webnovel

DUA PASANG

SAGARA keluar dari kedai kek dengan membawa seketul mini kek berperisa strawberry dan seketul berperisa vanila. Dia kemudian singgah di satu kafe berdekatan dan membungkus tiga gelas kopi latte. Tidak lama menunggu pesanan, dia bergegas menuju ke kampus kerana sudah di tunggu oleh 2 makhluk tuhan.Dia berlari anak menuju ke kantin fakulti perniagaan dan matanya melilau mencari Rasha dan Amanda. Amanda melambaikan tangan dan barulah Sagara menghampiri mereka. "Abang, where is your spectacles?" Tanya Amanda."Sorry, abang lupa. Ketinggalan di kereta. Hehehe... By the way, ini coffee kalian terus vanilla cake for Amanda, strawberry cake for Rasha. Semangat ya nugasnya. Aku pergi dulu, kalau ada perlu tinggal telfon aja." Sempat mengusap kepala kedua wanita itu sebelum berlalu pergi kemabli ke fakultinya sendiri.Tanpa disedari mereka sedang diperhati oleh seseorang. Tidak mampu menahan hati, Danial menghampiri mereka setelah Sagara sudah hilang dari pandangan mata. "Rasha." Tegurnya membuat kedua mereka tersentak dan terus memandang kearah Danial yang berdiri tegap di hadapan meja mereka."Kau nak apa lagi?" Tanya Rasha dengan sedikit kasar. Pandangannya tajam tepat dimata Danial. Dia diam selama ini tidak bermaksud dia takut.Danial menarik nafas dalam. "Sha, saya dan Lydia dah putus dah Sha." Ujarnya dalam nada agak lemah. Cuba memujuk mungkin? Rasha pula menghembus nafas kasar setelah mendengar kata-kata Danial. "Aku tak kisah dan aku tak berminat nak kisah. Kau putus ke, kau sambung ke, tak ada kaitan dengan aku. So, please stay away. We're busy right now.""Sha, please bagi satu peluang lagi. Saya mengaku saya salah, tapi cuma sekali saja Sha. Tak kan lah awak tak boleh maafkan saya lansung?""Sekali saja? Haha... Lawak lah kau ni. Dengar sini eh, kesalahan kau tu bukan satu kesalahan yang boleh aku maafkan. Kau ingat hati aku ni apa? Hati batu?! Kau tak rasa sakitnya macam mana! Curang tu pilihan dan kau memilih untuk sakitkan hati aku. Kau tak ingat ke macam mana susah nya kau kejar aku dulu? Aku bukannya nak sombong. Cuma mengingatkan. Lepas tu kau sia-siakan macam tu saja. Jadi, jangan pernah berharap peluang kedua dari aku."Panjang lebar luahan Rasha. Dia kemudian mengajak Amanda untuk berpindah tempat meninggalkan Danial yang terpinga-pinga disana sendiri. Niat ingin belajar dengan tenang tapi ada saja gangguan. Danial memegang kepalanya yang tidak sakit, melempaskan nafas panjang. Dia merenung Rasha dan Amanda yang semakin menjauh.'Apa pun caranya, Rasha mesti jadi milik aku balik.' Gumamnya dalam hati dan kemudian meninggalkan tempat itu.***MENDENGAR cerita Amanda, Sagara mengeluh kasar. Geram! Samkin dibiar semakin diganggu pula. Dia mengeluarkan telefonnya dan menghantar pesanan ringkas ke Rasha.

