81 Gua Dewa Bapa Reliance

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Di dalam zon tafakur milik Bapa Reliance, kesemua Pertapa Negeri Zhao merenung ke arah batu bersurat yang telah ditinggalkan oleh Chen Fan. Dengan penuh keghairahan, mereka menyalin teks ke manuskrip jed.

"Batu bersurat ini adalah Kitab Suci Rohani!"

"Aku tak pernah membayangkan begitu mudah mendapatkannya! Haha! Walaupun aku sudah mendirikan Asas aku, dengan tulisan suci ini aku dapat membentuk lautan Teras kedua. Dengan manual Pemekatan Qi ini, aku dapat menaikkan tiang Tao daripada asas Kepatahan kepada Keretakan. Bahkan aku mungkin boleh membentuk Asas Sempurna"

Kalam Dewa datang menghampiri dengan diikuti oleh wanita tua yang bermartabat. "Tidak," katanya, "hanya separuh daripada kitab suci ada di sini… " Dia boleh tahu kebenaran dengan hanya sekali pandang sahaja.

Kalam Dewa meneruskan beberapa langkah ke hadapan sambil matanya bersinar dengan cahaya yang aneh.

Tiba-tiba, batu bersurat itu seolah-olah tidak tahan menjadi tumpuan ramai orang dan mula retak. Bunyi letupan boleh didengari ketika retakan tersebar. Semua orang yang menyaksikannya terkejut.

Ketika keretakan tersebar, aksara emas memudar digantikan dengan rangkaian aksara lain yang malap dan sukar dibaca. Aksara ini bahagian kedua daripada panduan Pemekatan Qi Kitab Suci Rohani.

Sebelum semua orang sempat habis membaca tulisan tersebut, satu bunyi letupan kedengaran dan batu bersurat itu meletup lalu berkecai menjadi lapan keping.

Lapan sinar cahaya berwarna-warni dapat dilihat ketika kepingan itu terbang ke semua arah.

Orang yang melihat berasa terkejut sebentar sebelum terus lari bertempiaran. Tujuh orang pengikut Aneh Pembentukan Teras masing-masing mengejar salah satu kepingan seperti yang dilakukan oleh Kalam Dewa. Hanya kepingan yang kelapan masih ada untuk direbut oleh sepuluh atau lebih pakar Asas Pengukuhan.

Dalam sekelip mata, keadaan bertukar menjadi kelam-kabut. Setelah bertempiaran, orang yang baru datang mendapati zon tafakur Bapa Reliance dipenuhi dengan barang sakti, batu rohani dan pil perubatan. Ini sudah tentu menimbulkan keghairahan antara mereka. Malangnya, semua barang dilindungi dengan mantera pelindung kecuali mereka boleh merungkai mantera tersebut ataupun barangan itu tidak akan dapat disentuh.

Tiba-tiba, bunyi gemuruh meletus di dalam zon tafakur. Dalam cahaya kelabu muncul beberapa bayangan. Dengan penampilan gila, mereka menyerang para penceroboh.

Bagi Meng Hao, sebaik sahaja kekacauan terjadi, dia mengeluarkan Jed Vorpal Kristal Darah dan melangkah keluar. Dahulu, sewaktu dia berada di sini, dia pernah menggunakan Kristal Darah beberapa kali tetapi sekarang hanya tinggal dua kristal yang tinggal dalam beg saktinya. Setelah mengeluarkan salah satu daripadanya, bayangan gila yang tiba-tiba muncul tidak mahu mendekatinya.

"Aku sudah membawa semua orang ke sini. Sekarang, mari kita lihat cara Bapa Reliance menguruskan mereka." Mata Meng Hao berkilau dingin. Dia tidak sedap hati dengan mereka yang datang. Dia memerhatikan sahaja apabila mereka mengejar kepingan batu bersurat dengan senyuman dingin terpancar di wajahnya. Dia tidak sabar untuk melihat mereka mati.

