini tanaman perubatan jenis Kilat yang luar biasa di Wilayah Selatan!" Bapa Reliance sekali lagi melaung dengan garang. Meng Hao tidak menghiraukannya langsung lalu mengangkat beg Kosmos ke dalam lubang mantera pengekang. Pokok mula bergoyang dan berbolak-balik. Kemudian, tiga helai daun luruh dari pokok tersebut lalu berubah menjadi tiga anak panah kilat berwarna hitam yang meluncur ke dalam beg Kosmos.

Kemarahan Bapa Reliance semakin meluap-luap kerana setelah daun itu masuk ke dalam begnya, Meng Hao tidak berhenti. Pokok terus bergoyang sehingga ia tiba-tiba terbang dari tanah lalu akar dan semuanya tersedut ke dalam beg Kosmos. Di sebelah pokok tersebut terdapat bendera kecil berwarna ungu yang terlekat di tanah juga disedut ke dalam beg.

"Kau… kau sanggup mencabut Pokok Petir dengan akarnya dan turut mengambilnya! Kau membuat aku sangat marah!! Meng Hao, kau memang tak guna, kau nak ambil Bendera Petir juga? Ia tidaklah sekuat mana dan hanya boleh bertahan melawan serangan Pengukuhan Asas tetapi ia boleh menyerap halilintar! Kau perlukannya untuk membesarkan Daun Petir!!" Jantung Bapa Reliance menitiskan darah ketika dia melolong dan mencaci-maki di bilik bawah tanahnya.

"Angin aku selalu baik dan tenang," dengus Meng Hao sambil mengungkapkan kembali kata-kata Bapa Reliance kembali. "Kau Bapa Sekta Reliance. Pada masa ini, kita saja yang ada dalam Sekta! Aku daripada generasi muda tidak akan marah kepada kamu. Sebenarnya, ramai orang telah mengutuk aku sepanjang tahun. Itu tak penting." Sekali lagi, dia melihat sekelilingnya.

Hal ini menyebabkan jantung Bapa Reliance seperti berhenti berdenyut. Ketika dia melihat pandangan Meng Hao meluncur melewati kawasan lain dengan tanaman perubatan, dia menghela nafas lega. Zon tafakurnya mengandungi khazanah yang terkumpul seumur hidupnya yang dapat dikelaskan di antara barangan berkualiti tinggi dan rendah.

"Janganlah sentuh barang kesayangan aku," fikir Patriarch Reliance. "Barangan lain... itu hanyalah harta duniawi yang remeh. Aku boleh mengumpulkan lebih banyak lagi nanti jikalau aku mahu." Gigi Bapa Reliance diketapkan, tetapi jantungnya masih terus menitiskan darah. Sebenarnya, perkataan "remeh" itu dikatakan dalam terpaksa.

Dalam beberapa saat, Meng Hao telah mengosongkan beberapa halaman tanaman perubatan. Kemudian, dia berpindah ke kawasan lain. Bapa Reliance hanya boleh mengetap rahangnya. Dia hanya sekadar mampu melemparkan cercaan kepada Meng Hao. Dia menyumpah dan terus menyumpah, tidak mengulang dirinya sendiri lebih daripada setengah ayat.

Ketika dia menyumpah, Meng Hao mula menyenandungkan serangkap melodi lagu. Itulah serangkap melodi lagu yang membahagiakan dan kebetulan itulah satu-satunya lagu yang telah dinyanyikan oleh Bapa Reliance sebelum ini. Ketika Bapa Reliance mendengarnya, ia membuatnya teramat marah sehingga hampir batuk berdarah. Perasaan yang dia alami tidak mungkin dapat dijelaskan, tetapi boleh dikatakan apa yang dialaminya sekarang ialah akibat kemarahan Meng Hao.

Bapa Reliance turut memandang semasa Meng Hao memandang sekeliling. Ketika pandangannya tertancap pada regangan di tembok pendek itu, jantung Bapa Reliance mula berdegup dan dengan garang dia berkata, "Kau memang tak guna, kau terlalu kejam! Aku cuma tidak hilangkan racun kau, itu saja. Aku turut memberi kau ganjaran. Batu Rohani gred rendah tetap Batu Rohani. "

Meng Hao telah memeriksa hampir kesemua retakan yang ada pada mantera pengekang. Dalam kawasan ini, banyak mantera pengekang yang telah pulih sepenuhnya.

Dia mengelilingi kawasan itu sambil matanya meliar ke sana-sini. Tiba-tiba, dia sedar Bapa Reliance telah berhenti bercakap. Dia hanya mengambil kira-kira tiga puluh peratus daripada khazanah di kawasan itu dan sebahagian besar merupakan tanaman perubatan. Dia masih ingin melampiaskan kemarahannya, jadi dia membuat keputusan untuk membuat satu lagi bulatan untuk memeriksa mantera pengekang yang rosak.

Ketika dia kembali ke tempat dia bermula, dia mengerutkan keningnya. Nampaknya seperti tiada yang istimewa di sana. Dia melihat sekeliling dan memerhatikan regangan di tembok pendek itu. Ketika dia mula berjalan ke sana, Bapa Reliance tiba-tiba mula bercakap lagi.

