webnovel

Kehidupan baru, dan apakah aku dapat melaluinya

Ketenangan. ini sangat sunyi,gelap dan nyaman. Aku ingin terus merasakannya, aku ingin terus berada didalamnya buat selama-lamanya. Tetapi itu mustahil.

Kerana suatu bunyi memekak menganggu segala ketenangan.

Bunyi yang didengar dari tadi membuat aku ingin menghancurkan segalanya. sungguh biadap, sungguh bising, sungguh menyusahkan. Kenapa harus ada bunyi seperti itu? Apakah aku harus mengabainya? apakah aku harus menghancurkannya? Aku tidak ingin pergi dari ketenangan ini.

Walaupun begitu, Aku harus sedar kerana aku memiliki sebuah tanggungjawab yang perlu aku lakukan. Oleh itu, Aku harus bangun.

—Mata seika terbuka.

Bunyi yang didengar oleh telinga seika memekak.

Mata seika melihat ke langit. Langit yang kosong, gelap dan tidak memiliki apa-apa. Walaupun begitu, langit ini tidak biasa, atau lebih dijelaskan dengan kata-kata.

"Langit yang asing."

Hela nafas berat terdengar dari mulut lelaki yang berbaring di katil itu.

Seika bangun dan duduk di atas katil, dan seterusnya menekan butang jam loceng yang dari tadi memekak.

Jam loceng menunjukkan pukul 6:20 pagi.

Seika melihat kearah jam tersebut dan memikirkan.

'Ah... Ternyata aku boleh bangun awal.'

Kebiasaan Seika yang selama ini bangun lewat kerana tidur lewat malam disebabkan membaca novel yang membuat adiknya selalu membangunkan dirinya di pagi hari.

Mungkin sekarang seika dapat sedikit bangga?

Seika mula bangun dari katil yang baginya seperti kekasih yang tidak ingin dirinya tinggalkan— lebih jelasnya seika hanya malas untuk bangun dari katil— seika menatap ruangan ini.

Kosong, hampa dan tidak memiliki apa-apa.itu adalah definisi bagi ruangan ini. Dinding yang dibuat dengan sangat kemas dan cantik walaupun tidak memiliki hiasan sama sekali, lantai kayu yang disusun dengan cantik dan simetri.selain itu, ruangan ini cukup besar dan luas. Dan kesemua ciri-ciri ruangan ini sudah pasti bukan biliknya yang dia kenali.

Seika dengan tenang berjalan kearah tingkap yang ditutup dengan kain langsir di sisi tempat tidur.

Menarik-

Kain langsir bergeseran terbuka dengan lebar oleh tangan seika yang menariknya.

Ruangan yang selama ini gelap dan hampa mula disinari cahaya yang memasuki daripada cermin.

Diluar tingkap sebuah visual yang menakjubkan dan indah terlihat.

Bangunan megah pencakar langit berbentuk segi empat dan dipenuhi cermin terlihat di kejauhan—bangunan besar dan tinggi itu dikatakan adalah tempat siswa dan siswi tinggal oleh maya sebelum mereka berada disini. Dan struktur yang lebih menonjol dan megah di hadapan bangunan pencakar langit segera memikat penglihatan seika, Tidak jauh daripada pandangan seika ternampak Akademi Arcanum berdiri megah, Akademi Arcanum menjulang seperti Akademi di dunia fantasi yang pernah seika nonton. Bangunan akademi besar sehingga terlihat menonjol di mata seika, walaupun jauh dan bentuk bangunan tersebut terlihat seperti istana megah berwarna biru keputihan dan dipenuhi dengan tingkat bersegi aneh. Selain itu, Landskap disekeliling akademi terlihat estetik. Pokok yang teratur serta berbentuk aneh tetapi cantik, hamparan bunga berwarna-warni di sekeliling akademi, tasik kecil yang dipenuhi kehidupan haiwan seperti angsa di samping akademi dan sekelompok siswa dan siswi sedang menjalani rutin harian mereka menjadikannya sangat ceria dan hidup. Ditambahkan lagi, dengan cahaya matahari di pagi hari— cahaya dan matahari palsu buatan yang dikatakan oleh maya sebagai teknologi yang paling penting dalam markas mereka, kerana dapat memberi cahaya seperti cahaya matahari asli— yang menyinari kesemua sudut akademi membuat terkesan indah dan megah.

