83 Bapa Reliance, Macam Mana dengan Racun Aku...?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ketika dia mengatur langkah pertama, darah dan Qi-nya bergelora dan dia bukan lagi seorang tua, tetapi seorang remaja dan bergerak tiga kali lebih pantas daripada sebelumnya.

Dia mengatur langkah kedua dan tubuhnya menggigil. Jubahnya jatuh kerana dia telah berubah menjadi seorang bayi. Sekali lagi kepantasannya meningkat tiga kali ganda. Tubuhnya hampir lutsinar sepenuhnya pada masa ini dan cahaya tiga warna mula menyelubunginya.

Pada langkah ketiganya, tubuh bayinya menyusut menjadi Teras yang berputar. Sekali lagi, kepantasannya meningkat tiga kali ganda ketika dia bergerak ke arah pintu keluar pusaran.

Ketiga-tiga mereka merupakan pengikut Aneh Pembentukan Teras. Jelaslah mereka tidak akan datang ke tempat yang berbahaya tanpa mengambil langkah berjaga-jaga. Bagi semua orang yang telah mati, hal ini terjadi terlalu cepat. Bagi mereka bertiga pula, jikalau salah seorang daripada mereka terlepas, orang itu boleh menyampaikan berita kepada pakar daripada Sekta besar di Wilayah Selatan dan mereka akan datang membunuh Bapa Reliance.

Semua ini memerlukan masa untuk dijelaskan, tetapi berlaku dengan sangat pantas. Ketika mereka bertiga berusaha melarikan diri, Kalam Dewa memilih untuk tetap diam dengan mata yang berkelip-kelip. Tangan kanannya menunjukkan tanda mantera. Mata besar pada jubahnya tiba-tiba kelihatan hidup kembali. Cahaya yang bersinar keluar darinya menuju ke arah sasaran, iaitu bukan Bapa Reliance tetapi ketiga-tiga Pertapa Pembentukan Teras yang melarikan diri.

"Kamu telah melampaui batas," kata Bapa Reliance dengan suara yang menakjubkan. Dia menjejakkan kakinya ke tanah lalu getaran tersebar memenuhi udara. Teriakan ngeri memenuhi udara ketika Pertapa daripada Sekta Arus Berliku yang baru sahaja melarikan diri, tiba-tiba ditolak ke bawah dan masuk ke dalam pelita yang keempat.

Pada masa yang sama, tangan kanan Bapa Reliance menghentam tanah menyebabkan ia bergegar ketika mantera pengekang terbang keluar yang kelihatan seperti pita nipis bercahaya hitam yang berubah menjadi tengkorak hitam. Tengkorak itu berputar di sekeliling Bapa Reliance kemudian bergerak ke arah Pertapa yang berusaha melarikan diri melalui manuskrip jed teleportasi.

Ketika gegaran teleportasi tersebar, tengkorak itu ketawa jahat lalu menghilang.

Seterusnya, Bapa Reliance mengangkat tangan kirinya ke arah Teras yang menembak pada pusaran. Semasa ia hampir memasuki pusaran, satu raungan yang mengerikan kedengaran ketika Teras meletup akan tetapi kuasa letupan itu masih ada sewaktu ia terbang kembali ke arah Bapa Reliance.

Dia menyambarnya di udara dan di sebalik cahaya putih kelihatan bentuk tubuh Pertapa yang bergelut dengan sepenuh hati. Bapa Reliance menggenggam cahaya putih tersebut dan perlahan-lahan ia membeku menjadi Teras tiga warna. Dia menjentik lengan bajunya lalu menghantarnya untuk menyalakan pelita kelima.

Pada masa yang sama, dia melambai tangan kirinya lalu menghentam ke dalam cahaya yang bergerak keluar daripada mata yang ada pada jubah Kalam Dewa.

Bunyi letupan memenuhi udara dan banyak retakan yang muncul di atas mantera sekatan yang melitupi tanah. Darah mengalir dari tepi mulut Bapa Reliance dan mukanya bertukar menjadi pucat tetapi matanya tidak mengandungi sebarang rasa cemas, bahkan is bersinar dengan cahaya aneh ketika dia berundur ke belakang dengan cepat.

Banyak kekuatan hidup mengalir menuju ke Bapa Reliance lalu tertanam di dalam tubuhnya. Wajahnya hampir sepenuhnya pulih. Dia berdiri sambil memandang Kalam Dewa dengan genggaman tangan di belakang badannya.

"Kamu klon peringkat Pertumbuhan Roh siapa? Berani kamu berpakat dengan budak mentah di peringkat Pembentukan Teras yang berkomplot melawan aku?"

