89 Guyiding Hujan Tiga

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Bapa Reliance yang duduk di dalam zon tafakur bersendiriannya berasa sangat marah dengan perkara yang sedang terjadi. Dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana dia berada dalam penghadang yang dihasilkan sendiri. Dia terus-menerus mengutuk dalam rasa kemarahan dan keperitan. Berkenaan dengan Meng Hao, Bapa Reliance tidak berdaya melakukan apa-apa. Lagipun, dialah satu-satunya pewaris Sekta Reliance...

"Budak tak guna itu terlalu zalim. Aku ini Bapanya! Pertama, dia mencuri separuh daripada harta aku dan kemudian Jed Pengunci Syaitan aku. Selepas itu, dia rampas tenaga rohani aku dan dengan tak tahu malu dia merampas salah satu daripada pelita syaitan aku!!" Dia hampir putus nafas kerana menyumpah. Ketika dia memikirkan pelita syaitan kunonya, tiba-tiba dia kelihatan bimbang.

"Okey, memang betul aku tidak menghilangkan racun itu, tetapi itu tak bermakna kau boleh buat begini! Orang yang jujur ​​sepatutnya bertimbang rasa. Ketika aku mencuri harta daripada orang lain dulu, aku berbincang dengan mereka terlebih dahulu.

Dia betul-betul dah mencapai tahap ketiga belas Pemekatan Qi. Bertahun-tahun dulu, si bajingan itu pernah berkata Jed Pengunci Syaitan tidak boleh diambil oleh seseorang yang belum mencapai tahap ketiga belas Pemekatan Qi... Pada awalnya, aku fikir mereka hanya cuba membuatnya kedengaran misteri dan aku berasa sangat gembira. Jelas sekali, si tua bajingan itu menipu aku. Jika Jed Pengunci Syaitan tidak boleh diambil, barulah rancangan aku berjaya kerana aku tidak akan mampu membuka penghadang ini. Tapi... wah! Dia sememangnya sudah mencapai tahap ketiga belas! Si kecil bajingan itu pula mengambilnya! Aku dapat merasakan... penghadangnya menjadi semakin lemah!

Aku mungkin kehilangan salah satu pelita syaitan yang mengurangkan peluang untuk membuka Pengunci Syaitan, tapi ia masih tidak stabil selama bertahun-tahun dan sekarang menunjukkan lebih banyak tanda kelemahan... Tak guna, bagaimana para Pertapa daripada Sekta Pengunci Syaitan selalu menipu aku?? Bajingan-bajingan itu juga berperangai begini bertahun-tahun lepas dan sekarang si kecil bajingan ini pun sama... " Bapa Reliance mengetap giginya, namun ketika dia memikirkan semua ini, dia teringat akan kata-kata yang diucapkan Meng Hao kepadanya. Itulah kata-kata yang dia pernah ungkapkan kepada Meng Hao. Kemudian dia memikirkan tentang kedegilan Meng Hao dalam mencapai tahap ketiga belas Pemekatan Qi dan Bapa Reliance hanya mampu mengeluh.

"Gaya budak ini memang sama dengan cara aku. Aku tak mahu berada dalam keadaan yang merugikan pada masa itu; kau tipu aku, aku tipu kau. Si tua bajingan daripada Sekta Pengunci Syaitan tidak memberitahu perkara yang sebenar. Mereka fikir jika mereka melarikan diri, aku tak boleh menangkap mereka. Mungkin itu betul, tapi setidak-tidaknya aku boleh mengubah nama daripada Sekta Pengunci Syaitan kepada Sekta Reliance. Aku tak boleh menipu mereka, tetapi aku boleh menipu keturunan mereka... Tak guna, jika aku tahu Meng Hao akan mencapai tahap ketiga belas Pemekatan Qi dan kemudian memperoleh bakat terpendam yang diperlukan untuk mengambil Jed Pengunci Syaitan, aku pasti akan menghilangkan racunnya dan menyuruhnya pergi secepat mungkin. Jadi, dia tak akan berpeluang untuk mencapai tahap ketiga belas. Tapi jika itu terjadi, aku mungkin tak akan berpeluang untuk membuka penghadang ini, bukan?" Bapa Reliance agak bingung. Meskipun dia menyesal, dia hanya boleh menghela nafas dan berasa sangat menyesal.