Sudah tentu batu bersurat itu palsu. Dia tahu mengenainya kerana ia sudah muncul setahun yang lalu. Dengan langkah berhati-hati, dia berjalan perlahan-lahan ke hadapan untuk mengelakkan Pertapa yang lain. Dia tidak yakin lokasi tepat Bapa Reliance duduk bertafakur sendirian. Tetapi, dia tahu dia tidak boleh meninggalkan tempat ini sehingga Bapa Reliance membantunya untuk menghilangkan racun daripada tubuhnya.

Selain itu, dia juga mahukan ganjaran yang telah disebutkan oleh Bapa Reliance.

Tidak lama kemudian, Meng Hao berhenti dan melihat sekeliling. Letupan memenuhi udara dan ledakan menggoncang bumi. Dari kejauhan, dia dapat melihat wanita tua yang anggun dengan rambut menggerbang yang kusut ketika dia menggunakan sihir sakti satu demi satu untuk memusnahkan perisai bercahaya di hadapannya.

Di dalam cahaya perisai itu terdapat salah satu kepingan batu bersurat.

Wanita tua itu berada pada peringkat Pembentukan Teras. Serangannya menyebabkan semua yang berada di sekelilingnya bergoncang hebat. Sihir saktinya yang berupa seakan-akan sungai perak menembak satu demi satu sehingga menyebabkan kesejukan yang mencengkam hingga ke tulang dan menyebabkan semua di sekelilingnya membeku menjadi ais. Dalam sungai, kedengaran seperti jeritan jiwa meratap yang sangat banyak daripada alam neraka. Seolah-olah sungai itu muncul dari sembilan neraka.

Dia menjentik lengan bajunya dan gambaran gunung yang kelam muncul menyerang ke arah perisai yang bersinar. Gunung yang kelihatan terdiri daripada bintang-bintang, membeku menjadi takat pembakaran kemudian menjadi hitam. Meskipun berwarna hitam, ia memancarkan cahaya terang.

Dalam gerakan yang mengagumkan, sungai dan gunung saling berpanca antara satu sama lain.

Meng Hao menarik nafas panjang. Lembaran perak yang mengelilingi wanita tua itu membuatnya seolah-olah memiliki kekuatan untuk menghancurkan langit dan bumi. Dia pasti boleh membunuh Meng Hao dengan mudah seperti semut. Bahkan, dia tidak perlu untuk menggunakan sungai dari neraka atau gunung yang terdiri daripada bintang.

"Jadi, inilah Pembentukan Teras… " Meng Hao melihat dengan teliti dan pada masa yang sama bergerak sedikit jauh. Dia tidak berani berada berhampiran.

Wanita itu melolong dan satu letupan bergema. Meskipun agak jauh, tubuh Meng Hao menggeletar dan dia muntah darah. Dia bergerak jauh ke belakang sambil menyaksikan wanita itu mengeluarkan pil bujur dari mulutnya. Pil itu terdiri daripada tiga warna yang saling berkaitan. Sebaik sahaja ia muncul, Meng Hao merasakan sensasi seolah-olah segala-galanya di dunia akan hancur berkecai. Pada matanya, pil beraneka warna ini ialah permulaan dan pengakhiran segala-galanya.

Pil yang bersinar cerah itu menembak ke arah perisai lalu kedengaran satu letupan besar. Meng Hao terus berundur ke belakang dengan wajah yang pucat.

"Seorang Pertapa Pembentukan Teras boleh membunuh aku dalam sekelip mata sahaja!" Ketika dia berundur, dia teringat kembali kepada Pelindung Tao Wang Xifan daripada Puak Wang.

"Aku berada di tahap kesembilan Pemekatan Qi. Tetapi jika aku sampai pada tahap kesepuluh... Aku sangat lemah dan aku tidak mampu bertahan sedikitpun dalam pertempuran sakti dengan Pertapa Pembentukan Teras!" Dia memerhatikan kejadian yang sedang berlaku dan terus berundur.