Semua visual penuh fantasi itu sangat memukau imaginasi seika sebagai otaku. Yeah... Sepatutnya bergitu, tetapi ekspresi seika berkata lain.

Wajahnya terlihat murung dan tidak bersemangat sama sekali—tidak seperti dirinya yang biasa.

Suatu perasaan atau boleh dikatakan sebagai emosi yang mengganggu seika sekarang. Tidak, Emosi yang seika rasakan ini sudah lama berada dalam dirinya. Sejak bila? Sejak segala tragedy ini menghancurkan kehidupannya.

Seika yang tanpa tersenyum dan bersemangat—tidak seperti dirinya yang biasa— memasuki bilik mandi didalam ruangan yang luas itu.

Entah kenapa, walaupun ruangan itu disinari cahaya matahari—buatan— yang terkesan indah dan ceria, tetapi ekspresi seika membuatnya kembali hampa seperti sebelumnya.

***

Bunyi air yang keluar daripada singki air terdengar.

Seika membasahi wajahnya dengan curahan air yang berada didalam singki air yang dibanjiri air.

'aku tidak boleh terlihat menyedihkan.'

Sebuah kata-kata muncul di benaknya.

'Aku harus terlihat seperti biasa.'

Seika mendongak ke hadapan dan melihat cermin yang lebar di hadapannya.

Wajahnya seperti biasa, muram , mata yang seperti orang mati dan rambut hitamnya yang sedikit menutupi matanya.

Dan suatu hal yang janggal untuk dikatakan seika yang sekarang bukanlah seika yang orang kenali. Ada sesuatu yang hilang daripada personalitinya yang selalu orang lihat dan mengganggap itu adalah ciri khas sifat seika.

Iaitu, tiada senyuman yang ceria dan semangat.

Seolah-olah dirinya yang sekarang terlihat sangat kesedihan.

Mengapa seika terlihat seperti itu? Itu hanya memiliki satu alasan dan satu hal yang membuatnya terlihat seperti itu. Dan ia akan diungkap dengan kata-kata di benaknya.

'Luisa.'

Ya, seika tidak ingin terlihat menyedihkan dan tidak seperti dirinya biasa di hadapan luisa. Dirinya tidak ingin melihat adiknya merisaukannya. Kenapa begitu? Itu kerana seika tidak ingin melihat adiknya menderita seperti dahulu lagi. Oleh itu, dirinya harus bertahan walau betapa sedih dan pedihnya tragedy yang melandanya.

Seika yang dahulunya sudah bersumpah untuk melindungi adiknya supaya luisa tidak akan pernah lagi hilang senyuman manisnya.

seika menghelahkan nafas berat dan sekali lagi mendongak tetapi kali ini seika melihat ke atas langit sehingga menunjukkan imej lehernya di cermin. Seterusnya, mengusap-usap lehernya dengan lembut.

'Tidak ada yang berbeda.' itulah yang dikatakan seika di benaknya.

" Nano Voice " ialah teknologi nano yang sebar guna yang dapat menterjemahkan suara lawan berbicara dan mengubah suara penggunaannya ke bahasa lawan berbicara tanpa sebarang kesan sampingan. Disamping itu, Cara kerja Teknologi Nano Voice ini ialah mengesan gelombang input daripada lawan berbicara (suara) dan memprosesnya serta menterjemahkannya dan menghantar gelombang diubah dalam bentuk output ke otak dan otak akan memberikan tindakbalas kepala lawan berbicara seperti proses tadi juga, Teknologi yang sebesar zarah ini diciptakan oleh ilmuwan manusia yang bernama Dr. Damian Faelan iaitu seorang ilmuwan terjenius di era sekarang. Teknologi Nano Voice bukan hanya diciptakan untuk manusia tetapi untuk keseluruhan ras di alam semesta. Sehingga sekarang teknologi ini masih digunakan oleh seluruh ras sebagai media komunikasi.

Dan sejak seika memakai— atau lebih tepatnya meminum dan mengenakannya— dirinya tidak pernah merasakan apapun yang berbeda, rasa tidak nyaman mahupun rasa sakit.

—Tok! Tok! Tok!

Tiba-tiba bunyi hentakan pintu yang kuat terdengar yang membuat suara itu menarik pandangan seika.

Hentakan suara pintu yang kuat seperti seseorang yang tergesa-gesa dan sangat marah untuk masuk ke dalam ruangan bilik seika.

Bagi seika itu sangat menyeramkan, tetapi yang paling menyeramkan adalah seika dapat menebak siapa pelakunya.