 Are you ok? – Sagara

 Ya, im good. – Rasha

 Ke lapangan basket yuk? – Sagara

 Sekarang? – Rasha

 Ya, mau nolak juga ga pa pa kok. – Sagara

 Okie sekejap. – Rasha

 Aku tunggu di pagar. Jangan lupa pake cardi. – Sagara

Tidak sampai lima minit, Rasha sudah muncul di pagar rumah mereka. Rasha dan Sagara berjalan kaki ke padang basket yang tidak jauh dari kawasan rumah mereka. Sepanjang berjalan, mereka hanya diam dan setelah sampai, mereka duduk di bangku yang disediakan disana.Rasha mengoyangkan kakinya sedikit. Dia bersahaja memaki baju lengan pendek dengan seluar tidur petak. "Dingin ya? Kan udah dibilang pake cardigan." Tanya Sagara, lansung melepaskan hoodienya kemudian memakaikan hoodie itu ke Rasha. Rasha hanya tersenyum kecil. Sebenarnya dia tidak sempat membaca pesanan terakhir dari Sagara."Hehe... Dingin sedikit. By the way, tadi Rasha beli makanan Tya and the I saw scratch box. Nak beli tapi belum ada budget." Rasha mengalih perbicaraan sebelum Sagara semakin membebel. "Dimana? Besok kita pergi kesana lagi ya. Aku beliin deh buat Tya. Tya kan anak aku juga."Rasha ketawa. "Eleh... Tapi esok tak boleh. Rasha busy." Sagara mengangguk. Dia memandang wajah Rasha, lembut. "Sha, kamu ga papa?" Tanyanya. Mungkin saja Rasha masih terkesan dengan kejadian siang tadi.Rasha mengeleng kepalanya laju. "Rasha okay lah! Malah, happy. Sebab dapat luahkan semua yang terbuku dihati ha gitu..." Rasha tersenyum lebar cuba menunjukkan yang dia memang didalam keadaan yang baik. "Kalau aku mau nanya sesuatu boleh?" Sagara mengatur duduknya. Rasha pula hanya mengangguk."Kamu beneran kan udah move on dari Danial? Kalau udah, kenapa kamu ga mau nerima aku jadi pacar. Udah 2 kali loh aku nembak kamu." Lama dia pendam, akhirnya keluar juga. Dia ingin tahu alasan sebenar Rasha menolak cintanya sebelum ini.Rasha menghela nafas panjang. "Abang, first of all yes Rasha betul-betul dah move on. Dan yang kedua, at first Rasha belum bersedia dan rasa tak yakin. Then the second time, Rasha masih was-was dengan hati Rasha sendiri. Mungkin kali ketiga Rasha terima. Who knows?" Terangnya lebar dan terselit sedikit 'hint' untuk SagaraSagara memandang wajah Rasha lama. Tanpa kata. Kemudian menghembus nafas kasar. "Ini kali ketiga ya, Rasha mau ga jadi pacarnya abang Gara?" Sagara meletakkan kedua tangannya di dagu kemudian mengedip mata secara laju. Ketawa Rasha pecah."Kok malah ketawa sih?" Sagara mencebik bibirnya. "Abang, kalau Rasha tolak lagi sekali then abang confess untuk kali keempat abang buat macam ni lagi tak?" Tanya Rasha sambil menahan ketawa. Sagara memberi jelingan kepada Rasha. Makin besar ketawanya Rasha."Ok, ok sorry. Memandangkan effort abang kali ni A pluss, Rasha terima!" Rasha tersenyum malu. Sagara pula, masih diam membisu cuba mencerna kata-kata Rasha. Setelah beberapa detik, Sagara memang kedua belah pipi Rasha. "Ga main-main?" Tanyanya, ingin keyakinan. Rasha mengangguk. "YESS!!" Sagara teriak sembari bangun melompat keriangan seperti kanak-kanak yang dibelikan mainan oleh mak ayah.***TIDAK jauh dari kampus, restoran yang tidak lerlalu ramai orang itu ditempati Rasha dan Amanda. Bosan makan makanan di kampus. Sedang sibuk memilih makanan, tiba-tiba mereka didatangi oleh dua lelaki tampan."Boleh duduk bareng ga?" Kepala mereka berdua secara automatik terangkat dan melihat dua lelaki itu. Amanda menjeling mereka berdua kemudian mereka ketawa dan tidak menunggu jawapan, mereka duduk disitu."Nah Sha, giliran kamu." Amanda memberi buku menu dan kertas kepada Rasha. Sedang Rasha sibuk menilik menu itu, rambutnya yang dibiar mengurai tiba-tiba diikat tapi oleh Sagara. "Kalau lagi mau makan, rambut nya diikat ya." Rasha mengangkat mukanya kemudian tersenyum manis dihadapan Sagara.Setelah menunggu setengah jam, pesanan mereka sampai. Iefan menghulurkan makanan Amanda kemudian memberi sudu dan garfu tanpa diminta. Dia juag mengalihkan telefon Amanda yang tadi diatas meja kemudian diletak kedalam begnya.Sagara dan Rasha memerhati tingkah Iefan. "Ehem..." Rasha berdehem membuat Iefan terhenti dan menjadi salah tingkah. "Kalian udah jadian?" Soal Sagara tanpa basa-basi. Lansung ditanya sambil menyuap makanan kedalam mulut."Jangan marah kak Iefan, aku yang ngajak pacaran." Amanda cuba membela Iefan. Dia tahu kalau abangnya sudah marah, pasti ada saja benda yang akan dia lakukan hinggalah diia puas hati. "Aku udah tau Iefan suka kamu. Dia juga udah minta izin buat deketin kamu. Aku cuma nanya aja. Untuk kepastian."Iefan mengangguk. Dia mengusap lembut bahu Amanda menanda dia baik baik saja. "Iya Mand, benar. Dan Gara, gue sama adek lo udah pacara. Tapi baru seminggu aja sih.""Oh my God! Dah seminggu tapi Amanda tak bagitau pun?!" Rasha menjeling Amanda. Amanda tersengih kemudian menarik tangan Rasha dan mengusap lembut. "Sorry ya, Sha. Aku bukan ga mau ngasi tau cuma... Aku juga ikutin cara kamu!" Amanda kemudian menolak tangan Rasha dan membalas jelingan Rasha dengan jelingan lebih tajam."Maksudnya?""Pura-pura ga tau!""Lah? Apa?!'"Kamu sama abang Gara udah pacarankan? Tapi kamu ga ngasi tau aku!""Ehh! Aku dengan abang Gara baru saja mula bercinta semalam. Tak sama ok! Kau tu dah seminggu dengan kak Iefan. Tapi tak bagitahu aku lansung."Sagara dan Iefan saling berpandangan. "Guys! Udah ya. Sama-sama salah." Sagara cuba menghentikan perdebatan mereka. Dan mereka memberi jelingan kepada Sagara. "Gue angkat tangan. Ga masuk campur." Iefan mengangkat kedua tangannya tidak mahu jadi mangsa jelingan maut duo cewe manis itu.***LYDIA menghampiri Danial yang sedang duduk di kantin fakulti bersendirian. Dia memberi satu kotak dibalut cantik kepda Danial. "Surprise, for you. Kalau udah buka, telefon aku. Tapi jangan buka disini." Ujarnya kemudian melangkah pergi menjauhi Danial.Danial tidak sempat menjawab, tapi malas mahu mengejar wanita itu. Dia memerhati lama kotak itu dan jantung berdegup laju. Dia kemudian bangun dan membaw kotak kecil itu bersama. Tiba dirumah, dia dengan was-was membuka kotak itu.Didalam kotak, berisi satu stick ujian kehamilan bertanda positif dan nota kecil. Danial memegang dadanya, terkejut.