"Kamu betul-betul hebat, sesuai dengan reputasi kamu, Bapa Reliance," kata Kalam Dewa dengan suara serak sambil tersenyum. "Dengan sekilas pandang kamu boleh perasan aku ini klon. Namun, aku di sini bukan untuk berkomplot melawan kamu. Tanpa aku, Pertapa Pembentukan Teras ini tidak akan berani datang ke sini. Sebenarnya, ada masalah berkenaan nasib Syurga yang ingin aku bincangkan dengan kamu." Bibirnya sedikit bergetar ketika dia selesai bercakap.

Bapa Reliance mengerutkan kening dan seperti sedang memikirkan sesuatu.

Tiba-tiba, sesuatu yang hitam muncul di atas mereka. Tengkorak terbang itu muncul kembali. Di mulutnya ada Teras tiga warna. Ia terbang ke sisi Bapa Reliance. Dia menjentik lengan bajunya dan Teras itu terbang untuk menyalakan pelita keenam.

Setelah melihat semua ini, hati Meng Hao berasa ragu-ragu. Dia melihat Kalam Dewa. Ternyata dia sebenarnya hanya klon, namun berada di tahap Pertumbuhan Roh! Mendengar apa yang dia katakan, Meng Hao menyedari kejadian di sini lebih rumit daripada yang dibayangkan.

"Sekiranya klon ini berada pada peringkat Pertumbuhan Roh, maka... dirinya yang sebenar berada pada tahap apa?" Meng Hao menarik nafas dalam sambil memikirkan pil beracun tiga warna dengan wajah yang tidak berpuas hati.

"Bapa Reliance," kata Kalam Dewa sambil tersenyum, "Wilayah Selatan pasti akan menjadi kacau-bilau. Apa pendapat kamu tentang masalah ini?"

"Maksud kamu kenyataan bodoh tentang Dewa Fajar? Aku tak peduli. Tapi kerana kamu di sini dengan Pertumbuhan Roh kamu, aku mungkin mengambil peluang untuk menguatkan diri aku sedikit lagi." Matanya berkilauan ketika dia melangkah ke hadapan dan mengangkat tangannya ke arah Kalam Dewa.

"Bapa Reliance, kamu patut memikirkan semuanya dengan lebih jelas. Kamu Pertapa Penghayatan Roh biasa, adakah kamu betul-betul berani menentang Dewa Fajar?" Wajah Kalam Dewa kelihatan kecewa ketika dia melihat Bapa Reliance mengangkat jarinya. Bunyi letupan bergema ketika kabus kuat muncul dan mula mengelilinginya. Bapa Reliance mendengus dingin.

Kabus beralun dan suara menderu bercampur dengan lolongan Kalam Dewa sehingga Gua Dewa akan runtuh. Pada awalnya, ia seperti mantera pengekang yang berdekatan dengannya akan hancur tetapi mantera itu mula membaik pulih sebelum itu terjadi.

Meng Hao memandang dengan terkejut ketika mantera pengekang berubah-ubah antara akan musnah dan berfungsi seperti biasa. Kabus mengangkat Kalam Dewa lebih tinggi ke udara. Dia mengeluarkan teriakan yang penuh kesengsaraan ketika kabus menggenggamnya dan menyebabkan darah menyembur keluar dari tubuhnya lalu membasahi pakaiannya. Matanya dipenuhi dengan kebencian.

"Sihir Syaitan, Asap Serigala!" Suara ngeri Bapa Reliance kedengaran dalam kabus. Kabus itu nampaknya menguasai Kalam Dewa. Jauh di dalam, cahaya terang bersinar dan bayangan kesamaran api dan asap dapat dilihat. Namun, tidak ada yang kelihatan jelas. Hanya teriakan kesengsaraan dapat didengari.

"Bapa Reliance, aku boleh melakukannya tanpa klon ini tapi jangan berfikir semudah itu untuk memakanku!"

Bayangan dan perasaan bagaikan menyerang Meng Hao. Pertempuran ini tidak lagi dapat dijelaskan dengan teknik sakti. Dia kehabisan kata-kata. Suara kuat Bapa Reliance dan lolongan Kalam Dewa membuatkan Meng Hao sedar betapa hebatnya pertempuran di peringkat Pembentukan Asas.

Dia menatap kosong dengan minda yang ligat berfikir, seolah-olah pintu baharu di sepanjang jalur kehidupan telah dibuka. Inilah maksud menjadi seorang Pertapa yang sebenar. Ini laluan sebenar mengingkari Syurga. Ini kekuatan sebenar yang kuat daripada seorang Pertapa.

Waktu pantas berlalu, letupan terus kedengaran di mana-mana sahaja. Kabus tiba-tiba mengecut, lalu kembali mengelilingi Bapa Reliance. Ketika dia melihat dari dekat, Meng Hao terkejut melihat raut Bapa Reliance yang sekarang sangat mirip dengan Kalam Dewa.

