webnovel

kelas tambahan

"Ouhh.. Ya.. Cikgu nak pergi ke rumah kamulah. Tadi kita dah bincang tentang matematik kamu" Mr. Jason memandang Lina.

"Baiklah" Jawab Lina.

"Cikgu heranlah dengan kamu ni Lina. Kamu setiap hari lambat datang sekolah. Asyik kena hukum. Tak buat kerja rumah Matematik. Melawan cakap. Macam mana kamu boleh lulus dalam setiap matapelajaran yang lain? Kecuali Matematik? " bebel Mr. Jason.

"Mr Jason nak saya jawab yang mana dulu? " tanya Lina.

"Cikgu nak tanya tentang kenapa awak malas dalam matematik? "

"Bagi Lina. Matematik susah. Kecuali Sains"

"Cikga tanya Lina lagi. Macam mana kamu boleh lulus dalam Sains? "

"Sains mengajarkan tentang apa yang ada pada makhluk hidup dan... Entahlah"

Mr. Jason memegang tangan kanan Lina semasa dalam kereta.

"Cikgu nak bagitahu Lina. Cikgu tahu Lina boleh lakukan yakinkan diri Lina".

Lina hanya mengangguk tanda faham.

" Lina, rumah kamu di mana? Cikgu nak buat kelas tambahan di rumah kamu"

"Ok.. Belok kanan. Terus. Belok kiri. Kiri lagi dah sampai"

Sesampainya di rumah Lina,

Mereka bertiga turun dari kereta.

"Lina ini rumah kamu ke?.. "

"Ye.. Saya tinggal di banglo. Mak ayah saya tinggal di Australia jadi mereka jaranglah balik"

"Ouhh.. "

Mr. Jason masuk ke dalam bilik Lina untuk membuat Kelas tambahan.

Sementara itu Emily tunggu di luar bilik Lina.

Banglo Lina mempunyai 2 tingkat.

Emily bermain di atas anak tangga.

Tiba-tiba, Emily terjatuh.

"Aaaakkhhh.. Ehe.. Ehe" Emily menangis.

"Emily?! " Lina bergegas menemui Emily.

Mr. Jason hanya mengikuti Lina.

Lalu mereka berdua membawa Emily pergi ke klinik.

Next chapter