"Semua mereka ini masing-masing berusia lebih dari seratus tahun. Dari segi kebijaksanaan dan pengalaman, aku tidak dapat menandingi mereka... Nasib baiklah rancangan aku masih menjadi, kalau tidak… " Ketika dia memikirkan hal ini, hatinya berasa gerun.

"Selepas peringkat Pembentukan Teras ialah peringkat Pertumbuhan Roh. Aku tertanya-tanya betapa kuatnya seorang Pertapa Pertumbuhan Roh… " Ketika dia memikirkan hal ini, hatinya mula berdebar dan dia memikirkan Si Aneh Song yang masih belum dia temui.

"Apa lagi tahap asas Pertapaan Bapa Reliance? Aku ingat Ketua Sekta pernah bercakap tentang itu sebelum ini. Dia berada di tahap Pemisahan Roh... Bahkan, tahap itu di luar tahap Pertumbuhan Roh!" Meng Hao mula termengah-mengah dan riak yang iri muncul pada matanya. Persaan tekad memenuhi hatinya. Dia ingin menjadi kuat. Dia tahu hanya dengan menjadi kuat dia boleh mengelak menjadi serangga yang boleh dipijak dan dihancurkan orang lain. Hanya dengan menjadi kuat dia dapat mencapai keinginannya dan memenuhi impiannya.

Lebih praktikal lagi, hanya dengan menjadi kuat dia mampu bertahan di dunia Pertapaan!

Meng Hao menyaksikan dengan kagum ketika kekuatan Pembentukan Teras dilepaskan. Letupan besar memenuhi zon tafakur milik Bapa Reliance. Ledakan tidak hanya kedengaran di satu lokasi, tetapi sebanyak tujuh tempat. Seluruh kawasan dipenuhi dengan raungan gemuruh dan pelbagai mantera pelindung mula dialunkan.

Letupan yang disebabkan oleh tujuh orang pengikut Aneh Pembentukan Teras bagaikan hampir menyebabkan seluruh tempat runtuh.

"Bapa Reliance hanya menyuruh aku untuk membawa pakar Negeri Zhao ke sini. Dia tidak pernah mengatakan perkara yang harus dilakukan selepas itu… " Meng Hao teragak-agak dan dia mempertimbangkan untuk melarikan diri. Kemudian, suara menderu besar dapat didengari dan dari jauh, satu pancaran cahaya memancar.

Dari jarak ini, cahaya itu tidak kelihatan terlalu tebal. Namun, Meng Hao boleh mengatakan anggaran diameternya ialah tiga puluh meter. Ia memenuhi langit Gua Dewa dengan kekuatannya.

Ketawa bergema keluar dari arah yang sama pancaran cahaya itu muncul dan Meng Hao dapat mengenali suara itu; suara Dewa Kalam. Jelas sekali dia telah menghancurkan perisai dan mendapatkan salah satu kepingan batu bersurat.

Selepas itu, kedengaran lagi satu letupan dan pancaran cahaya yang lain muncul. Pancaran ini melonjak dari arah wanita tua yang anggun itu. Rambutnya menggerbang dengan ganas ketika perisainya hancur. Dia melangkah maju dan mengambil kepingan batu bersuratnya.

Sementara itu, di zon tafakur sendirian, mata Bapa Reliance bersinar dan dia bernafas kencang.

Tubuhnya kurus kering dan berkerepot. Dia terpaku melihat tujuh buah pelita yang terbentang di hadapannya. Sekilas pandang, pelita tersebut kelihatan tersebar secara rawak tetapi setelah diperiksa lebih dekat, jelas ia telah disusun dalam pola mistik.

Dua buah pelita baru sahaja terpadam. Lima yang lain berkedip lemah.

"Budak itu terlambat beberapa bulan. Aku mula jadi risau. Tetapi akhirnya, dia bawa mereka ke sini!" Kegembiraan memenuhi matanya ketika dia melihat pelita tersebut.