"Baik, baiklah. Meng Hao, kau satu-satunya pewaris aku." Ketika Bapa Reliance menyaksikan Meng Hao berjalan menuju tembok pendek, dia menjadi semakin cemas. Tetapi kecemasannya tidak boleh dikesan dalam suaranya. Dia kedengaran agak beremosi ketika dia berkata, "Aku akan membuang racun kau itu. Tunggu sahaja tiga bulan. Aku akan keluar dan menyelesaikannya untuk kamu. Kemudian, kau boleh mengembalikan harta aku. Macam mana? Jangan bimbang, aku selalu menepati janji aku. Kali ini, aku akan bersumpah atas nama Sekta. Aku pasti tak akan menipu kau."

Meng Hao berhenti berjalan dan memandang ke arah tanah. Matanya berkelip dan dia tidak berkata apa-apa. Dia berjalan di sekeliling dan kelihatan hanyut dalam fikirannya sendiri dan akhirnya dia menghampiri tembok pendek itu.

"Aku tidak pernah cakap yang aku tidak akan membuang racun itu," kata Bapa Reliance. Dia menghela nafas. "Bukan apa, untuk membuang racun itu, ia memerlukan pengorbanan asas Pertapaan aku. Aku perlu menggunakan banyak tenaga yang baru sahaja aku serap." Suaranya kedengaran seperti lantang dan tenang, tetapi hakikatnya, ketika dia melihat Meng Hao mendekati tembok pendek itu, hatinya dipenuhi dengan kegelisahan yang terus meruncing.

Meng Hao diam. Selepas beberapa helaan nafas, dia tiba-tiba berkata.

"Kenapa kau mula bercakap ketika aku mula berjalan ke arah tembok ini, Bapa Reliance? Kenapa kau tiba-tiba menyebut tentang menyingkirkan racun aku? Mungkin ada khazanah istimewa yang disembunyikan di sini?" Ketika kata-kata itu keluar daripada mulutnya, mata Bapa Reliance melebar. Dia sedar dia telah mengucapkan sesuatu yang salah. Dalam hatinya, dia menyumpah Meng Hao kerana begitu licik.

"Aku hanya mahu melakukan perkara yang betul," kata Bapa Reliance dengan dengusan dingin. "Macam inilah Nak, kau… " Sebelum dia selesai bercakap, Meng Hao melompat melepasi tembok itu.

Bapa Reliance dipenuhi dengan rasa takut dan gentar. Jantungnya mula berdebar dan kelihatan seperti kecewa. Setelah melepasi tembok itu, Meng Hao melihat sekeliling. Ternyata, ada mantera pengekang di sini.

Ia tidak kelihatan sangat istimewa. Penutup di dalamnya ialah manuskrip jed. Mantera pengekang itu tidak lengkap; ia masih ada beberapa retakan di dalamnya. Meng Hao tidak tahu jenis manuskrip jed itu, tetapi tanpa ragu-ragu dia menjentik lengan bajunya lalu menusuk dua pedang kayu ke dalam mantera itu. Dia membuka lubang lalu menggunakan beg Kosmos untuk mengambil manuskrip jed.

Melihat manuskrip jed itu menghilang ke dalam beg Meng Hao, Bapa Reliance mengeluarkan jeritan yang nyaring. Tanah bergoncang sangat kuat sehingga semuanya boleh retak. Sebelum itu, Bapa Reliance kesal melihat Meng Hao mengambil khazanahnya tetapi kemarahan ini lebih dahsyat.

"Meng Hao, kau tak boleh ambil manuskrip jed itu! Aku pun tak berani mendekatinya. Ia milik seorang kawan yang meninggalkannya di sini untuk disimpan dan dijaga. Kau tak memiliki bakat terpendam atau takdir untuk menyentuhnya! Jangan alihkannya!"

Tanpa mengendahkannya, dia melompat ke atas pedang terbang dan melintas menuju pintu keluar pusaran. Pada masa yang sama, dia menepuk beg Kosmos dan mengeluarkan manuskrikp jed. Sambil menekannya di dahi, dia memberikan kekuatan rohani ke dalamnya. Raut wajahnya berubah ketika tiga karakter muncul di fikirannya yang diisi dengan aura syaitan.

"Sekta Pegunci Syaitan… "

"Meng Hao, tak guna kau, kembali ke sini! Kau tunggulah sampai aku tembus keluar penghadang ini. Siaplah kau!" Bapa Reliance menjerit marah.

Ketika laungannya bergema, mata Meng Hao berkelip. Dia berhenti di permukaan pusaran itu dan kemudian melihat kembali ke bawah.

Matanya mulai bersinar. Ketika Bapa Reliance melihat perkara ini, hatinya mula berdebar lagi dan firasat aneh memenuhi hatinya. Dalam hati dan fikirannya, Meng Hao kelihatan seperti tidak lebih daripada seorang pencuri.

avataravatar
Next chapter