Sudah tentu dan sudah pasti, orang yang pagi-pagi buta yang selalu mengacau waktu tidur yang nyaman bagi seika ialah "Luisa."

—Kakak! Apa yang kamu buat lama sangat ni? Apakah kamu masih tidur?! Kakak! Jangan lupa hari ini hari pertama kita ke Akademi Arcanum itu!

Luisa yang bagaikan iblis yang ingin menghancurkan pintu itu bila-bila masa sahaja, berkata dengan penuh semangat dan sedikit marah— Sudah tentu dia marah kerana abangnya yang sedikit lambat bersiap-siap untuk pergi ke Akademi yang luarbiasa itu— di luar ruangan biliknya.

'Sungguh menyeramkan dan mengerikan apakah dia benar-benar iblis!!' fikir seika.

Seika menghela nafas panjang dan melihat sekali lagi kearah cermin yang lebar dan sekali lagi juga melihat wajahnya. Dan...

—PAK!

Seika menampar pipinya dengan kedua-dua tangannya dengan keras sehingga pipinya memerah dengan terang.

Dan berfikir.

'Tidak ada gunanya tergelam dalam pemikiran itu, aku harus fokus apa yang ada di hadapan!'

Seika menyalurkan rasa frustrasi nya kepada tamparan keras itu.

—Kakak? Apa yang berlaku, aku mendengarkan bunyi yang keras?!

Adiknya di luar ruangan menanyakan bunyi keras apa yang dia dengarkan itu. Setelah itu, seika memusingkan badannya kearah pintu bilik air dan senyuman yang penuh semangat mula terukir kembali di wajahnya dan serta-merta berkata.

"Kakak cuma jatuh sahaja jangan risau! Kakak akan ke sana segera!"

Seika kembali lagi dengan dirinya yang selalu orang kenali, iaitu dirinya yang munafik.

***

Udara yang menyegarkan serta disajikan dengan rasa sejuk yang nyaman,burung yang berkicauan merdu dan indah memeriahkan lagi keindahan sekeliling.

Ini adalah pagi yang indah. Disamping keindahan itu terdapat sedikit kekacauan yang tercetus iaitu dimana-mana ada jeritan yang memekak.

Jeritannya seperti:

"—Kya!! Lihat itu, lihat! Yang Mulia Luisa akan mula belajar di akademi kita!!"

"—luar biasa... Aku ingin lihat apakah Yang Mulia Luisa hebat seperti Yang Mulia Fadiance Fair."

"—hei lihatlah Yang Mulia Luisa dia sangat cantik apabila mengenangkan seragam Akademi kita. Hehehe aku akan mencuba menembaknya nanti."

Jeritan yang penuh semangat dan harapan yang memekak diantara siswa dan siswi Akademi Arcanum membuat suasana pagi menjadi sedikit... Ceria?

Dan diantara berlaku yang memulakan semua kejadian ini berada tidak jauh daripada jeritan yang penuh semangat daripada siswa dan siswi.

Dan berlakunya adalah Seika dan Luisa yang terlihat jelas ekspresi tertekan di wajah mereka berdua.

Kali ini Luisa dan Seika tidak memakai pakaian biasa mereka. terlihat seragam format Akademi Arcanum yang mereka kenakan.

Pakaian yang flexible dan ringkas lengan bahu yang pendek dan seluar panjang menutupi seluruh bahagian kaki, manakala pakaian wanita pula menggunakan lengan panjang dan memiliki rok pendek, walaupun begitu masih mengenakan seluar panjang seperti jenis seragam lelaki. Selain itu seragam ini tidak memiliki corak yang menonjol dan seragam ini berwarna kuning dan biru. Di samping itu, Ada satu hal yang menonjol daripada seragam ini yang akan membuat sesiapa sahaja akan melirikan pandangan mereka ke bahagian itu iaitu tali leher yang panjang dan di hujungnya memiliki simbol Akademi Arcanum yang berbentuk pedang lurus tetapi memiliki bulatan ditengah-tengah tepat memegang pedang tersebut — mereka diberitahu bahawa simbol pedang aneh itu adalah pedang yang digunakan oleh pengasas Akademi Arcanum ini iaitu Fadiance Fair.

Seragam Akademi Arcanum ini sangat nyaman di pakai, itu fikir seika. Tetapi bukan itu yang paling menakjubkan tentang hal seragam ini. Dan itu membuat seika teringat semasa dia mula memakai seragam ini.