Bapa Reliance mempunyai personaliti yang sangat aneh dan tidak mudah bergaul. Sudah tentu Meng Hao tidak mengetahui perkara itu bahkan sebelum Sekta dibubarkan, tidak ada orang lain yang tahu. Hanya orang yang sama generasi dengan Bapa Reliance yang mengetahui perkara seperti itu. Bagi mereka, hanya dengan menyebut nama Bapa Reliance akan membangkitkan kebencian.

Tetapi, kita tak boleh menggunakan kaedah biasa untuk menganalisis orang yang mempunyai personaliti aneh. Sebagi contoh, sebenarnya Bapa Reliance mengagumi Meng Hao walaupun Meng Hao telah merompak khazanahnya, mencuri tenaga rohaninya, mengambil salah satu pelita syaitannya dan menyebabkan Bapa berasa sangat marah. Perkara seperti ini tidak dapat difahami oleh orang biasa.

Jikalau Meng Hao menghilang tanpa berita, maka Bapa Reliance akan terus melupakannya dalam masa beberapa tahun. Tetapi, tindakan Meng Hao telah meninggalkan kesan mendalam pada Bapa Reliance. Dia tidak akan melupakan kerumitan dan perasaan kecewa yang pernah dialaminya.

Di luar Sekta Reliance di Negara Zhao, hari kelihatan sangat hangat dan cerah. Namun, awan ribut muncul di cakerawala. Wajah Meng Hao tenang ketika dia duduk bersila di atas kipas khazanahnya. Dia meluru ke hadapan dengan kepantasan tinggi.

Dia telah menurunkan tahap asas Pertapaannya kepada tahap kesembilan Pemekatan Qi. Dia tidak akan membongkar bulatan agung Pemekatan Qi kecuali jika perlu. Meskipun prestasinya nampak ketara, racun yang berada dalam tubuhnya masih belum hilang. Ia seperti tulang ikan yang tersangkut di kerongkongnya. Dia duduk merenung diam sambil cuba mencari jalan untuk menghilangkan racun tersebut.

"Daripada empat racun, aku dapat menyingkirkan satu kecuali racun daripada pil racun tiga warna manakala racun lain pula akan mudah untuk dihilangkan... Aku perlu mencari cara terpantas untuk mencari pil penghilang racun." Kebencian dan kemarahan Meng Hao sudah reda berkenaan perkara yang telah terjadi dengan Bapa Reliance.

Dia meluncur dan tak lama kemudian guruh dan kilat memenuhi langit lalu air hujan bersaiz kacang jatuh ke bumi. Tanah dilitupi dengan hujan lebat membuatkan segala-galanya kelihatan redup dan kabur.

Walaupun hujan turun sekarang, suhu masih panas seperti biasa. Kepanasannya sangat menyesakkan sehingga membuatkan orang sukar bernafas. Hanya sedikit kesejukan dapat dirasai dalam hujan itu.

Di tengah-tengah hujan lebat, Meng Hao berhenti meluncur dan berhenti di atas puncak gunung. Sambil melihat kejauhan, dia menolak hujan supaya tidak jatuh ke atasnya. Dia kelihatan seperti berdiri di tempatnya sendiri yang terpisah daripada seluruh dunia yang berlecak.

Dia melihat tanah yang mengelilinginya dan mengimbau kembali pengalamannya beberapa tahun lepas. Dia telah melengkapkan bulatan agung Pemekatan Qi yang kelihatan seperti mimpi. Setelah lama memikirkan semua perkara yang telah terjadi, dia mengeluh.

"Agaknya... agaknya apalah yang Kakak Xu buat sekarang," katanya lembut ketika wajah Kakak Xu muncul di benaknya. Dia memandang ke arah yang dianggap sebagai pusat Wilayah Selatan.

Dia mengangkat tangan kanannya lalu muncul manuskrip jed. Manuskrip jed itu diukir dengan gunung dan sungai serta dipenuhi dengan rekahan. Ia kelihatan seperti akan pecah berderai pada bila-bila masa.

Inilah yang dikatakan Bapa Reliance sebagai azimat bernasib baik yang ditemui di bawah pergunungan Batu Rohani. Dia melihatnya dengan teliti kemudian memindahkan sedikit tenaga rohaninya ke dalam, namun tiada tindak balas.

Sambil bergumam pada dirinya sendiri, dia meletakkan azimat tuah ke dalam dan menarik bendera hitam bersaiz sebesar tapak tangan. Kelihatan percikan tenaga yang bergerak di dalamnya. Sambil bergumam pada dirinya sendiri lagi, dia membuka mulut lalu meniup sedikit Qi daripada Asas Pertapannya ke dalam bendera tersebut.