"Padamlah, tak guna! Mereka ini sangat lemah. Setelah sekian lama, mereka hanya berjaya memadamkan dua pelita penghalang. Aku menggunakan kuasa daripada asas Pertapaan aku sendiri untuk melemahkan mereka, jadi Pertapa di tahap Pembentukan Teras dapat menangani mereka. Tetapi mereka masih belum berjaya. Tak guna! Tanpa latihan daripada aku, budak-budak di Negeri Zhao ini tidak tahu cara berlatih Pertapaan. Waktu zaman aku dulu, sekali-sekala aku kalahkan mereka. Mereka itu mempunyai asas Pertapaan yang jauh lebih baik." Memikirkan kembali pada masa lalu, Bapa Reliance mengeluh. Keinginannya untuk keluar dari zon tafakur sendirian menjadi lebih kuat daripada sebelum ini.

"Setelah aku menyerap asas Pertapaan mereka dan memadamkan ingatan mereka, aku pasti dapat mencapai makrifat dan berjaya dalam penghayatan kedua. Kemudian aku dapat melaksanakan rancangan utama aku! Tak guna! Untuk setiap penghayatan, aku perlu mencapai makrifat Tao. Setelah berjaya, barulah penghayatan dapat diteruskan. Tapi setelah itu, aku akan menjadi sangat lemah. Jika tanpa nasib baik yang membantu aku pulih, pemisahan itu mengundang kematian dan aku akan bersatu dengan Tao." Bapa Reliance menggertak giginya. Namun, ketika dia memikirkan rancangan utamanya, pandangan matanya bersinar dengan harapan. Itulah pandangan yang telah wujud bertahun-tahun lamanya.

Pada waktu ini, satu letupan meletus dan satu lagi pelita di hadapannya terpadam. Kebimbangan di matanya menjadi lebih jelas.

Bagi Meng Hao pula, dia berdiri di luar zon tafakur bersendirian dengan perasaan gementar. Dia tidak lagi berjalan-jalan. Sebaliknya, dia bersembunyi di sudut yang jauh dengan riak berwaspada pada wajahnya.

Dia menunggu Bapa Reliance muncul lalu membunuh mereka dan kemudian mengeluarkan racun di dalam tubuhnya dan memberikannya ganjaran.

Beberapa saat kemudian, dentuman guruh yang lain kedengaran. Dewa Kalam dan wanita tua anggun itu telah bergabung dengan yang lain dalam pertarungan mereka. Baki perisai yang ada terus pecah. Perisai ketiga, keempat, dan kelima pecah... Pada masa yang diperlukan colok untuk membakar, letupan guruh terus-menerus kedengaran. Sejurus selepas itu, tujuh tiang cahaya melonjak ke udara.

Akhirnya, tujuh orang Pertapa Pembentukan Teras bertukar menjadi panahan cahaya ketika mereka bergabung berlawan perisai terakhir yang pada masa itu dikelilingi oleh Pertapa Asas Pengukuhan.

Mereka menggabungkan tenaga dan kira-kira dalam sepuluh kali nafas, satu letupan menggoncangkan kesemuanya dan tiang cahaya kelapan naik ke atas. Seluruh Gua Dewa kelihatan berada di ambang kehancuran.

Pada masa itu, di tengah-tengah dentuman guruh dan gegaran, retakan besar muncul di tanah. Dentuman itu semakin kuat. Tapak Gua Dewa bergegar bagaikan ia akan runtuh menjadi debu.

Pakar Negeri Zhao kelihatan terkejut dengan kejadian yang tiba-tiba berlaku. Mereka terbang ke udara dan memandang ke tapak Gua Dewa yang sedang runtuh. Dalam sekelip mata, goncangan itu berhenti. Selepas itu barulah mereka menyedari semua runtuhan dan keretakan telah bertukar menjadi... satu muka yang besar!

Muka itu tidak lain tidak bukan milik Bapa Reliance!

avataravatar
Next chapter