Pada waktu itu seragam ini hanya berbentuk bulat aneh seperti lumpur yang tidak memiliki corak atau bentuk apapun dan setelah seika menyentuh perbola seperti lumpur itu ia tiba-tiba berubah menjadi seragam yang mereka kenakan sekarang— Sudah tentu waktu itu seika menjerit seperti orang histeria kerana ketakutan semasa perbola seperti lumpur itu menggeliat ke seluruh badannya seperti watak fiksi venom dari MCU, setelah mengetahui betapa hebatnya seragam ini seika mula bersemangat waktu itu dan menceritakan sesuatu mengarut mengenai; "apakah seragam ini adalah alien?" Kepada luisa.

Mari kita kesampingkan dahulu tentang betapa menakjubkannya seragam ini, dan kembali ke topik yang lebih penting iaitu "Seika seolah-olah di abaikan kewujudannya."

Sejak tadi–tidak, sejak mereka sampai disini– hanya ada nama Luisa, Luisa dan Luisa sahaja di panggil oleh siswa dan siswi, seolah-olah seika tidak wujud dan bukan keturunan Fadiance Fair juga, dan itu sangat menyakitkan hati seika — walaupun itu agak bagus bagi seika yang seorang hikikomori.

Seika tahu Luisa memanglah gadis yang cantik, ditambahkan lagi dengan ciri khasnya iaitu mata hijau yang bergitu langka. Dan selain itu, seragam Akademi ini sangat sesuai dengan Luisa yang membuatnya terkesan lebih cantik dan elegan. Sudah pasti akan menarik perhatian mana-mana lelaki sahaja apabila melihatnya, tapi bukankah ini terlalu berlebihan? Wujud Luisa diagung-agungkan sedangkan seika yang memiliki wajah rata-rata diabaikan kewujudannya.

Luisa yang dari tadi membalas sapaan pelajar dengan lambai tangan serta senyuman canggung, akhirnya mula memerhatikan kakaknya yang terlihat suram itu.

"Kakak, kakak jangan terlalu memperdulikannya. Mereka tidak tahu betapa hebatnya kakak—mungkin sedikit hebat dalam beberapa hal." Kata luisa yang memahami perasaan kakaknya seperti biasa, tetapi agak kejam.

"Apa maksud mu 'mungkin sedikit hebat dalam beberapa hal'!! Itu sangat menusuk hati kakak mu,lho!" Seika menjawab dengan mengangkat kedua tangannya.

"Bukankah aku katakan itu benar kakak." Luisa membalas dengan senyuman manisnya yang beracun.

"—Ugk!" Seika merasakan sesuatu menusuk dadanya dan itu lebih menyakitkan daripada tembakan pistol; yeah, dari awal kata-kata luisa itu benar.

Luisa puas melihat reaksi kakaknya yang menyedihkan dan segera mengalihkan topik supaya kakaknya tidak terlarut dalam kesedihan terlalu lama.

"Mari kita ketepikan dahulu 'betapa menyedihkannya kakak' dan mari membincangkan si jalang yang meninggalkan kita itu!" Luisa terlihat sangat marah.

"Luisa dari siapa kamu belajar kata-kata kasar itu." Balas seika sambil mengerutkan keningnya.

"Kakak ingat Luisa masih budak kecil. ya, lagipun apa yang saya katakan itu benarkan kakak." Luisa berkata dengan tegas sambil menyembunyikan fakta dia cemburu.

"Tapi itu tidak membenarkan bahwa kamu boleh menggunakan kata-kata kasar itu luisa." Seika juga tegas sebagai abangnya.

Merasa dirinya kalah, akhirnya luisa menerima apa yang kakaknya katakan.

"Baiklah..."

Seika menghela nafasnya dan melihat langit di pagi hari— atau lebih tepatnya langit pagi hari yang palsu — dan memikirkan apa terjadi sebelum ini.

Setelah mereka sampai ke asrama yang megah untuk dia dan adiknya, maya mengatakan dirinya memiliki urusan dan tidak akan dapat menjumpai mereka dalam waktu yang singkat. dan akhirnya dia pergi dengan anggun bergitu sahaja tanpa memberikan alasan dengan detil.

Entah apapun urusan mendesak mereka, bukankah terlalu cepat meninggalkan kedua remaja di tempat yang diluar kefahaman remaja biasa?