"Barang ini tidak dimenterai pada Bapa Reliance, jadi aku boleh menggunakannya. Aku perlu membaikinya sedikit sebelum aku boleh menggunakan kekuatan penuhnya… " Dia mengalirkan Qi ke dalamnya sebelum meletakkannya kembali.

Seterusnya dia mengeluarkan pelita yang menyala dengan berhati-hati. Di dalam pelita itu terdapat bayangan kecil yang sedang duduk bersila. Ketika Meng Hao mengeluarkan Pertumbuhan Roh yang terbakar, aliran tenaga rohani sekali lagi mengalir keluar.

Api muncul di depan matanya tetapi dia tidak berasa panas. Namun, dia tahu api itu sangat kuat. Walau bagaimanapun, nyalaan api itu ialah kekuatan kehidupan dan Pertumbuhan Roh ialah bahan bakarnya.

"Barang ini akan jadi sangat berguna. Aku boleh menggunakannya sebagai khazanah yang menyelamatkan nyawa!" Dengan penuh semangat, Meng Hao menyelipkannya kembali ke dalam beg Kosmos.

Akhirnya, dia mengeluarkan serpihan jed antik. Ia kelihatan seperti sesuatu yang begitu antik, seolah-olah ia sudah wujud berabad-abad lamanya.

Meng Hao melihatnya dengan jantung berdebar kencang. Dia mengalirkan tenaga rohani ke dalamnya dan tiga aksara muncul dalam mindanya. "Sekta Pengunci Syaitan… "

Dia tidak dapat melihat dengan jelas beberapa mnemonik yang muncul. Hanya tiga aksara pertama yang dapat dibaca.

Dia mengalirkan sejumlah besar tenaga rohani ke dalamnya dan kemudian bunyi deruan memenuhi kepalanya. Dia mengundur ke belakang tanpa sedar dan dengan segera berhenti memaksa tenaga rohani ke dalamnya. Dia dapat mengagak seseorang yang belum menyelesaikan bulatan agung Pemekatan Qi hanya akan dapat melihat tiga aksara dan lebih sedikit daripada itu. Sehingga kini, dia hanya boleh membaca baris pertama.

"Tao Kuno; Keinginan Kuat untuk Mengunci Syurga; Manfaat untuk Semua di Pergunungan; Kesengsaraan Tao Harus Datang ke Sembilan Gunung dan Laut; Takdir Aku adalah Aeon." Tubuh Meng Hao menggeletar dan tiba-tiba pandangannya menjadi jelas. Hujan kini menimpanya lalu membasahi dirinya.

Satu cahaya pelik memenuhi matanya. Dia melihat kembali dengan senyap pada manuskrip jed tersebut. Dalam mindanya, satu gambaran muncul daripada teknik Syaitan yang digunakan oleh Bapa Reliance dan sihir Syaitan yang digunakan Shangguan Xiu untuk mengawal aura Gunung Daqing.

Setelah lama Meng Hao merenung, dia masih tidak faham. Dia duduk bersila sambil mengalirkan tenaga rohaninya sekali lagi ke dalam manuskrip jed. Sekali lagi, dia merenungkan makna kata-kata yang dalam itu.

Masa berlalu cukup untuk membakar sebatang colok. Hujan telah datang dengan cepat dan berlalu sama pantas. Meng Hao membuka matanya dengan tiba-tiba. Semenjak kecil lagi, dia seorang yang sangat bijak. Meskipun dia belum berjaya dalam hidupnya sebagai seorang sarjana, sebaik sahaja dia memasuki Sekta Reliance, dia sangat cepat memahami teknik sakti. Dia tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk berlatih. Sebenarnya, ini kali pertama dia mengalami kesusahan dalam menggunakan mnemonik.

Seolah-olah mnemonik itu seperti sesuatu yang memerlukan makrifat untuk difahami. Tanpa makrifat, ia hanya boleh dilihat daripada luar sahaja dan tidak boleh dimasuki.

"Perkataan itu nampak sangat rumit dan makna sebenarnya tidak jelas. Aku seperti cuba melihat bunga di tengah kabus tebal atau bulan pada air laut yang bergelora… " Dia merenung dalam diam untuk sementara waktu sehingga dia dapat memikirkan sesuatu. Dia mengangkat kepalanya dan menatap ke arah langit sambil kelihatan agak ragu-ragu.

Lebih banyak masa berlalu. Akhirnya, Meng Hao tekad. Dia melompat dan pedang terbang muncul di bawah kakinya ketika dia melesap kejauhan.