Ia kelihatan bagaikan Bapa Reliance telah masuk ke dalam tubuh Kalam Dewa. Kemudian, raut wajah itu mula mencair sehingga Kalam Dewa benar-benar hilang diserap sepenuhnya.

Sejumlah besar tanda pengunci hitam mengelilingi Bapa Reliance. Ketika dia terapung di udara, dia memancarkan udara yang sangat aneh.

Dia memegang bayangan kecil seseorang di tangannya. Wajahnya mengherot ganas, tetapi matanya tertutup. Dia kelihatan... seperti Dewa Kalam!

Inilah Pertumbuhan Rohnya!

Kabus mula menghilang dan semuanya kembali tenang. Tidak ada lagi kerosakan yang muncul pada mantera pengekang. Mantera itu seperti sedang dalam proses baik pulih dengan cepat. Ia kelihatan akan pulih sepenuhnya dalam masa singkat. Bapa Reliance menjentik lengan bajunya dan Pertumbuhan Roh milik Kalam Dewa melesap ke arah pelita ketujuh. Pertumbuhan Roh itu bertindak sebagai minyak dan kekuatan hidup Kalam Dewa menjadi api ketika pelita menyala.

Cahaya pelita memenuhi Gua Dewa dan menerangi semuanya dengan cahaya berkedip yang terasa sangat dahsyat dan mengerikan.

Bapa Reliance memandang sekeliling dan pandangannya tertancap kepada Meng Hao. Dia mengangguk sedikit dan kemudian berpatah balik untuk kembali ke rekahan besar di tanah.

Meng Hao melangkah ke hadapan beberapa langkah dengan berdebar. Dia menunduk sambil menggenggam tangannya dan dengan suara yang kuat dia berkata, "Bapa Reliance, demi membawa mereka ke sini, saya memakan beberapa pil racun. Bapa Reliance, bolehkah Bapa menghilangkan racunnya?"

"Racun saja, aku boleh menghilangkannya semudah menarik nafas. Tunggu sebentar. Aku perlu menyerap Pertumbuhan Roh ini begitu juga dengan diri sebenar orang ini. Selepas itu, aku akan menghilangkan racun yang ada pada kamu. Jangan bimbang tentang hal itu. Oh, kamu melakukannya dengan cukup baik. Aku ada ganjaran untuk kamu. Ambil ini. Ini hadiah kamu." Tanpa menoleh ke belakang, Patriarch Reliance menjentik lengan bajunya lalu mengeluarkan Batu Rohani gred rendah untuk diberikan kepada Meng Hao. Tubuhnya sudah mendarat di tanah dan dia mula melangkah ke rekahan itu.

Meng Hao memandang kosong kepada Batu Rohani gred rendah yang sangat biasa itu. Dia mengetap rahangnya dan kemudian bercakap lagi.

"Ganjarannya adalah Batu Rohani gred rendah?"

"Batu Rohani gred rendah?" katanya dengan dingin. "Betullah itu. Itu Batu Rohani gred rendah. Tapi jika kamu melihat lebih dekat, adakah itu sebenarnya Batu Rohani gred rendah?" Dia melompat ke arah rekahan tersebut.

Meng Hao ternganga kehairanan sambil melihat kembali pada Batu Rohani di tangannya. Ketika dia melihat Bapa Reliance hilang ke dalam rekahan, dia bercakap lagi. "Bapa Reliance, berapa lama sebelum Bapa boleh menghilangkan racun aku?"

"Tak lama lagi. Secepatnya. Aku hanya mempunyai kerja yang boleh diselesaikan dalam tiga, mungkin lima ratus tahun. Baiklah, aku mesti mula bertafakur sendirian sekarang." Dia bergumam sendiri tentang kesusahan untuk menghilangkan racun dan asas Pertapaannya yang belum pulih sepenuhnya. Berdasarkan jumlah bayarannya, itu tidak akan sepadan. Selain itu, dia mempunyai rancangan besar untuk difikirkan. Bagi Batu Rohani... itu sememangnya hanya Batu Roh gred rendah yang biasa. Dia tidak ragu-ragu menipu anggota generasi muda. Dia telah melakukan hal seperti itu berkali-kali pada masa lalu. Dia telah menipu banyak Pertapa sewaktu zaman Sekta Pengunci Syaitan. Dia melepaskan batuk kering lagi untuk cuba menyembunyikan semuanya lalu menundukkan kepalanya dan menghilang ke dalam rekahan. Sebaik sahaja dia masuk, rekahan itu terus tertutup.

avataravatar
Next chapter