Memikirkannya membuat seika menghelakan nafas untuk kedua kalinya. Dan berkata dengan ayat yang keren— atau lebih jelasnya seika mencuri ayat keren itu di manga yang dirinya baca.

"Apa boleh buat, kita hanya boleh fokus pada apa yang kita lalui sekarang, jadi..." Seika terdiam sebentar dan Luisa dengan hairan melihat kakaknya, senyuman lebar terukir di bibir seika dan..."—MARI KITA NIKMATI TEMPAT FUTURISTIK INI!!" Seika kembali ke wujud otakunya.

Seika berkata dengan penuh semangat tanpa sedar, akibatnya dirinya menarik perhatian siswa dan siswi disekeliling mereka.

Yang membuat mereka berbisik seperti:

"—lihat itu siapa lelaki aneh itu kenapa dia berada disisi Yang Mulia Luisa!"

"—Apakah dia tidak tahu malu membuat onar di pagi hari ini."

Mendengar bisikan pelajar—yang jelas-jelas seika mendengarnya — seika menjadi malu sendiri.tidak, Luisa yang memerhati kakaknya juga ikut malu sambil meletakkan tangannya di wajah.

Hari pertama di Akademi Arcanum yang sepatutnya menjadi hari yang mengembirakan, malah menjadi hari yang ingin dilupakan oleh seika seumur hidupnya. Tapi mari kita mencuba ambil kesan positifnya juga iaitu mulai sekarang para siswa dan siswi akan mengenali kewujudan seika.

***

Berhampiran dengan gerbang Akademi Arcanum terdapat pokok menjulang tinggi, daunnya hijau, batang dahan yang tebal serta memiliki banyak dahan daun sehingga membuatnya terlihat seperti memiliki rambut tebal. Disamping itu, daunnya luruh dan turun dengan halus ke permukaan.

Dan tepat dibawah pokok itu terdapat seorang lelaki yang menyandarkan tubuhnya ke batang pokok tebal dan keras itu sambil melibatkan kedua-dua tangannya di hadapan tubuhnya.

Rambutnya yang perang emas—yang sebenarnya diwarnakan—yang membuat orang silau apabila memandang nya, kulit yang putih dan mulus, memiliki wajah yang agak tampan kalau dilihat di satu sisi. Dan yang paling uniknya tentang dia ialah mengenakan anting-anting di telinga kanannya yang terlihat menonjol.

Ia adalah orang yang seika kenali dan yang paling dipercayai selain luisa. Dia adalah Akmal.

Seika dan luisa—yang berada dibelakang kakaknya— mendekati akmal yang bersandar sambil memejamkan matanya.

Apabila seika berada agak dekat dengannya seika mengangkat tangan dan mula menyapa.

"Yoo! mal!"

Akmal membuka matanya yang hitam dan melihat seika.

Tiba-tiba senyuman yang lebar menyelimuti bibirnya.

"Yoo! Seika! Pagi yang indah, bukan." Akmal membalas dengan senyuman yang ceria sambil mengangkat tangannya, hal itu membuat wajahnya terlihat menyerlah Silau.

Ekspresi seika menjadi gelap serta-merta dan peluh keluar daripada pipinya sehingga seika berkata dengan gugup.

"... Apa?"

Melihat seika kebingungan akmal terlihat hairan dan bertanya dengan penuh senyuman ceria dan Wajah yang menyilaukan.

"Ada-apa Seika? Apakah ada yang aneh?"

"'apakah ada yang aneh' kata mu!! Jelas-jelas ada yang aneh dengan mu mal! Bahasa mu, peribadi mu,sikap mu dan yang paling penting adalah gaya mu yang terlihat kemas dan rapi, semua itu terlihat berubah 360° darjat daripada diri mu yang dingin!! Apakah mu salah makan atau apa!" Balas seika dengan ekspresi wajah yang masih terkejut sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah akmal.

Akmal melihat Seika dan menyempitkan matanya, dan berkata... "Hahahaha, apa yang kamu katakan ini seika. Aku tidak salah makan atau apapun." Setelah mengatakan itu, akmal mengangkat tangannya dan memainkan anting-anting nya seperti dirinya yang biasa.

Jelas-jelas ada yang tidak kena dengan akmal, personalitinya berubah 360° darjat. Dirinya yang dulu dingin dan berdiam sekarang menjadi orang yang elegan dan ceria. Sangat tidak masuk akal, fikir seika. Perubahannya terlalu mendadak, walaupun masih ada ciri akmal yang lama iaitu kebiasaannya yang memain anting-anting.