"Ini anakmu! Tanggungjawab."

Hanya yang tertulis di nota kecil itu. Dia segera mengeluarkan telefonnya dan menghubungi Lydia. Tapi panggilan tidak dijawab. Dia menjadi tidak keruan. Jujur, dia hanya pernah menyentuh Lydia sekali. Itupun didalam keadaan yang tidak sedar kerana mabuk. Dia mengusap wajahnya berkali kali dan sekali lagi menghubungi Lydia dan akhirnya panggilan terjawab. Dia mengajak Lydia untuk bertemu dan meluruskan perkara ini.Hampir satu jam menunggu, akhirnya Lydia tiba dibilik sewanya. Lama dia merenung Lydia tanpa mengeluarkan sepatah kata. Lydia menarik tangannya lembut dan meletakkan tangan Danial diperutnya. "Dani, benar ini anakmu. Hanya kamu yang pernah nyentuh aku.""Jadi, macam mana?" Tanya Danial dengan berat. Tak mungkin dia mengahwini wanita itu. Keluarganya pasti tidak setuju. Lydia mengeluh. "Kalau kamu ga mau nikahin aku, ga apa apa. Tapi kamu harus bantu aku."Danial meluruskan badannya. "Bantu macam mana?" Lydia tersenyum lebar. Mudah sekali membodohi lelaki itu bisiknya dalam hati. "Kamu mau Rasha kembali? Kalau gitu, kita saling bantu. Kamu bantu aku supaya Sagara bisa tanggungjawab sama kandungan aku terus kamu bisa kembali ke Rasha.""Caranya?" 
Next chapter