"Jika aku dapat mencapai Pengukuhan Asas, maka aku boleh terbang untuk jangka masa yang lama. Sudah tentu ia jauh lebih baik daripada ini." Angin menerpa wajahnya ketika dia meluru ke depan. Setelah beberapa saat, momentum pedang terbang mula memudar. Meng Hao turun ke tanah dan terus berlari.

Masa berlalu perlahan. Kali pertama dia meninggalkan pergunungan ini semasa dia berada pada tahap keenam Pemekatan Qi dan dia memerlukan tempoh dua hari untuk melakukannya. Sekarang, dia berada pada bulatan agung Pemekatan Qi yang memerlukannya hanya kira-kira sejam. Sejurus selepas itu, dia keluar dari pergunungan dan sampai ke Lautan Utara.

Dia sekali lagi berdiri di tebing sambil memandang ke arah tasik. Dia menarik nafas panjang dan kemudian, dengan wajah yang dipenuhi ketulusan, tangannya digenggam dan dia menunduk sebanyak dua kali.

Tundukan pertama ialah kebaikan Lautan Utara dalam menunjukkan Tao dan membantunya melepasi halangannya.

Tundukan kedua ialah Lautan Utara yang membantunya ketika pertempurannya dengan Ding Xin yang telah menyelamatkan dirinya lalu menyebabkan dia dilahirkan semula.

"Aku sudah berjanji dua kali jadi aku tidak akan mengatakannya lagi. Ia sudah terpahat di hatiku." Dia mengangkat kepalanya lalu memandang ke arah tengah tasik. Setelah beberapa ketika, dia menutup matanya dan duduk bersila untuk bertafakur. Dalam fikirannya, mnemonik daripada manuskrip jed muncul.

"Tao Kuno; Keinginan yang Kuat untuk Mengunci Syurga; Manfaat untuk Semua di Pergunungan; Kesengsaraan Tao Harus Datang ke Sembilan Gunung dan Laut; Takdir Aku adalah Aeon." Masa telah lama berlalu dan perkataan itu terus berlegar-legar di fikirannya. Namun begitu, dia masih belum memahami maknanya.

Lebih banyak masa berlalu ketika Meng Hao terus cuba menghuraikan erti perkataan itu. Tiba-tiba, kedengaran ketawa mesra bergema dari seberang tasik.

"Tuan muda, kamu ingin menyeberang laut?"

Meng Hao mengangkat kepalanya dan melihat sebuah bot menghampiri. Dia atas bot terdapat seorang lelaki tua yang memakai baju hujan anyaman buluh. Di dalam bot itu ada seorang gadis muda berumur lapan atau sembilan tahun yang bermata bundar. Ketika dia melihat Meng Hao, senyuman polos muncul di wajahnya

Meng Ho ketawa lalu menggenggam tangan dan menunduk kepada lelaki tua dan gadis itu. Kemudian dia melompat ke atas pedang terbang dan bergerak ke arah mereka. Dia turun ke dalam bot tersebut.

Seperti sebelumnya, terdapat sebotol wain yang dipanaskan. Gadis muda itu mengambilnya dan menuangkan segelas untuk Meng Hao, tetapi tidak menyerahkan gelas itu kepadanya. Dia menongkat dagunya dan memandang Meng Hao.

"Kenapa kamu kembali, Abang?" katanya, suaranya murni dan jelas. "Kamu datang untuk melihat Guyiding Hujan Tiga?

Meng Hao merenungnya kosong.

"Guyiding Hujan Tiga ialah nama aku tetapi kamu tak boleh memberitahu sesiapapun, boleh tak Abang?" Dia ketawa dan mengenyitkan mata kepada Meng Hao dan kelihatan sangat menawan.

Meng Hao tersenyum dan menggenggam tangannya sambil menunduk kemudian mengambil gelas wain tersebut.

Lelaki tua itu ketawa ketika bot meneruskan perjalanan menuju tengah tasik. Dia kembali menatap Meng Hao. "Kita sudah berhari-hari tak berjumpa satu sama lain. Tuan muda, sikap kamu jauh lebih hebat daripada masa yang lalu. Adakah kamu akan ke tebing lain pada kali ini?"

"Aku daripada generasi muda ada di sini bukan untuk menyeberangi tasik," kata Meng Hao sambil meminum wain. "Aku di sini untuk menjernihkan sedikit kekeliruan."

avataravatar
Next chapter