Entah apa yang berlaku kepada akmal dalam waktu yang singkat ini, dirinya terlihat tidak seperti biasanya.

Seika menghela nafasnya dan berkata.

"Sudahlah main-main mal."

"Aku tidak bermain-main seika. Aku memiliki alasan kenapa aku mengubah segala aspek daripada aku" Balas Akmal dengan senyuman berseri-seri.

"Apa maksud mu?" Tanya seika hairan.

"Kita bukan berada di tempat asal kita iaitu negara Malaysia, kita berada di Akademi Arcanum, kan?" Kata akmal.

"... Ya." Balas seika

"Oleh itu, aku mengubah segalanya kerana disini semua orang mengenali aku yang ceria dan periang ini." Kata akmal dengan senyumannya.

"Begitu..."

Ini bukan tempat asal mereka. Itu benar, akmal sepertinya sudah mula belajar di akademi ini tanpa di sedari oleh Seika selama ini. Dan hal itu mesti sudah membentuk dirinya yang tidak seika kenali. Walaupun begitu, Pada masa yang sama seika masih tidak terbiasa dengan akmal yang baru ini, dengan melihat senyumannya sahaja sudah membuat dirinya merasakan ngeri. Seika mula memahami maksud akmal dan boleh menerima alasannya sekarang. Oleh itu, seika hanya boleh pasrah terhadap perubahan akmal yang sangat dinamis.

Akmal yang melihat seika tergelam dalam fikirannya, mencuba mengalihkan perhatiannya dari seika ke adik perempuannya yang berada agak jauh di belakang abangnya dan mencuba menyapanya.

"Selamat pagi, Luisa. Pagi yang indah, bukan." Akmal berkata sambil senyum.

Luisa yang melihatnya hanya menyepitkan matanya yang hijau. Seterusnya, mengalihkan pandangannya ke samping tanpa memperdulikan akmal lagi.

Seika yang melihatnya hanya boleh menghela nafas.

Hubungan antara Luisa dan Akmal sampai kini masih belum membaik, luisa tidak mempercayai akmal dan seika masih tidak tahu apa yang difikirkan oleh akmal.

Apakah mereka tidak dapat membaik? Itu bersoalan yang masih tidak jelas. Seika sudah mencuba beberapa hal untuk membaiki hubungan antara Luisa dan akmal tapi hasilnya masih tidak ada yang berbeda.

Entah kenapa, suasana disini menjadi agak canggung. Fikir seika.

Sebelum mereka akan semakin canggung, Akmal mula masuk ke topik utama. Dan itu membuat seika berterima kasih jauh didalam lubuk hatinya.

"Baiklah, mari kita bincangkan mengenai 'apakah yang akan kalian lakukan mulai sekarang'."

Seika yang tanpa berkata apa-apa memberikan fokus kepada akmal dan luisa yang memalingkan wajahnya ikut mendengarkannya juga.

Akmal tersenyum sebentar dan berkata.

"Seperti yang maya katakan sebelum ini, dia mengingatkan kamu berdua menjalani, belajar dan berlatih dalam Akademi Arcanum ini. Bukan?" Akmal berkata dengan senyuman menyerlah di bibirnya.

Seika mengangguk perlahan dan luisa hanya diam.

"Jadi hanya itulah dia mahukan, kalian tidak perlu terlibat dengan konflik yang berlaku di luar sana dan hanya perlu menjalani kehidupan baru di sini. Oleh itu, apa yang akan kita lakukan sekarang ialah orientasi."

"Orientasi?" Kata seika.

"Ya, Kalian berdua masih baru dan tidak mengetahui apa-apa tentang peraturan Akademi ini kerana itu kita akan bermula dengan Orientasi dahulu. Bukankah itu hal pertama dan paling asas untuk kalian ketahui, bukan?" Kata akmal sambil melihat Akademi Arcanum dan disekeliling akademi itu terlihat hal-hal yang tidak akan seika fahami tanpa mempelajarinya dahulu.

"Bergitu..." Seika tidak menentang dan ikut melihat akademi Arcanum yang megah itu bersama akmal.

Sejujurnya seika ingin pergi terus ke dunia fantasi yang dipenuhi sihir, tapi itu tidak mungkin terjadi kalau tidak memahami hal asas tentang peraturan Akademi Arcanum ini. Mari ambil bahagian positifnya juga, bukankah. Seika dapat melihat hal yang menakjubkan kalau dia melakukan orientasi pelajar. Ini bukan Akademi biasa yang membosankan, ini adalah tempat dipenuhi hal-hal mistik.

Akmal memandang seika lagi dan menambah.

"Dan aku yang akan menjadi pemandu kalian berdua ke Akademi Arcanum ini. Sepatutnya Yang Mulia maya akan menemani kalian berdua, tapi malangnya dirinya memiliki urusan yang mendadak." Kata akmal dengan senyumannya lagi.

"Mal apa mu tahu apa urusannya?" Tanya seika.

Akmal terdiam sebentar dan memberikan jawapannya yang ringkas.

"Itu rahsia."

"Kalian benar-benar memiliki banyak rahsia ya. Kenapa harus merahsiakannya kepada kami? Kami sudah terlibat dengan kalian, bukan. Sepatutnya anda memberi tahu kami segalanya."

Seika mencuba mendesak akmal memberi tahu segalanya. Tapi itu tidak membawa hasil, akmal tiba-tiba mengubah topik dengan sengaja.

"Oh ya, sebelum aku lupa. Mulai sekarang aku akan memanggil kalian berdua dengan sebutan 'Yang Mulia'."

Seika melihat akmal mengubah topik dengan jelas-jelasnya. Seika tidak tahu apa yang mereka sembunyikan, tapi hanya sia-sia untuk terus menanyakan hal yang tidak ingin dijawab olehnya.

Seika hanya boleh pasrah dan mengikuti alirannya.

"' Yang Mulia'? Apa yang kau katakan ini mal? Itu akan menjadi mengerikan kalau kau berubah dan menjadi menghormati ku terlalu mendadak!"

Seika berkata dengan bergitu gelisah.

" Itu demi menjaga imej kalian sebagai keturunan Yang Mulia Fadiance Fair di Akademi Arcanum ini. Jadi saya harus menghormati beliau dan keturunan beliau. Yang Mulia Seika." Kata akmal dengan santainya.

"..." Seika hanya dapat terdiam dan merasakan ngeri daripada tindakan akmal yang aneh ini.

Dia bagaikan seorang manusia yang terlahir kembali dengan personaliti dan sifat peribadi yang berbeda. Jadi apakah dia benar-benar akmal yang seika kenali? Sudah tentu ya. Seika dari kecil mengenali akmal dan melihat banyak tingkah-lakunya. Dia sebelum ini memang sangat dingin tetapi itu bukan bermakna dirinya yang dulu adalah peribadi aslinya, dan mungkin dirinya yang sekarang adalah peribadi aslinya atau bukan. Entah apapun personalitinya, dirinya tetaplah akmal yang seika kenali dan percayai.

"Baiklah, tanpa membuang waktu yang berharga lebih lama lagi, mari kita pergi ke Akademi Arcanum." Kata Akmal dengan ceria.

Dan seterusnya, akmal memusingkan badannya dan berjalan menuju ke gerbang Akademi Arcanum yang besar dan indah itu tanpa berkata apa-apa lagi. Dan disamping itu, diikuti oleh Seika dan Luisa di belakangnya dengan tergesa-gesa.

Agak jauh di belakang akmal, Luisa menghampiri kakaknya dan berkata dengan perlahan dengan wajah yang tidak terlihat menyenangkan.

" Lihat kakak, dia bermuka dua dan itu sudah cukup untuk mengatakan dia hanya mempermainkan kita selama ini. " Luisa mengerutkan keningnya.

"Luisa, akmal tidak akan pernah mengkhianati kita. Kamu tahu itu, bukan?" Kata seika perlahan sambil mengikuti jejak akmal.

"Tapi dia—" luisa ingin membalas tetapi terhalang dengan suara kakaknya.

"— Luisa, aku faham kamu takut kalau dia selama ini hanya berpura-pura walaupun dia benar-benar tidak mengkhianati kita. Jadi kerana itulah mu marah dengan dia kerana menyembunyikan dirinya yang sekarang. Bukan?"

"..."

Seika memahami apa yang adiknya rasakan. Kerana dia memahami perasaan adiknya dia dapat mengatakan ini.

"Oleh itu, kalau kamu masih ragu dengan mal, percayalah dengan kakak mu ini bahawa dia tidak akan pernah melakukan sesuatu yang merugikan kita. Jadi bercubalah berbaik dengannya, okey. " Kata seika dengan senyumannya.

"..."

Luisa hanya dapat terdiam mendengarkan kata-kata abangnya yang mempercayai akmal seratus Persen tanpa meragukannya sama sekali.

Melihat dan mendengarkan kakaknya itu membuat hatinya tergelam.

'Kakak... Kamu memang luasbiasa.'

Dia kagum dengan kakaknya, dia selalu kagum dengan kakaknya. Memang kadang-kadang Kakaknya terlihat bodoh, tapi luisa tahu kakaknya adalah orang yang paling luarbiasa yang dia ketahui. Oleh itu, dia sangat menyayangi dan mempercayai kakaknya lebih daripada sesiapa pun.

Setelah melihat adiknya yang sedang merenungkan nasihat dirinya yang agak mengesankan. Seika mengalihkan semula perhatiannya ke Akademi Arcanum yang megah bagaikan sebuah istana gergasi fantasi di hadapannya.

Dan tidak jauh daripada istana— atau lebih tepatnya Akademi Arcanum— terlihat Siswa dan siswi yang memasuki gerbang Akademi itu. Mereka tidak seperti manusia biasa. Warna rambut mereka sangat aneh. Bukan sejenis rambut hitam normal seperti manusia umumnya. Tapi rambut mereka pelbagai warna seperti ada hijau, biru, merah dan lain-lain lagi, dan itu tidak mungkin rambut yang normal bagi manusia yang pernah seika temui.

Semuanya terlihat aneh dan unik bagi seika. Tempat ini, Situasi ini, dan segala tragedy yang berlaku selama ini membuat dirinya tertanya-tanya apakah semua ini hanya mimpi atau rancangan Tv yang membuat prank. Tapi berterusan tergelam didalam pertanyaan yang tidak berarti itu tidak ada gunanya.

Oleh itu, entah apa yang akan dilaluinya di masa hadapan dengan kehidupan barunya ini. Dirinya (seika) tetap akan memiliki satu tujuan dan tugas yang membuat memiliki tujuan untuk terus hidup iaitu dengan sebutan di benaknya.

'Aku akan melindungi senyuman Luisa dan semua orang, walaupun itu akan membuat aku kehilangan nyawa. Ini bukan untuk mereka. Hanya demi keegoisan aku yang tamak akan tanggungjawab.'

Assalamualaikum dan Apa Khabar semua! Kalau saya sentiasa sehat walafiat. Syukur atas nikmatnya yang memberi saya kesihatan, Alhamdulillah.

saya kembali lagi dengan BAB 11!! Jadi, Bagaimana apakah anda semakin menantikan apa yang akan berlaku seterusnya?! atau sebaliknya anda sudah bosan dengan hanya penjelasan yang membosankan? mungkin anda akan bosan dengan BAB yang terus dan berterusan menceritakan teknologi dan dunia Calon Bintang ini. saya faham anda tidak ingin mendengarkannya atau terlalu terlarut dalam perbincangan yang membosankan.

Anda mesti menginginkan sesuatu adegan yang epic dan penuh emosional, bukan? jadi saya memiliki khabar baik untuk anda semua! Setelah bab ini iaitu bab 11, penjelasan dan berbincangan yang membosankan akan mulai sedikit berkurang dan plot cerita ini akan memasuki konflik yang sebenarnya!! yeah, secara mudahnya bab seterusnya akan menghadirkan adegan pertarungan. ini akan menjadi adegan pertarungan pertama yang saya tulis. jadi mungkin sedikit kesulitan bagi saya, tapi saya berusaha menjadikannya menarik dan epic. Di samping itu, bagaimana menurut anda tentang teknologi Nano Voice? hehehe apakah dia terlihat agak kreatif? teknologi Nano Voice ini sangat penting, lho. untuk kehadapannya, tanpa teknologi ini seika hanya menjadi orang bingung dengan para Siswa dan siswi yang berbicara dengan pelbagai bahasa di bumi.

sekian,

hanya itu yang ingin saya katakan disini, terima kasih kepada yang support saya. walaupun masih tidak ada satu pun pembaca tetap. dan saya sangat menghargai setiap kritikan dan nasihat anda semua!! —walaupun tidak ada yang memberi kritikan dan nasihat lagi— saya akan tetap terus menulis dan berlatih untuk memberikan terbaik dalam karya ini, dan nantikan sambungan daripada karya saya. dan nikmatilah segala tragedi di karya ini.

KAZUMAcreators' thoughts
Next chapter